Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Wednesday, October 25, 2017

Hidup yang penuh impian II (Strategi Memburu Impian)

Nama tajuk pun memburu impian....maka untuk post kali ni Cik Cikyn akan membimbing anda semua untuk mencapai impian anda. "There is not too late to achieve you dream". Masih ingat lagi post yang Cik Cikyn tulis pada beberapa hari yang lalu (Hidup yang penuh berimpian I)  Tak kisah la anda semua ni masuk kategori umur berapa pun. 20...30...40...50..60... Hatta 80 dan 90 tahun sekali pun masih belum terlambat. Sebab hidup yang berimpian adalah lebih bermakna berbanding hanya mengikut arus dan membiarkan segalanya tertanam sepi di balik mimpi yang hanya menjadi angan-angan kosong.

Pertama sekali Cik Cikyn mengarahkan meminta anda semua untuk mengambil sehelai kertas putih bersih tanpa sebarang noda bersama sebatang pensil 2B Steadler... Kalau tak ada pensil,  pen pun boleh la...... Tuliskan semua IMPIAN dan PERKARA yang anda ingin lakukan dalam hidup anda, dari sebesar-besar perkara hingga kepada sekecil-kecil impian.

Kenapa Cik Cikyn suruh anda tulis tangan bukan taip dalam komputer????

Mengikut satu kajian saintifik yang dilakukan oleh saintis, menunjukkan apabila anda menulis setiap impian anda akan membuatkan lebih banyak neuron otak yang akan bekerja berbanding menaip di dalam komputer. Di samping itu, hampir semua deria anda akan terlibat sama. Jika anda hanya bayangkan sahaja di dalam otak anda, maka akan hanya sekadar menjadi angan-angan MAT JENIN. MAKA.....TULISKAN sahaja semua IMPIAN anda. Di bahagian hujung post ini nanti Cik Cikyn akan berikan contoh perkara dan impian yang Cik Cikyn inginkan dalam hidup ini.

Source: The Answer by Allan & Barbara Pease

Inilah antara wishlist bucket Cik Cikyn, panjang lagi sebenarnya =)
Mohon abaikan sahaja tulisan yang macam budak sekolah rendah tu

Salah seorang dari guru Cik Cikyn pernah cakap

"Segala apa yang kita NIAT, CAKAP, FIKIR & BUAT, semua itu adalah suatu DOA" maka doakanlah yang baik-baik sahaja. =)


                     


Friday, September 29, 2017

Hidup yang penuh dengan impian I

Kite sebagai individu perlu memberikan tumpuan kepada "life we want" bukan pada "how to live". Kebanyakkan individu yang hanya berada pada tahap yang "average" seperti individu lain kebiasaannya hanya menghabiskan masa mereka dengan memikirkan apa dan bagaimana yang perlu dilakukan bagi mencapai sesuatu?? Walau pada hakikatnya memahami apa yang kita inginkan itu jauh lebih penting kerana apabila kita telah tekad untuk melakukan sesuatu, maka badan dan minda kita akan secara sendirinya mula bergerak menuju untuk mencapai impian tersebut. 

Nota: Cik Cikyn baru baca dalam sebuah buku ni yang memang superb and totally recommended untuk anda semua baca. Tapi Cik Cikyn akan share dalamm post yang akan datang ya !! =)😆

Friday, June 17, 2016

Al-kisah Baucar Buku 1 MALAYSIA




tik tok...tik tok....tik tokkk

Student memang tak asing dengan kepingan-kepingan kertas yang Cik Cikyn tunjukkan ni. Secara total dapat 5 keping = RM 250....Tapi baru sekeping yang Cik Cikyn gunakan untuk beli sebuah buku yang berharga RM50. Cuba teka apa buku yang Cik Cikyn beli. 
BUKU PARENTING.... Cewah tak nikah lagi dah sibuk nak beli buku Parenting kan??? Hehehehe.

Nanti esok kita tengok berapa banyak voucher yang berjaya diguna pakai dengan bijaknya.

 

You might also like:

Related Posts with Thumbnails