Hari ni masih berkira-kira apa sambungan yang boleh dilakukan untuk novel "DUNIA GILA KITA".
Apa mungkin cerita yang akan terhasil akhirnya nanti. Disebabkan hati agak baik hari ni. Jadi, mungkin Cik Cikyn akan belanja BAB PENGENALAN untuk kali ni.
BAB
1
Malam
hari minggu seperti ini aku mula kebosanan. Ya…sungguh bosan. Jangan ditanya
mengapa aku bosan. Walaupun pada hakikatnya aku adalah seorang yang ceria.
Namun ada ketikanya aku akan mula kebosanan bila muncul hari bercuti. Itulah
masalah aku. Hari bekerja aku berharap moga dicepatkan hari minggu. Namun bila
tiba hari minggu aku mula kebosanan dan berharap semoga dicepatkan tibanya hari
bekerja.
“Seronok
bekerja?”
Ya…
Aku seronok bekerja. Seronok andainya aku tidak dimarah. Seronok andainya bos
aku tak banyak kerenah. Maafkan pekerjamu ini wahai majikan yang aku sayangi.
Bos kesayangan aku itu bukanlah seorang lelaki…Namun seorang wanita yang
berkarisma dalam kerjayanya. Walaupun
dia kadang-kala memberikan aku pening kepala tahap dewa ke-3 dalam memenuhi
permintaannya terhadap hasil kerjaku. Aku tetap sayangkan dia, sebab dia dah
aku anggap macam mak aku. Turut aku berikan gelaran ‘Mommy’ padanya walaupun dia tak tahu hakikat perangai pekerjanya
ini. Maklumlah usia dia sahaja lebih berusia dari mamaku. Jadi wajarlah aku
anggapkan dirinya sebagai tahap mak-mak tanpa mengetepikan hakikat bahawa dia
juga sebenarnya adalah bos aku.
Baiklah
kembali kepada hakikat apa yang aku lakukan pada malam minggu bergini. Aku
terlihat objek empat segi berwarna perak berkilau yang seperti memanggil aku.
“Peganglah aku, Eikin”. Ya.. dia memanggil aku dengan penuh godaan yang tak
mungkin mampu aku abaikan. Aku peganglah objek empat segi itu dengan penuh
kasih saying dan semangat. Itulah laptop yang aku beli hasil dari duit kerja
keras aku selama beberapa bulan. Walaupun bukan yang paling mahal dan bergaya
di dalam galaksi ini. Tapi dengan dialah aku sentiasa bersama. Aku mula
menerobosi ruangan internet berharap moga aku mampu membuat sesuatu untuk mala
ini. Taip sana dan taip sini. Akhirnya….
‘Alamak.com’.
Perkataan itu yang aku letakkan di dalam ruangan carian. Itu adalah sebuah
laman Chatroom yang aku akan masuk bila aku mula hilang akal. Aku masuk dengan
menggunakan kata nama ‘Angel’. Sejak
berzaman dahulu lagi aku memang suka menggunakan nama panggilan aku sebagai ‘Angel’ kerana aku sentiasa
berangan-angan untuk menjadi bidadari bagi seseorang yang pasti akan menjadi
insan teristimewa dalam hidup aku suatu hari nanti. Aku hanya duduk memerhati
melihat perbualan yang berlansung di dalam Chatroom
tersebut.
Setelah
beberapa ketika adalah beberapa chatter yang mula menegur aku di laman
tersebut. Kebiasaanya mereka akan bertanya beberapa maklumat tentang diri aku
seperti asal, umur dan jantina. Tidak kurang juga ada yang akan cuba
menyampaikan niat-niat tidak baik di dalam laman tersebut. Mana yang chatter yang aku rasa agak tidak betul
tu aku akan hanya abaikan sehingga mereka sendiri naik bosan dan berputus asa.
Perbualan tersebut tidak akan berlansung lama. Paling lama pun pastinya tidak
akan bersambung setelah aku keluar daripada Chatroom
tersebut. Tiba-tiba…
“Are you the fallen angel from the
sky?”
seseorang yang menggunakan nama panggilan Travelguy
mula menegur aku. Persoalan dia menarik perhatian aku.
“Yes. I am the fallen angel from
the sky because my wings have been broken into thousands of pieces”
bicara aku pada Travelguy.
“That is because you have fallen
your heart for the human guy. You should find an angel guy for the sake of your
heart” balasnya kembali. Aku mula tersenyum sendiri
apabila membaca balasan daripada Travelguy
tersebut.
‘Angel guy???’
Di mana mungkin agaknya aku mampu mencari Angel
guy seperti yang dikatakan oleh Travelguy tersebut. Perbualan kami itu
tidak bersambung lama di lama Chatroom
tersebut kerana jam ketika itu telah hampir menunjukkan pukul 12.30 malam. Mata
aku juga telah semakin mengecil. Mengantuk kerana telah puas berjalan di AEON
Jusco Bukit Tinggi ketika siang hari. Aku mula meminta diri pada Travelguy.
“Can I get your YM ID?”
Aku terdiam sekejap. Ermm…. Apa salahnya. Bukannya dia minta nombor telefon aku
pun. Aku paling tak suka bila lelaki mula minta nombor telefon aku sebab aku
pernah terkena dengan seorang lelaki yang kurang betul suatu masa dahulu
sehingga memerlukan aku untuk menukar kepada nombor telefon yang baru. Semenjak
dari tu aku mula bertaubat dan berjanji pada diri sendiri yang aku tak akan
memberikan nombor telefon aku pada manusia-manusia yang tidak aku kenali. Aku
berikan ID YM aku sebelum meninggalkan laman Chatroom tersebut untuk memasuki fasa alam mimpi indah aku. Hanya
dalam alam mimpi aku mampu menjadi seperti apa yang aku inginkan.
Namun,
tidak pula terlintas dalam hati aku untuk meminta ID YM Travelguy tersebut. Bagi
aku kemungkinan aku bertemu dengan dia luar daripada laman Chatroom ini adalah kebarangkalian yang agak tipis iaitu hampir
kepada kosong peratus. Jadi rasanya tak perlulah aku bersusah payah untuk
menghubungi dia. Kalau dia rasa dia berminat untuk terus berhubung dengan aku
maka dia tahu di mana dia harus mencari aku.
Mungkin
dalam mimpi aku malam itu akan membolehkan aku untuk mencari ‘Angel guy’ seperti yang dikatakan oleh Travelguy tersebut. Oh ya… aku tak
sempat bertanya pada dia apa nama dia. Buat masa ini aku hanya akan memanggil
dia sebagai Travelguy. Mungkin kerana
dia adalah seorang yang sangat suka mengembara dari satu tempat ke satu tempat
yang lain. Perbualan yang ringkas namun meninggalkan kesan di hati.
“Oh,
Angel guy di manakah kamu yang masih
lagi bersembunyi daripada hidupku? Lama sudah aku menunggu kemunculanmu dalam
hidupku” bisik aku pada hati yang paling dalam. Harap kepelikan aku ini tidak
akan mengundang rasa geli perut kepada orang lain. Ketawa aku di dalam hati.
******************************************************************************
Pagi
hari Isnin telah pun tiba. Monday blues
dah mula lagi. Rasa berat sangat mata ni nak terbuka hari ni. Namun bunyi
laungan azan Subuh yang begitu nyaring daripada corong pembesar suara surau
berdekatan tetap memaksa aku untuk bangun dari katil yang begitu selesa seperti
sarang persembunyian. Comforter biru
muda yang membalut tubuh aku tu aku alihkan ke tepi katil. Aku mula duduk
ditepi birai katil sambil kaki aku mula mencecah lantai. Nafas yang paling
panjang cuba aku sedut kedalam perut aku sehingga perut yang kempis sebentar
tadi mula mengembung. Kedua-dua tangan aku dihalakan ke atas menggeliat seperti
cuba mencapai langit yang tinggi
“Haaaa….”
Aku melepaskan nafas dengan gaya seperti baru sahaja selesai melakukan senaman aerobic untuk 10 minit yang lalu. Mahu
pengsan agaknya kalau sesiapa yang duduk di depan aku ketika aku sedang
menghembuskan nafas aku itu .
Tangan
aku mencapai tuala yang berwarna coklat gelap dan kain batik berwarna biru
turquoise itu sambil berjalan menuju kerah bilik air. Merenung seketika air kolah yang tenang tidak berkocak
itu. Hujung jari telunjuk aku mula menyentuh permukaan air kolah itu.
Sejuk….sangat sejuk sehingga menyentuh tulang. Mahu sahaja aku pergi ke pejabat
tanpa mandi pada hari itu. Tapi nanti mahu pula rakan pejabat yang lain panggil
aku “Eikin kambing”. Pejam mata. Beberapa minit kemudian kedengaran air mula
berdeburan di permukaan lantai bilik air tersebut.
Selesai
mandi aku segera menyarungkan pakaian untuk hari itu dan segera menunaikan
solat Subuh seperti hari-hari kebiasaan yang aku jalani. Selesai solat masih
lagi banyak masa yang bersisa untuk aku bersiap-siap. Baju kurung Kedah biru
gelap versi pramugari yang menjadi kegemaran aku Nampak kemas tersarung di
badan aku yang baru sahaja turun beberapa kilogram. Alhamdulillah itu pun
berkat hasil usaha aku beberapa bulan yang lepas untuk menurunkan berat badan.
Maklumlah, kalau tidak pastinya aku tak akan mampu mengenakan pakaian yang sedia
ada. Hahaha…. Ada sedikit nada riak di situ yang mula berbisik di dalam hati
aku, walaupun aku telah berusaha menyembunyikannya. Namun, sekurang-kurangnya
tidak pembaziran berlaku dan kesihatan aku terjaga. Itulah matlamat sebenarnya.
”Amboi!
Mengancamnya make-up hari ni”,
seloroh mama sewaktu ku mula masuk ke dapur. Aku hanya tersenyum sambil membuat
gaya Diva di hadapan mama seperti model yang berjalan di atas runaway.
Aku
menuju ke dapur bukan untuk menyediakan sarapan pagi. Tetapi bertujuan untuk menikmati
sarapan pagi. Memang baguskan anak dara ni punya perangai? Hendak buat macam
mana. Masa aku bersiap sahaja dah ambil masa setengah jam, maka terpaksalah aku
tolong habiskan makanan sahaja. Lagipun masakan mama lebih sedap daripada
masakan aku. “Itu semua alasanlah Shikin” bisik suara hati aku yang paling
dalam.
Jam
menunjukkan pukul 7.30 pagi, bererti aku harus segera bertolak menuju ke tempat
yang terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kunci kereta kesayangan mama
yang telah aku pinjam sejak beberapa bulan yang lalu telah pun aku capai dari
atas kabinet kecil. Punat yang terdapat pada kunci kereta tersebut aku tekan
untuk membuka pintu yang dikunci. Bersalaman dengan mama dan abah adalah
kebiasaan aku sebelum menuju ke tempat kerja sebagai tanda restu dan doa
selamat di sepanjang perjalanan aku. Perjalanan yang mengambil masa hampir 40
minit itu telah menjadi kebiasaan untuk aku semenjak aku mula bekerja di UKM
sehingga aku tidak lagi merasakan tempoh masa yang berdetik di sepanjang perjalanan
tersebut.
Entah
kisah apa yang akan menanti aku pada hari ini. Tapi yang penting kerja yang
menimbun sedang menanti aku untuk diselesaikan satu demi satu. Tiba sahaja di
pejabat kelihatan masih ada lagi rakan-rakan aku yang belum memunculkan diri. Aku
meneliti tray pembahagian kerja yang
telah aku susun pada hari Jumaat lepas bagi membolehkan aku menguruskan
fail-fail yang perlu dikerjakan dengan lebih teratur pada minggu ini.
“Ya,
Allah… Kenapalah tray-In lebih banyak
daripada tray-out?” Nampak gayanya
minggu ni aku pasti tak akan menang tangan untuk menguruskan semuanya. Kalaulah
mampu, mahu sahaja aku buat magik untuk
uruskan semua fail ini. Nasib baik minggu ni mommy merangkap bos besar aku akan menghabiskan masanya di Sarawak
atas urusan kerja yang masih belum selesai. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya
kemungkinan beban kerja akan bertambah adalah lebih tipis. Jadi aku boleh
selesaikan sebanyak mana yang aku termampu. 10 minit pertama telah pun berlalu.
Kelihatan seorang demi seorang rakan-rakan sepejabat aku telah mengambil
tempat. Pagi itu berlalu seperti biasa.
“Woit!
Beb. Apa benda yang kau tengah fikirkan tu?” soal Dina yang tiba-tiba sahaja
menepuk bahu aku yang sedang indah mengelamun sendirian. Hampir terlepas mug
kaca hitam yang sedang berada di dalam pegangan aku.
“Ya
Allah. Nasib baik aku tak terlepas mug ni cik kak. Kalau aku terlepas siapa nak
jawab. Kau nak jawab?” nada aku sedikit meninggi. Maklumlah mug tu berisi air
panas yang baru sahaja aku isi dari cerek elektrik. Kalaulah air tu tertumpah
atas badan aku, boleh melecur kulit aku jawabnya. Turunlah saham aku beberapa
ribu nanti. Bila saham aku dah turun macam mana anak raja nak datang pinang aku
nanti.
“Sorry…sorry. Aku tak sengajalah Eikin. Minta maaf ya?” rayu Dina dengan
wajah penuh kasihan sampai aku sendiri tidak sanggup untuk terus menyalahkan
Dina. Walaupun pada hakikatnya aku bukan benar-benar marah pada Dina. Namun,
mungkin kerana aku agak terkejut telah menyebabkan reaksi aku agak sedikit
keterlaluan. Aku hanya memberikan senyuman kemaafan pada Dina supaya hatinya
tidak lagi merasa bersalah. “Okay. Maaf diterima. Kenny Rogers satu, ya” ucap aku selamba. Terbeliak biji mata Dina
dengan syarat aku. Akhirnya tawa yang aku tahan sejak dari tadi meletus juga.
******************************************************************************
p/s: Masih belum berkira-kira bagaimana agaknya rupa Muka Hadapan untuk novel ni nanti. Hehehe...
No comments:
Post a Comment