Saturday, April 3, 2010

KePerGian AllahYarham AbG DiN...... ='(

Lokasi: bilik sendiri

Masa: 10.30 malam



Saya rasakan kesedihan... Walau saya tak pernah bertemu beliau. Saat macam nie selaloonyer saya akan layan radio HOT.fm. Tapi untuk beberapa hari nie saya luangkan masa untuk ERA.fm. Saya tak tahu kenapa hati saya dirundum kesedihan yang amat sangat....keadaan yang sama ketika saat pemergian Allahyarham Zahid dulu...sesuatu yang mengejut dan amat saya tak sangkakan.

Hari ni dah masuk hari ke-2 Allahyarham ABg Din meniggalkan kita semua. Sya tak pernah kenal beliau. Bertentang mata pun tidak, apa ntah lagi berbicara bersama. Apa ingatan yang pernah ada dalam ingatan saya tentang beliau hanyalah suara beliau di radio ERA dalam DRAMA SEBABAK.

Sepanjang mendengar radio ERA saya dapati begitu ramai insan yang menyayangi beliau kerana ramai yang bersedih di atas pemergian beliau. Saya sendiri merasakan perasaan yang sama. Benarlah kata insan bijak pandai "Jika kita benar-benar ikhlas melakukan sesuatu buat insan lain, maka keikhlasan itu akan tetap kekal di dalam ingatan dan memori. Walaupun pada saat itu, nyawa sudah tiada lagi menemani jasad yang sedang sejuk membeku menunggu saat di tanam di dalam bumi yang gelap."

Sepanjang menulis entri ini saya masih merasakan kesedihan yang sama dan air mata saya masih tetap mengalir kerana kesedihan itu. Namun, sesuatu yang sudah tidak bernyawa tak mungkin mampu untuk dihidupkan kembali. Apa yang mampu dilakukan hanyalah mendoakan kesejahteraan beliau di sana dan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.Ikhlaskan lah pemergian itu

"Manusia tertawa gembira saat kita dilahirkan atas muka bumi ini. Maka, biarlah mereka menangis saat pemergian kita kerana itulah tanda bahawa kita begitu berharga buat meka. Namun, jangan sampai mereka ketawa saat pemergian kita"

"Manusia yang benar-benar hebat ialah manusia yang disaat pemergiannya akan diiringi oleh doa-doa kesejahteraan dan diingatan yang tidak akan padam dalam ingatan yang menyayangi mereka. Kerana kasih sayang itu adalah rahmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t."

You might also like:

Related Posts with Thumbnails