Adakah kita harus menyalahkan cinta itu sendiri sebagai penipu atau integriti individu yang bercinta itu.Kenapa soalan ini aku bangkitkan? Pasti kalian tertanya-tanya kenapa harus isu ini yang aku ketengahkan.
Ini kerana pada hari ini telah berlaku satu konspirasi yang cukup hebat aku rasakan. Disebabkan tiba-tiba timbullah niat jahat aku di dalam hati maka hari ini aku telah cuba menguji seseorang. Namun, insan tersebut bukanlah seorang yang aku kenali sebaliknya dia adalah insan yang pernah bertahta di hati seorang temanku.
“Indah khabar dari rupa”. Itulah yang mampu aku katakan bergantung kepada pencirian yang diberikan kepada aku. Katanya insan itu, telah melanjutkan pelajaran di United Kingdom dalam jurusan Medical Science. Namun tidak pernah sekalipun dia cuba berbicara tentang isu perubatan, di situ telah timbul satu keraguan.
Sesuatu yang langsung tidak aku sangkakan apabila dia menegur tentang penyusunan grammarku yang lintang-pukang. Tidak pernah ada seorang pun yang begitu tegar untuk menegurku dengan cara sebegitu rupa. Jadi aku mula mencabarnya untuk membalas setiap mesejku dalam fully english sentence. (Haahahaha........cuba bayangkan apa yang terjadi?). Dia hanya membalas 1 sahaja mesejku dalam Bahasa Inggeris itu pun dengan melibatkan salah ejaan dan selebihnya hanya mengulang perkataan “Who r u, who is dis”.
Jika dilihat di sini di manakah nilai cinta itu sendiri kerana temanku yang pernah bercinta dengannya juga sanggup untuk ditipu. Jadi beerti haruskah kita salahkan cinta itu atau integriti individu yang bercinta itu sendiri? Seharusnya kita harus jujur dalam menyampaikan cinta itu kerana cinta itu harus diterima dengan seadanya bukan dengan cara menokok tambah kebaikan diri sendiri dengan sesuatu yang tidak truistik. Ini kerana kejujuran yang bermain dalam cinta ialah indikator dalam menentukan keteguhan sesuatu cinta itu.
“Cinta itu sesuatu yang indah, Cinta tidak akan datang dalam sekelip mata. Cinta itu umpama bintang yang bertaburan di langit malam. Walaupun banyak bintang yang berkelipan.Namun, hanya satu yang menjadi pujaan hati.”
No comments:
Post a Comment