Showing posts with label Health n Beauty. Show all posts
Showing posts with label Health n Beauty. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

maRi haPusKan KemBunG PeRut Bersama cY-kYn...=)


(Mari elakkan "kembung perut")
Tarikh: 12/4/2010
Lokasi: Ann-132 ( My room number---sudah mau tinggalkan bilik ini untuk bergraduat)
Acara: Kembung perut secara drastik

Salam sejahtera buat semua. Topik kita pada awal pagi ini adalah "hapuskan kembung perut". Ok....pastikan anda betul-betul faham dengan frasa hari ini. Kembung perut di sini tidak merujuk kepada wanita mengandung tetapi merujuk kepada masalah angin dalam badan yang membawa kepada kembung perut. Errrmmmm.....kedengaran sedikit pelik kan. Tapi memang realiti sebab saya pun termasuk la dalam kategori senang benor kembong perut nie. Ada sesiapa lagi yang senasib dengan saya? Cuber angkat tangan... Haaa!!! nampak dah. Tapi tak berapa jelas apa kata angkat kaki sekali. Hikhikhik.

Memang la seksa kalau kembung ni. Nak tidor payah...perut asyik tak selesa jer. Sooooo....apa kata cuber follow tips yang dicadangkan oleh saya ini. Nak kata spesis baby tapi dah besar panjang.
Antara tip-tip nYer:

  • Kurangkan makanan pedas

Petua nie doktor yang bagitau saya. Walaupun ini yang dilarang tapi ini juga lah yang kita duk sibuk nak makan. BETUL tak? Jangan tipulah kalau kata tak makan. Rata-rata orang normal mesti makan pedas. Aish....cy-kyn sudah la tu. Tak baik buli orang lain.Katanya untuk membuka selera makan. Mungkin kalau makan makanan pedas perut kita akan panas maka akan mengumpulkan lebih banyak angin kot agaknnya.

  • Kurangkan makanan/minuman yang berasaskan susu

Kenapa yer? Bukan ker susu nie bagus. Ini sebab dalam perut kita ni ada satu jenis bakteria ( tak ingat la nama die----lactobacillus kot agak nyer) yang akan menggumpalkan susu yang cecair nie untuk menjadi pepejal sebelum dibuang ke dalam tong yang satu tu.Tau tak tong apa..?heheh. =) sepanjang proses penggumpalan tu maka akan terbentuk la gas yang akan memenuhi perut kita. Lepas tu kita akan buncit dan penuh dengan angin. Maka terjawablah persoalan kenapa baby yang cuma minum susu tapi hasil buangannya bukan cecair sahaja.

  • Elakkan keluar malam

Petua nie sekali gus menghalang anda keluar malam. hahahaha....jangan salah faham anda boleh keluar. Tapi sebaiknya jangan balik lewat sangat. Saya sendiri menghadapi masalah nie...kalau saya ada luar dari rumah@bilik atas daripada jam 12 malam maka saya akan diserang angin yang sangat menyeksakan. Disebabkan ini maka saya dipanggil BIG BABY gurlzzz... Serius kejam giler statemant tu. Jadi kalau nak duduk luar dari bilik berteman angin malam lebih baik pakai pakaian yang tebal. (cY-kYn siap bawak minyak panas lagi)

  • Elakkan minuman bikarbonat

Untuk yang ini mesti semua orang dah tahu. Sebab minuman sendiri dengan nama lain ialah 'Air gas'. Maka janganlah kumpul lebih banyak angin dalam badan tu ek.

  • Banyakkan bersenam

Bersenam itu perlu...sebab kat celah-celah sendi kita nie kekadang memerangkap angin yang membuatkan satu badan kita sakit. Ok...cY-kYn dah mula cakap macam Dr. yang tak bertauliah. =) sorry....

  • Marilah berurut (oppsss...)

Jangan bayangkan sesuatu yang diluar imaginasi anda. Maksud saya berurut untuk buangkan angin. Tak payah pergi ke Pusat urut. Buat sendiri pun boleh...... Nak tau macam mana. Cuba tengok tapak tangan kamu. Yer..betul tengok la..=) Kan ada sendi-sendi (kawasan pemisah tulang tu----ala yang ada ligamen tu). Ambil tangan yang satu lagi apa kata urutkan sendi-sendi awak tu dengan jadi. Lepas tu beralih ke tapak tangan pula...Amacam?..Best tak? Jangan lupa urut tapak kaki yer.. Kat kawasan tapak tangan dan tapak kakilah tempat link untuk satu badan anda. Jadi lah tabib peribadi untuk diri sendiri.


Akhir sekali saya nak bagi amaran....Harap2 janganlah anda mengambaikan perut anda yang berangin itu sehingga akhirnya menjadi BEGINI....>>>>>>>>

Tuesday, February 23, 2010

Manfaat si BawAnG MeRah



Salam sejahtera buat penggemar cik bawang....ermm bawang apa ek? Mestilah bawang merah yang saya nak cerita nie. Lepas nie kalau siapa yang kerja asyik dok buang bawang why not sekarang anda makan jer bawang tu. Sedap kan??? Tau tak yang bawang merah nie ada banyak sangat khasiatnyer. Tapi jangan la makan banyak sangat sampai orang bercakap atau berjalan sebelah anda pun boleh berbau bawang...hheheehe =) melawak saja.


Berikut adalah antara khasiat si bawang merah:
  1. Beberapa kajian mengatakan bawang nie ada penawar kepada penyakit kanser hati kerana terdapat kandungan saponin di dalam nyer.


  2. Bawang merah nie mampu membuang toksin dari dalam badan. Jadi tak adalah kita semua dok kumpul toksin jer tiap-tiap hari.

  3. Buat pesakit-pesakit yang mengalami sakit jantung, strok dan penyakit yang berkaitan baiklah makan bawang merah nie dengan kadar yang berterusan. Bagusnya kerana bawang nie ada bahan anti-beku untuk darah supaya aliran darah dalam badan akan lebih lancar dan baik. Jadi kuranglah jumlah pesakit di hospital lepas nie.

  4. Buat sesiapa yang hendak mengekalkan fungsi otak supaya berada dalam keadaan yang baik lebih baik jangan asyik membuang si bawang merah kerana ia dapat menghindarkan penyakit nyanyuk terutamanya apabila usia telah meningkat.

  5. Wanita bergaya yang suka memakai kasut tumit tinggi juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Maka, bolehlah bergaya sambil menjaga kesihatan diri. Wanita lain pun sama juga yer..... tulang itu penting. Kalau tidak jadi sotong la kita semua.
  6. Tekanan darah tinggi sangat merbahaya namun dapat dikawal dengan si bawang merah. Hebatkan???

  7. Nak kekal muda? Makan bawang merah adalah cara termudah kerana di samping menyedapkan makanan yang dimakan. Ia juga dapat mengurangkan masalah kedutan. Muda bergayalah jadinya anda selepas ini.

PETUA DARI NENEK

SEMBELIT

  • Hancurkan bawang merah dan campurkan bersama madu. Lepas tu minum la. Insyaallah kalau diamalkan kuranglah masalah sembelit tu.

PERUT MASUK ANGIN

  • Perah bawang merah sehingga dapat jusnya dan campurkan bersama halba. Rebus dan campurkan bersama madu. Lepas tu minum la. Confirm angin keluar punya....tapi hati-hati pastikan angin anda tidak mengganggu orang lain.

Jadi, secara kesimpulannya janganlah buang si bawang merah kerana tanpa ia makanan kita mesti jadi tak sedap. Si Bawang yang comel ini merupakan bahan asas.... Betul tak?..... =) Salam sayang dari saya.

(P/s: Buat ibu-ibu yang ada anak-anak kecil yang tak suka makan bawang, buatlah macam mama saya yang blender jer bawang tu sampai hancur untuk digunakan buat memasak. So, anak-anak yang suka mengasingkan bawang nak tak nak pun kena makan juga sebab benda tu dah hancur. Mungkin juga diorang sendiri tak tahu dalam masakan tu ada bawang. hehehee......=) selamat mencuba)


You might also like:

Related Posts with Thumbnails