Melewar sekejap dalam bilik nie ----menghitung hari untuk balik ke UMT kembali
Oh yerrrr kembali kepada topik asal.....sebenarnya aku hendak berbicara tentang soalan cepu cemas yang sering ditanya kepada kita. Oleh siapa? Sesiapa sahaja lah terutamanya yang kaki penyibuk dan suka menjaga tepi kain orang lain....
Sewaktu kita masih belajar di Sekolah dulu---tak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah
"Besar nanti nak jadi apa?"
Jawapan kita ini ada pelbagai jenis jawapan. Kadang-kala dari kecik sampai besar tetap tak berubah. Tapi ada juga macam-macam yang dia nak jadi. Memula doktor, pilot, bomba, polis dan macam-macam lagilah.
Dulu aku masa kecik-kecik cakap nak jadi doktor sebab mama,abah,nenek,atok,sepupu sepapat ikan sepat semua cakap jadi doktor tu hebat...hhahaha. Tapi aku tak mampu sebab duk melawat orang kat hospital pun aku boleh na pitam. Lepas tu nak jadi detektif sebab macam macho..Nasib baik aku tak minta jadi penjahat...lagi hebat kepala otak aku nie....Macam-macam lah yang aku nak jadi, kalau cerita memang tak akan habis. Kesimpulannya, carilah segala kemampuan diri kamu selagi kamu termampu...=p
Waktu kita dah habis belajar dekat universiti
" Bila nak kerja?"
Apa ingat sekarang nie kerja senang sangat ker nak cari. Susah tau........belajar pandai tinggi melangit pun belum tentu akan dapat kerja yang selesa dan diidamkan.....Tak per mama aku cakap kita kena bermula dari bawah...kalau belajar tinggi melangit pun tapi bila kita bermula dari kerja yang biasa pun dah dikira bagus sebab kita berusaha untuk berdikari dan hidup. Sekurang-kurangnya rezeki yang kita dapat tu rezeki yang halal.....bukan nyer jadi penyamun, lanun, pencuri atau penjudi yang rezekinya tu tak lah halal...Oleh kerana itu, kita yang selaku generasi baru nie kenalah pandai berjuang untuk hidup dan berlu kreatif serta inovatif untuk mencipta peluang baru dalam kehidupan tetapi dengan cara yang baik dan diredhailah...
Lepas kerja---masa tu umur pun dah naik dari 23 dan ke atas mksudnya makin tualah
"Bila nak kahwin?"
Haaaaa..... soalan nie memang sakit telinga aku nak dengar dan berat juga lidah aku ni nak menjawab. Nak jer aku menjawab gini " Lambat lagilah mak cik saya nak kawin tak ada calon lagi.....susah sangat daripada mak cik duk sibuk menanya saya apa kata mak cik tolong carikan untuk saya senang habis cerita...kalau tak pun apa kata mak cik jer yang kawin...kan senang.." Hahahah......memang nak mmbalas begini...tapi rasa nya aku akan pilih untuk tidak menghabiskan ayat yang terakhir sebab bunyi nyer macam kurang sopan jer....silap-silap mau dapat pelempang free... -_-. Kaum Adam mungkin tak lah sakit telinga sangat kot nak mendengar soalan macam gini......tapi barisan wanita confirm membara jiwa.
Lepas dah kawin-----ingat orang dah tak sibuk lagi. Rupernyer ada lagi soalan
"Bila nak dapat anak?"
Apa dia ingat dapat anak ini macam proses produk kat kilang ker apa.... Ikut rezeki Allah s.w.t nak bagilah. Susah sangat apa kata suruh dia jer yang beranak sendiri. Ish....shikin stop emo ok...hahhaaaa... memang lah buat apa aku nak emo..blum masa aku nak kena tanya soalan cam gini lagi..Ok..maka marilah kita pergi kepada soalan yang seterusnya.....rasanya ada soalan lagi tak agaknya?
Memang manusia akan ada banyak soalan untuk ditanyakan...sebab memang komunikasi manusia ini bermula dengan persoalan...tapi ada satu soalan yang jarang sangatlah yang ditanya oleh manusia.Nak tau tak apa dia soalannya?
"BILA AWAK NI NAK MATI?"