Showing posts with label Pesanan. Show all posts
Showing posts with label Pesanan. Show all posts

Friday, September 29, 2017

Hidup yang penuh dengan impian I

Kite sebagai individu perlu memberikan tumpuan kepada "life we want" bukan pada "how to live". Kebanyakkan individu yang hanya berada pada tahap yang "average" seperti individu lain kebiasaannya hanya menghabiskan masa mereka dengan memikirkan apa dan bagaimana yang perlu dilakukan bagi mencapai sesuatu?? Walau pada hakikatnya memahami apa yang kita inginkan itu jauh lebih penting kerana apabila kita telah tekad untuk melakukan sesuatu, maka badan dan minda kita akan secara sendirinya mula bergerak menuju untuk mencapai impian tersebut. 

Nota: Cik Cikyn baru baca dalam sebuah buku ni yang memang superb and totally recommended untuk anda semua baca. Tapi Cik Cikyn akan share dalamm post yang akan datang ya !! =)😆

Sunday, October 24, 2010

Aku Menangis.....

24/10/2010



Salam semua malam yang dingin menjadi semakin dingin dengan tiupan angin malam. Semua mata telah pun lelap. Tapi hanya aku sahaja yang masih setia berjaga kerana otakku seperti tak mahu tidur. Siapa yang menonton cerita Taubat Nasuha untuk mencalonan anugerah skrin hari ni. Ok....cerita tu memang sangat sedih....kerana kita hanya menghargai Sesorang setelah insan tersebut diambil kembali kepada Yang Maha Pencipta. Tapi itulah sifat manusi="annas" adalah sentiasa pelupa.



Oleh kerana sifat Allah s.w.t itu sendiri yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun maka disediakan satu pintu untuk hambaNya kembali semula kepada kepadanya iaitu pintu taubat.. Aku sendiri berkira-kira berapa banyakkah dosa aku pada Allah s.w.t di tambah lagi dosa pada manusia. Adakah diri ini telah benar-benar bersedia untuk kembali kepadanya? Aku sendiri masih tak pasti.



Wednesday, August 4, 2010

Pesanan Faizal Tahir Yang MenYentuh Jiwa ----@




Ok masa bekerja kita harapkan dapat rehat dengan sepuasnya, tapi bila dah terlebih rehat terasa macam dunia ni dah nak sampai kepada peghujung penghidupan jer. Maka mulalah badan ni akan bertindak untuk melakukan sesuatu. Kadang-kala aku banyak sangat yang aku nak buat dalam hidup ini. Semua benda kalau boleh nak di buat. Tapi teringat balik pesanan Faizal Tahir...anda kenal siapa Faizal Tahir. Kalau tak tahu mari saya tolong bagi tahu........ Faizal Tahir tu abang kat tempat kerja saya yang duk join kerja promoter perfume skali tu. Rambut dia sedikit serabai..Hahahaha...Oit shikin kamu sudah hilang ingatan ker apa? Orang lain boleh lah tipu tapi nie kalu Faizal Tahir mahu mati kamooo kena belasah dengan
Faizal Tahir's Fans yang ramai tu... Ok..ok.... saya minta maaf... Ala..abang Faizal Tahir yang hensem tu dan bersuara emas tu..amacam, puas hati? Puas hati la tu....ala~~~~ jangan nak tipu la...saya nampak awak senyum bila saya cakap macam tu...sebab awak suka dia kan..macam kawan saya Si Cimoy tu... =) Ok tipu lagi saya pon minat kat die gak ok...ngheeeeee~

Pesanan Faizal Tahir bebunyi begini: (Advise ni sebenarnya untuk Adi yang dalam Program Mentor 4 )


~kan best kalu ada rambut cam gini~
abg faizal kite tukar rambut la...hahahhahaha =)


Kita selalu melihat ramai orang yang ingin tahu dalam pelbagai perkara, bererti dia cuba menjadikan dirinya serba boleh (master)dalam pelbagai perkara. Tapi perkara itu TAK BERMAKNA kecuali dia mencari sesuatu yang di minatinya dan benar-benar sesuai dengan dirinya serta memahirkan diri dengan perkara tersebut. Maka perkara itu akan menjadi sesuatu yang BERMAKNA dalam hidupnya.

-Faizal Tahir 2010-

You might also like:

Related Posts with Thumbnails