Wednesday, October 25, 2017

Memori di International Conference SCCP 2017

Hi Assalammualaikum.....
Cik Cikyn cuma nak throwback kembali kenangan waktu event SCCP 2017 di Menara YBR awal Oktober 2017. Waktu tu Cik Cikyn cuma jadi bidan terjun jer untuk membantu kerja pengacara majlis. Itu pun lepas balik dari kursus peribadi di Shah Alam....redah KL waktu malam sangatlah mencabar rasa macam nak menangis pun ada....siap GPS signal asyik hilang jer. Mata dah la rabun, maka tawakal sajalah Cik Cikyn malam tu...dari jam 6.30 petang pukul 10 malam barulah Cik Cikyn sampai hotel Ascot yang dimaksudkan. Padahal dah nangis sampai maskara semua dah cair. Rupa pun dah macam panda dah  malam tu. But Alhamdulillah, finally sampai dengan selamat...😎😎 Lets check it out pic throwback Cik Cikyn pada hari kejadian....hahahahah

Hidup yang penuh impian II (Strategi Memburu Impian)

Nama tajuk pun memburu impian....maka untuk post kali ni Cik Cikyn akan membimbing anda semua untuk mencapai impian anda. "There is not too late to achieve you dream". Masih ingat lagi post yang Cik Cikyn tulis pada beberapa hari yang lalu (Hidup yang penuh berimpian I)  Tak kisah la anda semua ni masuk kategori umur berapa pun. 20...30...40...50..60... Hatta 80 dan 90 tahun sekali pun masih belum terlambat. Sebab hidup yang berimpian adalah lebih bermakna berbanding hanya mengikut arus dan membiarkan segalanya tertanam sepi di balik mimpi yang hanya menjadi angan-angan kosong.

Pertama sekali Cik Cikyn mengarahkan meminta anda semua untuk mengambil sehelai kertas putih bersih tanpa sebarang noda bersama sebatang pensil 2B Steadler... Kalau tak ada pensil,  pen pun boleh la...... Tuliskan semua IMPIAN dan PERKARA yang anda ingin lakukan dalam hidup anda, dari sebesar-besar perkara hingga kepada sekecil-kecil impian.

Kenapa Cik Cikyn suruh anda tulis tangan bukan taip dalam komputer????

Mengikut satu kajian saintifik yang dilakukan oleh saintis, menunjukkan apabila anda menulis setiap impian anda akan membuatkan lebih banyak neuron otak yang akan bekerja berbanding menaip di dalam komputer. Di samping itu, hampir semua deria anda akan terlibat sama. Jika anda hanya bayangkan sahaja di dalam otak anda, maka akan hanya sekadar menjadi angan-angan MAT JENIN. MAKA.....TULISKAN sahaja semua IMPIAN anda. Di bahagian hujung post ini nanti Cik Cikyn akan berikan contoh perkara dan impian yang Cik Cikyn inginkan dalam hidup ini.

Source: The Answer by Allan & Barbara Pease

Inilah antara wishlist bucket Cik Cikyn, panjang lagi sebenarnya =)
Mohon abaikan sahaja tulisan yang macam budak sekolah rendah tu

Salah seorang dari guru Cik Cikyn pernah cakap

"Segala apa yang kita NIAT, CAKAP, FIKIR & BUAT, semua itu adalah suatu DOA" maka doakanlah yang baik-baik sahaja. =)


                     



You might also like:

Related Posts with Thumbnails