15/11/1987 merupakan tarikh perkahwinan ayahanda dan bonda ku. Maka pada tahun ini genaplah usia perkahwinan mereka selama 21 tahun. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-21 buat mama dan abah. Aku doakan semoga ikatan ini akan kekal buat selamanya kerana mereka berdua sememangnya diciptakan untuk saling melengkap. Aku tak mungkin untuk jadi semulia mama yang sentiasa bermurah ati dan berlapang dada untuk memaafkan orang lain. Sebab aku tak akan dapat menjadi semulia itu. Buat ayahanda tersayang.......hehehe ayong respect ngan abah. You r my hero abah... Sebelum ayong jumpa hero lain dalam hidup ayong, abah ialah hero pertama dalam hidup ayong.
Walaupun mama selalu membebel banyak macam mana sekali pun tetapi abah tahan telinga je lah. Heheeheeh.....sebab mama memang dah macam tu tetapi orang kata kalau marah or membebel pun sebab sayang.Betul tak? Lagi pun rasanya rumah tu akan sunyi kalau mama tak membebel sehari. Perasaan rindukan bebelan mama tu mula aku rasa time aku dah mula belajar kat asrama. Tapi bila aku kena bebel rasa macam nak lari jauh-jauh je.
Korang mesti pernah rasa apa yang aku rasa, betul tak?
Abah pula selalu jer naik angin tetapi mama memang profesional nak kawal abahnyer amarah. Aku pula selalu jer gunakan mama sebagai orang tengah kalau nak berdiskusi ngan abah. Takut beb.......Tapi garang macam mana pun abah aku ni sebenarnya dia seorang yang cukup suka buat perangai ‘loyer buruk’nyer tu.
Secara kesimpulan yang paling mudah mama dan abah aku merupakan pasangan yang best. Tempoh 21 tahun tu boleh aku kira hampir cukup matang dalam mengharungi hidup berumahtangga. Kalau diikutkan cukup sukar untuk mengekalkan tempoh perkawinan yang panjang dalam suatu ikatan perkahwinan kerana pasti pelbagai cabaran yang akan datang melanda. Namun, semua itu bergantung kepada bagaimana cara pasangan tersebut menguruskan masalah yang mereka hadapi dengan penuh berhemah.
Moga segalanya akan sentiasa baik sampai ke anak cucu.Amin.
P/s: aku rasa semuanya aku nak luah kan sampai abis malam nie.kiranya maybe banyak la post aku malam nie
.