Saya dan geng-geng yang hot nie mesti lah ada jer memacam idea dalam kepala yang mampu untuk diketengahkan. Kalau sasterawan negara kita iaitu A. Samad Said tau pasal kehebatan idea kami ni. Confirm kami dah kena marah kerana mencampurkan segala macam jenis bahasa untuk kepentingan diri sendiri. Minta maaf kepada ahli bahasa negara.....
Anda semua mestinya selaloo akan menggunakan perkataan yang kasar (harsh word) bile keadaan mengamuk atau emo. Macam-macamlah selaloonyer perkataan yang kite akan gunakan dan selalunya akan dikategorikan sebagai kasar, biadap, tak ada adap atau sebagainyer la....(kekadang saya selaloo gak wat cam gitu kalu perasaan tak mampu untuk dikawal lagi beb. Saya pun bukannyer manusia yang sempurna.
Tapi kalau difikirkan secara relevan, atas dasar rasional memang seharusnya untuk kita mengelakkan untuk menggunakan perkataan sedemikian. Seperti yang kita semua sedia maklum, apa sahaja perkataan yang keluar dari bibir kita ini merupakan suatu doa untuk diri kita dan juga untuk orang sekeliling. Jadi, sekarang saya cubalah menyasarkan sedikit perkataan yang kurang sopan itu kepada perkataan yang lain.
Kalau sebelum ini apabila kita sangat marah kita sentiasa menggunakan perkata seperti #####. Jadi sekarang gantilah ngan benda lain. Mungkin kita boleh istighfar... kalau rasa nak marah sangat ganti jer la ngan perkataan lain. Macam saya dulu nk cakap "damn....." , jadi sekarang ada saranan idea baru dari geng orca maka perkataan 'EMPANGAN BEBIRI' telah muncul dan digunakan apabila marah.... Oklah tu kirenya boleh wat jenaka untuk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment