Seperti biasa kala malam menjelang dan bulan mengambang menjadi peneman di samping bintang-bintang yang bersinar....manusia semakin lena diulit mimpi seperti aku juga. Semalam aku baru berjanji untuk bertemu Wahida untuk pergi ke majlis perkahwinan seorang teman dari sekolah rendah...
Dalam mimpi aku aku melihat jam dan aku telah lewat daripada waktu yang dijanjikan. Aku bangun dan segera bergegas ke bilik air untuk bersiap-siap. Tetapi apa yang pasti aku tidak berada di rumah aku sebaliknya aku berada di Melaka (rumah arwah opah). Ok relaks jer shikin. Tetiba aku terlihat kelibat arwah opah sedang berbual dengan mama dan abah dengan penuh riang dan gelak tawa. Dalam otak aku (mata aku ni silap pandang ker apa...bukan opah dah tak ada ker).
Aku datang menghampiri mereka yang sedang leka berbual... "Assalammualaikum..." salam aku tujukan buat opah tetapi salam ku tidak berjawab sebaliknya hanya berbalas dengan jawapan "Hai". Ait, sejak bile moden sangat opah aku nie. Aku ulang salam itu sebanyak 3 kali....dan di balas dengan serupa...saat tu aku pasti yang itu bukan arwah opah tetapi makhluk lain yang menyamar dengan rupa tersebut...Aku bacakan Al-Fatihah dan Ayat Kursi. Selepas itu aku tersedar dari tidur.
Berceritakan insiden tersebut kepada mama. Pastu mama pun cakap "Mungkin sebab ayong dah lupakan arwah opah dan jarang bacakan Al-Quran untuk opah sebab tu ayong nampak arwah opah dalam keadaan yang sebaliknya". Ok...memang mungkin juga salah aku yang semakin melupakannya....tetapi aku bersyukur sebab Allah s.w.t masih tetap menarik aku kembali kepadaNya.
"Semoga arwah opah akan dicucuri rahmat dan bersama orang-orang beriman untuk selamanya. Dan aku tahu opah kembali kepada Allah dalam keadaan yang baik kerana dia meninggal saat setelah menunaikan solat isyak saat dia masih berada di atas sejadahnya."