Baru jer pulang dari dinner Jabatan Biologi. Seronok sangat coz macam-macam yang saya dan geng-geng orca lakukan. Apa lagi pastinya SAWAN KAMERA. Pantang betul jumpa kamera mesti rasa nak join sama.... hari nie tema saya putih saja. All white......tetiba terasa diri cam angel jer ( innocent semacam).hahahaha.......perasan sendiri. Actually nak pakai baju hijau. Tapi banyak pulak yang tak padan. ~~skirt putih (milik sendiri), tudung hijau dan jaket krim (milik sendiri). Baju putih (tajaan tie)...terima kasih tie.
Tapi saya dah melakukan sesuatu yang tak sepatutnya kerana saya telah merosakkan suatu harta milik sahabat saya iaitu baju yang ia sponsor tu. Maaf kan saya teman sebab dah merosakkan baju kamu. Saya tidak sedar bila masanya baju itu sedikit carik di bahagiah hujung belakang. Saya nak membayar kepada kamu... Namun, kamu tanya kenapa? Saya akhirnya mengaku bahawa saya telah merosakkan sedikit baju kamu. Kamu tahu tak betapa saya sangat sedih dan risau kerana telah merosakkan baju kamu. Saya tahu walaupu kamu tidak selalu memakai baju itu. Tapi saya seolah-olah telah mengkhianati kamu kerana kamu telah menolong saya tetapi saya pula begini. Saya minta maaf dengan kamu.
Bila saya nak membayar, kamu kata tak perlu. Kamu kata anggapla baju itu kamu berikan pada saya..Kamu larang saya membayar kembali harga baju itu kepada kamu. Kamu tahu tak air mata saya menitis saat membaca pesanan ringkas kamu itu di telefon bimbit saya... Hati saya tersentuh, saya bayangkan kamu akan marahkan saya tapi sebaliknya yang berlaku. Saya minta maaf dengan kamu... Siti Asmaa. Saat menulis entri ini pun air mata saya menitis juga beberapa kali.....
No comments:
Post a Comment