Kisah ni dah sebulan berlalu. Tapi tak apalah Cik Cikyn tetap nak share. Siapa tak nak baca tutup mata tau...tapi jari tu buka sikit-sikit so boleh nampak kat celah jari untuk baca..hahaha.(Mengakulah korang ngelat).
By the way...seperti yang korang tau kan Cik Cikyn punya topik related with flood maka dengan itu Climat Change pun terlibat sama kerana itulah korang mendapati Cik Cikyn telah mewujudkan diri Cik Cikyn pada conference ini. Hahaha...I tak tipu tau...nanti I sertakan gambar bukti kay. Conference tu akan diadakan di UTM-KL tau. Memula tu nak stay hotel walaupun rumah masih lagi dalam negeri Selangor daerah Kuala Langat (mengada jer lebih sebab malas nak merempuh kesesakan lalu lintas). Namun, akhirnya niat itu terpaksa ni hentikan sebab ada seekor anak kucing ni orang buang kat rumah Cik Cikyn, so I kena la jaga dia tiap hari untuk ensure dia survive. However, unfortunately that little kitten tak dapat pun nak bertahan lama (sedihhhhhhh)
Oh yaaa...kembali kepada topik asal kita...conference tu memang best kalau korang ada buat study related to Climate Change. Keynote speaker dia dari pelbagai negara (Malaysia/ Thailand/Vietnam/Hong Kong/China/Filipina/India)
Saja nak tayang buku program & buku nota Cik Cikyn yang warna merah tu.
I love red
Waktu tengah buat pembentangan untuk artikel pertama. Could you imagine Cik Cikyn punya nervous untuk dua pembentangan dalam 1 hari (sobbbsobbb)
Maka inilah kami semua. Soalan pertama kenapa ramai sangat lelaki yang terlibat dalam Disaster Management? Di manakah wanita yang ramai di universiti? ----soalan ini sangat menarik untuk dirungkaikan. Mungkin untuk second Phd (berangaaaann)
###persoalan yang ditanya dalam kajian bukan untuk menjatuhkan sebaliknya untuk diperbaiki
XOXO
Cik Cikyn 2016