Wednesday, December 21, 2016

Cik Cikyn di Maktab Tentera Diraja (MTD)

Hari Sabtu (17/12/2016) yang lalu merujuk kepada hari semalam pada saat entri ni ditulis, Cik Cikyn sekeluarga menghadiri Majlis Perbarisan Tahunan pelajar MTD. Normally, majlis ni untuk meraikan pelajar tingkatan 5 selepas tamat peperiksaan SPM. Boleh dikatakan sama macam majlis pentauliahan la lebih kurang. 

Awal-awal pagi  lagi kami dah bertolak. Gaya macam jauh sangat kan? Padahal dalam 45 mins jer dah sampai sana. Tapi kami samapai di MTD tepat jam 6.15pagi. Tu diaaaaa.....Orang Johor, pun tak sampai lagi time tu. Hahaha.. Tapi disebabkan nak dekat tempat parking punya pasal. Maka diredah sahaja lah. 

Separuh dari keluarga Cik Cikyn


~Bersama adik teruna bongsu~


Our Menteri Pertahanan tengah memeriksa barisan


All of this Perdana belong to Panglima and the Gangs =)

Perbarisan bermula jam 9,15 pagi sementara menunggu kedatangan segala macam Panglima dan kawan-kawanya. Termasuklah Menteri Pertahanan. Mama Cik Cikyn pun very excited hari tu waktu jumpa kawan-kawan dia di PIBG MTD 2016. That moment Cik Cikyn realised....parents dalam community PIBG ni dah tak tanya dah nama parents yang diorang berbual tu siapa. Soalan paling femes....."Mama/mak siapa ni?" Seeeeee? Anak-anak diorang lagi femes rather than nama masing-masing. Hahahaa this is the first moment i saw this scene tau.

Hari ni memang Cik Cikyn rasakan hari yang sangattttt panjang. Waktu mama dan abah masuk dewan untuk anugerah cemerlang pelajar. Cik Cikyn dan adik lelaki pun pergilah melepak di surau. Mau jugalah kami tidur kat situ dalam sejam...lama punya pasal, panas, penat dan mengantuk lagi. Hari berakhir jam 3.30 petang. Balik rumah pengsan. Bloating sebab tak makan punya pasal.

XOXO
Cik Cikyn 2016

Tuesday, December 20, 2016

Mari Buat Senarai Misi 2017!

Okay korang pada saat, ketiak, ketika dan detik Cik Cikyn sedang menulis artikel ini kita ada masa lagi 16 hari menuju tahun 2017. Kalau tak percaya boleh tengok kalendar masing-masing. Okay setiap tahun ritual yang tidak akan pernah berubah adalah "AZAM TAHUN BARU"...Hahahahah korang jangan nak ngelat. Mengaku jer la yang korang pun buat benda yang sama. Trust me. I am not exluded from the list.

Azam yang paling glamour:

1) Nak kurus
2) Nak kaya 
3) Nak cantik/hensom
4) Nak kawin
5) Nak melancong satu dunia
6) etc

Kalau tulis begini memang sampai dunia padam pun impian korang hanya akan tinggal impian

Nampak tak apa problemnya disitu???
Nampak tak?

Okay jom Cik Cikyn bagitau. Pertama sekali pi amik pen dan kertas. Impian yang dibayangkan tanpa ditulis biasanya tak akan menjadi nyata.Sebab perbuatan kita tu akan mendorong kepada proses menjadi bayangan tersebut sebagai satu realiti. Then kalau korang nk tulis bayangan impian itu biarkan adalah spesifik dan realistik

Contoh

**melancong satu dunia >>>>>> melancong ke (pilih negara yang bersesuai dengan kemampuan dan kewangan anda) pada (masa yang dijangka--mungkin musim bunga)...seperti melancong ke jepun pada musim bunga.... tapi jangan lupa teruskan diri untuk buat persiapan dari segala segi tau...jangan main tulis ja

Tulis atas kertas yang comel tu cantik-cantik dan tampalkan pada kawasan yang korang boleh sentiasa tengok. Mungkin di meja solek atau depan almari. Dan jangan lupa tampal sekali gambar-gambar yang bole inspired berkaitan dengan impian korang tu.


"Apa yang kita fikir, niat, cakap dan buat adalah satu doa"
Pesan dari Cikgu Cik Cikyn


Cik Cikyn pun ada MISI IMPIAN 2017. Nanti minggu depan Cik Cikyn akan update impian Cik Cikyn. Stay tune.......... =)


XOXO 
Cik Cikyn 2016

Monday, December 19, 2016

20% diskaun di Body Shop sehingga 23 Disember 2016

Buat kepada semua peminat tegar dan pengumpul produk Body Shop.
Cik Cikyn nak share satu berita gembira kat korang semua.Sehingga 23 Disember 2016 (Jumaat) minggu ni. Korang berpeluang untuk dapatkan 20% diskaun pembelian produk-produk Body Shop. Kalau Cik Cikyn masa-masa macam ni lah Cik Cikyn akan borong banyak sikit untuk stok setahun. Nanti bole tambah point untuk redeem next time. Lalalalalal

Kalau korang tak percaya maklumat Cik Cikyn ni boleh rujuk pic yang share kat bawah ni tau.

"Haaaaaa, jangan cakap Cik Cikyn tak payung okay =)"

Happy Shopping time koranggg...laalalal

XOXO
Cik Cikyn 2016

Thursday, December 15, 2016

Mari tukar Kad ATM Pay Wave SEGERA

Hello korang semua....sebenarnya tadi kawan Cik Cikyn tanya pasal proses penukaran semua kad bank lama kepada pay wave version. Korang dah mula tukar ker belum. Kalau belum silalah cepat-cepat tukar ya. Kalau tak nanti jenuh nak selesaikan bila masuk tahun 2017. Kang tak pasal-pasal tahun 2017 korang tak dapat nak keluarkan duit. Nanti Cik Cikyn sedih bersama-sama.

Kad bank yang ditukar sebelum tahun 2017 tidak akan dikenakan sebarang cas...maka ayuh cepat semua. Walaupun cas tersebut mungkin sedikit. Namun, itu masih lagi dikira duit yang berharga. Cewahhh, Cik Cikyn sudah menjadi Cik Bakhil sudah =)



korang nampak tak simbol gelombang kt atas tu. itulah ciri yang paling penting untuk kad atm baru ni. So after this tak perlu bawak cash lagi ye dokk...hahahah yer la tu...Jangan berbelanjan tak hengat dunia ya. 

## pemegang akaun CIMB kena tukar kad pada/sebelum 20 disember 2016. Lepas dari tarikh tu akan ada cas dikenakan. 


XOXO
Cik Cikyn

Wednesday, December 14, 2016

Conference On Flood Catastrophes in a Changing Environment (CFCCE 2016)

Kisah ni dah sebulan berlalu. Tapi tak apalah Cik Cikyn tetap nak share. Siapa tak nak baca tutup mata tau...tapi jari tu buka sikit-sikit so boleh nampak kat celah jari untuk baca..hahaha.(Mengakulah korang ngelat).

By the way...seperti yang korang tau kan Cik Cikyn punya topik related with flood maka dengan itu Climat Change pun terlibat sama kerana itulah korang mendapati Cik Cikyn telah mewujudkan diri Cik Cikyn pada conference ini. Hahaha...I tak tipu tau...nanti I sertakan gambar bukti kay. Conference tu akan diadakan di UTM-KL tau. Memula tu nak stay hotel walaupun rumah masih lagi dalam negeri Selangor daerah Kuala Langat (mengada jer lebih sebab malas nak merempuh kesesakan lalu lintas). Namun, akhirnya niat itu terpaksa ni hentikan sebab ada seekor anak kucing ni orang buang kat rumah Cik Cikyn, so I kena la jaga dia tiap hari untuk ensure dia survive. However, unfortunately that little kitten tak dapat pun nak bertahan lama (sedihhhhhhh)

Oh yaaa...kembali kepada topik asal kita...conference tu memang best kalau korang ada buat study related to Climate Change. Keynote speaker dia dari pelbagai negara (Malaysia/ Thailand/Vietnam/Hong Kong/China/Filipina/India)

Saja nak tayang buku program & buku nota Cik Cikyn yang warna merah tu. 
I love red

Waktu tengah buat pembentangan untuk artikel pertama. Could you imagine Cik Cikyn punya nervous untuk dua pembentangan dalam 1 hari (sobbbsobbb)

Maka inilah kami semua. Soalan pertama kenapa ramai sangat lelaki yang terlibat dalam Disaster Management? Di manakah wanita yang ramai di universiti? ----soalan ini sangat menarik untuk dirungkaikan. Mungkin untuk second Phd (berangaaaann)


###persoalan yang ditanya dalam kajian bukan untuk menjatuhkan sebaliknya untuk diperbaiki

XOXO 
Cik Cikyn 2016


Tuesday, December 13, 2016

Sindrom Pelajar Phd Cik Cikyn

Wahhh sebenarnya dah lama sangat Cik Cikyn tak menulis dalam blog ni. Mungkin sebenarnya tak ada orang pun yang baca blog Cik Cikyn, Buat masa sekarang Cik Cikyn sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Phd (skema sangat ayat) -- maka sila layan sahajalah cara penyampaian Cik Cikyn ni.

Kalau cerita pasal belajar ni soalan paling famous adalah seperti berikut;

1) Dah semester berapa?
2) Buat projek pasal apa?
3) Supervisor siapa?
4) Guna grant projek /sendiri
5) Bila nak habis?---- soalan ni paling sentap (hang ingat den robot nk main redah time machine) hahahaa

Maka dengan ini Cik Cikyn nk habaq mai semua jawapan untuk persoalan di atas.

1) La ni Cik Cikyn berada di semester 3 merangkak perlahan menuju ke semester 4. Awatlah cepat sangat masa berlalu ekkkk, Urrrmmm itulah tanda akhir zaman semakin hampir.
2) Projek yang paling vogeh sekali di zaman millennia ni..tu dia perasan tak habis. Pasal "Natural Disaster--focusing on flood issue

Buku-buku rujukan teman setia Cik Cikyn.
Nangis godek sorang-sorang =(

3) Kalau ditanya soalan ni...confirm la Cik Cikyn habaq SV I yang terhebat. Cewahhh--- =)

My supportive Supervisor: Prof Emeritus Chamhuri Siwar (expert in economic)
=) mesti prof pening dapat anak didik yang sengal cam Cik Cikyn ni. Tq prof

4) Projek ni guna grant projek yang dirahsiakan....Nanti Cik Cikyn akan bagitau kebaikan dan kekurangan untuk topik ni.
5) Plan nak habis tengah tahun 2018-----minta tolong hangpa semua tolong doakan semoga perjalanan study Cik Cikyn akan berjalan lancar naaaa...Aminnn..

###Maka dengan ini saya akan melalui hari-hari mencabar dengan penuh tabah dan sabar (ikrar dalam hati sambil air mata bercucuran) 







You might also like:

Related Posts with Thumbnails