Thursday, May 30, 2019

Penulisan Tesis Pantas menggunakan Draf Asas (Part 1)

Assaalammualaikum semua

Kalau ada rakan-rakan pembaca yang terdiri daripada student Degree, Master atau Phd antara benda yang paling bermasalah adalah berkaitan 'How to write thesis in fast way?" Betul tak? Hahahahah jangan nafikannya rakan. Sebab Cik Cikyn pun mengalami masalah yang sama. So in another way I feel you my friends.

So basically, hari ni Cik Cikyn nak share cara yang mudah untuk mempercepatkan penulisan tesis rakan-rakan semua bermula dari draf asas. Yerla....selalu kekadang bila kita mula menulis adalah jer macam-macam masalah teknikal

Nombor larilah!! Tersilap nombor!! Perenggan tak pindah habis semua.... dan macam-macam lagilah

So hari ni apa yang Cik Cikyn nak share ilmu adalah untuk mengelakkan dan mengurangkan kejadian masalah-masalah teknikal tersebut. Item-item penting yang terlibat adalah:


Draf Asas Tesis

Anda perlu sediakan draf asas yang kosong ni terlebih dahulu sebelum memulakan penulisan tesis anda seperti mana format yang diperlukan oleh setiap universiti. Jangan risau kalau draf ni nampak kosong. Dah nama pun DRAF ASAS kan? 

Item paling penting untuk kegunaan besama draf asas

Item dekat atas yang ada banyak huruf AaBaCc tu....Haaaaa benda tu lah paling penting untuk kite gunakan nanti bagi memudahkan kerja penulisan tesis tu nanti. Persoalannya dah kenapa guna  benda alah tu???? Tulis macam biasa kan boleh???? Bukan macam tu ker yang selalu kite buat....? 
Kalau kita tidak menggunakan tools tersebut maka bermulalah segala masalah seperti yang Cik Cikyn nyatakan di atas tadi.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut macam mana proses menggunakan tools style tu untuk memudahkan penulisan tesis rakan-rakan. Maka bolehlah menonton video ringkas yang Cik Cikyn sediakan ini. Chek it out...... =) yezzzaaaaa


Wednesday, May 29, 2019

Sample Gift THE BODY SHOP

Assalammualaikum korang
Hari ni Cik Cikyn baru redeem 3 sampel daripada Body Shop lepas dapat text beberapa hari lepas.
Memula tu Cik Cikyn ingat kot-kot la sampel tu besor. Hahaha...memang idok la nak oiiiii....mau bankrupt la company kalau bagi Cik Cikyn sampel besor gedabak.

Ini mesej yang Cik Cikyn dapat. So sesapa yang dapat boleh la bersiap untuk redeem

By the way untuk redeem sampel ni cuma sampai 31 Mei 2019 jer tau. Bila masuk 1 Jun 2019 tu kirenya memang mengkome tak akan dapat redeem la sampel ni okay. Mana la tau kalau mengkome time ni tengah jalan-jalan dekat dengan Body Shop bole la pergi redeem sekali.
Item yang bole di redeem adalah;
1) Vitamin E gel moisture cream
2) Oils of life intensely revitalising facial oil
3) Drop of light pure healthy brightening serum





Kecik nonet jer sampel nyer...tapi jadilah nak try kat kulit ni haaaa sedap ke idok

Maka bole la mengkome try sampel ni dulu sebelum beli produk saiz sebenar. Cik Cikyn pun tak pernah try lagi ketiga-tiga produk ni. So....nnt bole la Cik Cikyn review apa kan perasaannya dan texture sampel pada kulit Cik Cikyn.


...........
XOXO

Thursday, May 23, 2019

Resepi Terung Berlado Simple

Hi semua, 

Hari ni first time Cik Cikyn buat video ni. Inilah kerja-kerja pelajar bila otak dah tepu. 
Entah mimpi apa semalam yang buat Cik Cikyn rajin sangat nak rekod video memasak terung berlado ni. Nama jer terung berlado by the way tak la pedas sangat pun sebab terletak asam keping terlebih besar. Tambah lagi Cik Cikyn memang masukkan tomato kat dalam tu. Jadi budak2 kecik pun bole makan sebab tak guna cili pedas pun sebab guna cili besar. 

Bahan-bahan yang digunakan:

  • terung panjang ( 1 batang)
  • bawang putih (3 biji)
  • bawang merah (2 biji)
  • ikan bilis (1 genggam)
  • tomato (2 biji)
  • cili merah besar (5 batang)
  • cili merah kecil (2 batang- optional)
  • asam keping - guna saiz kecil jer if not nanti masam
  • kiub pati ayam - secukup rasa
  • garam - secukup rasa

Untuk tengok cara-cara memasak boleh rujuk video kat bawah ni:





You might also like:

Related Posts with Thumbnails