Tuesday, July 16, 2013

Prosedure Ku Kaya

Hari Ni tengah busy mengisi borang claim.......wahhhh berharap menjadi kaya-raya sepantas mungkin. Berjaya claim sebanyak RM 160.00..........menjadi kaya-raya mungkin. Harapan bukanlah suatu kesalahan......=)
Tapi otak masih tetap berfikir dengan penuh dedikasi tentang soalan apa yang bakal muncul ketika sesi temuduga nanti. Bersediakah Cik Cikyn........? Bersedia mungkin. Rindu? Mungkin juga. Tapi entah apa agaknya yang Cik Cikyn sibukkan akhir-akhir ni. Teruskan berdoa dan berusaha. Gambateh Cik Cikyn Sayang....heheheehhehehe Ok memujuk diri sendiri dengan jayanya....Wuuuuhhuuuuuu.

Saturday, July 6, 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalammualaikum buat teman-teman yang mengenali Cik Cikyn.
Beberapa hari lagi kita dah nak mula berpuasa. 
Jadi rasanya perut tu dah bersedia ke???
Yang gastrik sila dapatkan nasihat doktor untuk amalan puasa yang betul.
Sebab ramai sangat yang kadang-kala ambil mudah untuk persediaan berpuasa ni.
Yang paling penting sekali iman di dalam hati tu dah bersedia atau belum? 
Maklumlah kita bukan berpuasa hanya untuk menahan lapar dan dahaga.
Tetapi juga untuk mendidik hati ini menjadi lebih dekat dengan Allah s.w.t dan bersyukur dengan nikmat-Nya. Peringatan untuk diri Cik Cikyn juga ni...Heheheheheeh..
Semoga iman di hati ni akan bertambah dari sehari ke sehari.



P/s: Teringin nak makan kek batik hari ni. Ok mode mengidam sesangat...... =)


You might also like:

Related Posts with Thumbnails