Thursday, November 13, 2014

NOVEL "DUNIA GILA KITA"

Hari ni masih berkira-kira apa sambungan yang boleh dilakukan untuk novel "DUNIA GILA KITA".
Apa mungkin cerita yang akan terhasil akhirnya nanti. Disebabkan hati agak baik hari ni. Jadi, mungkin Cik Cikyn akan belanja BAB PENGENALAN untuk kali ni.


BAB 1

Malam hari minggu seperti ini aku mula kebosanan. Ya…sungguh bosan. Jangan ditanya mengapa aku bosan. Walaupun pada hakikatnya aku adalah seorang yang ceria. Namun ada ketikanya aku akan mula kebosanan bila muncul hari bercuti. Itulah masalah aku. Hari bekerja aku berharap moga dicepatkan hari minggu. Namun bila tiba hari minggu aku mula kebosanan dan berharap semoga dicepatkan tibanya hari bekerja.

“Seronok bekerja?”

Ya… Aku seronok bekerja. Seronok andainya aku tidak dimarah. Seronok andainya bos aku tak banyak kerenah. Maafkan pekerjamu ini wahai majikan yang aku sayangi. Bos kesayangan aku itu bukanlah seorang lelaki…Namun seorang wanita yang berkarisma dalam kerjayanya.  Walaupun dia kadang-kala memberikan aku pening kepala tahap dewa ke-3 dalam memenuhi permintaannya terhadap hasil kerjaku. Aku tetap sayangkan dia, sebab dia dah aku anggap macam mak aku. Turut aku berikan gelaran ‘Mommy’ padanya walaupun dia tak tahu hakikat perangai pekerjanya ini. Maklumlah usia dia sahaja lebih berusia dari mamaku. Jadi wajarlah aku anggapkan dirinya sebagai tahap mak-mak tanpa mengetepikan hakikat bahawa dia juga sebenarnya adalah bos aku.

Baiklah kembali kepada hakikat apa yang aku lakukan pada malam minggu bergini. Aku terlihat objek empat segi berwarna perak berkilau yang seperti memanggil aku. “Peganglah aku, Eikin”. Ya.. dia memanggil aku dengan penuh godaan yang tak mungkin mampu aku abaikan. Aku peganglah objek empat segi itu dengan penuh kasih saying dan semangat. Itulah laptop yang aku beli hasil dari duit kerja keras aku selama beberapa bulan. Walaupun bukan yang paling mahal dan bergaya di dalam galaksi ini. Tapi dengan dialah aku sentiasa bersama. Aku mula menerobosi ruangan internet berharap moga aku mampu membuat sesuatu untuk mala ini. Taip sana dan taip sini. Akhirnya….

‘Alamak.com’. Perkataan itu yang aku letakkan di dalam ruangan carian. Itu adalah sebuah laman Chatroom yang aku akan masuk bila aku mula hilang akal. Aku masuk dengan menggunakan kata nama ‘Angel’. Sejak berzaman dahulu lagi aku memang suka menggunakan nama panggilan aku sebagai ‘Angel’ kerana aku sentiasa berangan-angan untuk menjadi bidadari bagi seseorang yang pasti akan menjadi insan teristimewa dalam hidup aku suatu hari nanti. Aku hanya duduk memerhati melihat perbualan yang berlansung di dalam Chatroom tersebut.

Setelah beberapa ketika adalah beberapa chatter yang mula menegur aku di laman tersebut. Kebiasaanya mereka akan bertanya beberapa maklumat tentang diri aku seperti asal, umur dan jantina. Tidak kurang juga ada yang akan cuba menyampaikan niat-niat tidak baik di dalam laman tersebut. Mana yang chatter yang aku rasa agak tidak betul tu aku akan hanya abaikan sehingga mereka sendiri naik bosan dan berputus asa. Perbualan tersebut tidak akan berlansung lama. Paling lama pun pastinya tidak akan bersambung setelah aku keluar daripada Chatroom tersebut. Tiba-tiba…

“Are you the fallen angel from the sky?” seseorang yang menggunakan nama panggilan Travelguy mula menegur aku. Persoalan dia menarik perhatian aku.

“Yes. I am the fallen angel from the sky because my wings have been broken into thousands of pieces” bicara aku pada Travelguy.

“That is because you have fallen your heart for the human guy. You should find an angel guy for the sake of your heart” balasnya kembali. Aku mula tersenyum sendiri apabila membaca balasan daripada Travelguy tersebut.

‘Angel guy???’ Di mana mungkin agaknya aku mampu mencari Angel guy seperti yang dikatakan oleh Travelguy tersebut. Perbualan kami itu tidak bersambung lama di lama Chatroom tersebut kerana jam ketika itu telah hampir menunjukkan pukul 12.30 malam. Mata aku juga telah semakin mengecil. Mengantuk kerana telah puas berjalan di AEON Jusco Bukit Tinggi ketika siang hari. Aku mula meminta diri pada Travelguy.

“Can I get your YM ID?” Aku terdiam sekejap. Ermm…. Apa salahnya. Bukannya dia minta nombor telefon aku pun. Aku paling tak suka bila lelaki mula minta nombor telefon aku sebab aku pernah terkena dengan seorang lelaki yang kurang betul suatu masa dahulu sehingga memerlukan aku untuk menukar kepada nombor telefon yang baru. Semenjak dari tu aku mula bertaubat dan berjanji pada diri sendiri yang aku tak akan memberikan nombor telefon aku pada manusia-manusia yang tidak aku kenali. Aku berikan ID YM aku sebelum meninggalkan laman Chatroom tersebut untuk memasuki fasa alam mimpi indah aku. Hanya dalam alam mimpi aku mampu menjadi seperti apa yang aku inginkan.

Namun, tidak pula terlintas dalam hati aku untuk meminta ID YM  Travelguy tersebut. Bagi aku kemungkinan aku bertemu dengan dia luar daripada laman Chatroom ini adalah kebarangkalian yang agak tipis iaitu hampir kepada kosong peratus. Jadi rasanya tak perlulah aku bersusah payah untuk menghubungi dia. Kalau dia rasa dia berminat untuk terus berhubung dengan aku maka dia tahu di mana dia harus mencari aku.

Mungkin dalam mimpi aku malam itu akan membolehkan aku untuk mencari ‘Angel guy’ seperti yang dikatakan oleh Travelguy tersebut. Oh ya… aku tak sempat bertanya pada dia apa nama dia. Buat masa ini aku hanya akan memanggil dia sebagai Travelguy. Mungkin kerana dia adalah seorang yang sangat suka mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Perbualan yang ringkas namun meninggalkan kesan di hati.

“Oh, Angel guy di manakah kamu yang masih lagi bersembunyi daripada hidupku? Lama sudah aku menunggu kemunculanmu dalam hidupku” bisik aku pada hati yang paling dalam. Harap kepelikan aku ini tidak akan mengundang rasa geli perut kepada orang lain. Ketawa aku di dalam hati.
******************************************************************************
Pagi hari Isnin telah pun tiba. Monday blues dah mula lagi. Rasa berat sangat mata ni nak terbuka hari ni. Namun bunyi laungan azan Subuh yang begitu nyaring daripada corong pembesar suara surau berdekatan tetap memaksa aku untuk bangun dari katil yang begitu selesa seperti sarang persembunyian. Comforter biru muda yang membalut tubuh aku tu aku alihkan ke tepi katil. Aku mula duduk ditepi birai katil sambil kaki aku mula mencecah lantai. Nafas yang paling panjang cuba aku sedut kedalam perut aku sehingga perut yang kempis sebentar tadi mula mengembung. Kedua-dua tangan aku dihalakan ke atas menggeliat seperti cuba mencapai langit yang tinggi

“Haaaa….” Aku melepaskan nafas dengan gaya seperti baru sahaja selesai melakukan senaman aerobic untuk 10 minit yang lalu. Mahu pengsan agaknya kalau sesiapa yang duduk di depan aku ketika aku sedang menghembuskan nafas aku itu .

Tangan aku mencapai tuala yang berwarna coklat gelap dan kain batik berwarna biru turquoise itu sambil berjalan menuju kerah bilik air. Merenung  seketika air kolah yang tenang tidak berkocak itu. Hujung jari telunjuk aku mula menyentuh permukaan air kolah itu. Sejuk….sangat sejuk sehingga menyentuh tulang. Mahu sahaja aku pergi ke pejabat tanpa mandi pada hari itu. Tapi nanti mahu pula rakan pejabat yang lain panggil aku “Eikin kambing”. Pejam mata. Beberapa minit kemudian kedengaran air mula berdeburan di permukaan lantai bilik air tersebut.

Selesai mandi aku segera menyarungkan pakaian untuk hari itu dan segera menunaikan solat Subuh seperti hari-hari kebiasaan yang aku jalani. Selesai solat masih lagi banyak masa yang bersisa untuk aku bersiap-siap. Baju kurung Kedah biru gelap versi pramugari yang menjadi kegemaran aku Nampak kemas tersarung di badan aku yang baru sahaja turun beberapa kilogram. Alhamdulillah itu pun berkat hasil usaha aku beberapa bulan yang lepas untuk menurunkan berat badan. Maklumlah, kalau tidak pastinya aku tak akan mampu mengenakan pakaian yang sedia ada. Hahaha…. Ada sedikit nada riak di situ yang mula berbisik di dalam hati aku, walaupun aku telah berusaha menyembunyikannya. Namun, sekurang-kurangnya tidak pembaziran berlaku dan kesihatan aku terjaga. Itulah matlamat sebenarnya.

”Amboi! Mengancamnya make-up hari ni”, seloroh mama sewaktu ku mula masuk ke dapur. Aku hanya tersenyum sambil membuat gaya Diva di hadapan mama seperti model yang berjalan di atas runaway.

Aku menuju ke dapur bukan untuk menyediakan sarapan pagi. Tetapi bertujuan untuk menikmati sarapan pagi. Memang baguskan anak dara ni punya perangai? Hendak buat macam mana. Masa aku bersiap sahaja dah ambil masa setengah jam, maka terpaksalah aku tolong habiskan makanan sahaja. Lagipun masakan mama lebih sedap daripada masakan aku. “Itu semua alasanlah Shikin” bisik suara hati aku yang paling dalam.

Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi, bererti aku harus segera bertolak menuju ke tempat yang terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kunci kereta kesayangan mama yang telah aku pinjam sejak beberapa bulan yang lalu telah pun aku capai dari atas kabinet kecil. Punat yang terdapat pada kunci kereta tersebut aku tekan untuk membuka pintu yang dikunci. Bersalaman dengan mama dan abah adalah kebiasaan aku sebelum menuju ke tempat kerja sebagai tanda restu dan doa selamat di sepanjang perjalanan aku. Perjalanan yang mengambil masa hampir 40 minit itu telah menjadi kebiasaan untuk aku semenjak aku mula bekerja di UKM sehingga aku tidak lagi merasakan tempoh masa yang berdetik di sepanjang perjalanan tersebut.

Entah kisah apa yang akan menanti aku pada hari ini. Tapi yang penting kerja yang menimbun sedang menanti aku untuk diselesaikan satu demi satu. Tiba sahaja di pejabat kelihatan masih ada lagi rakan-rakan aku yang belum memunculkan diri. Aku meneliti tray pembahagian kerja yang telah aku susun pada hari Jumaat lepas bagi membolehkan aku menguruskan fail-fail yang perlu dikerjakan dengan lebih teratur pada minggu ini.

“Ya, Allah… Kenapalah tray-In lebih banyak daripada tray-out?” Nampak gayanya minggu ni aku pasti tak akan menang tangan untuk menguruskan semuanya. Kalaulah mampu, mahu sahaja aku  buat magik untuk uruskan semua fail ini. Nasib baik minggu ni mommy merangkap bos besar aku akan menghabiskan masanya di Sarawak atas urusan kerja yang masih belum selesai. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kemungkinan beban kerja akan bertambah adalah lebih tipis. Jadi aku boleh selesaikan sebanyak mana yang aku termampu. 10 minit pertama telah pun berlalu. Kelihatan seorang demi seorang rakan-rakan sepejabat aku telah mengambil tempat. Pagi itu berlalu seperti biasa.

“Woit! Beb. Apa benda yang kau tengah fikirkan tu?” soal Dina yang tiba-tiba sahaja menepuk bahu aku yang sedang indah mengelamun sendirian. Hampir terlepas mug kaca hitam yang sedang berada di dalam pegangan aku.

“Ya Allah. Nasib baik aku tak terlepas mug ni cik kak. Kalau aku terlepas siapa nak jawab. Kau nak jawab?” nada aku sedikit meninggi. Maklumlah mug tu berisi air panas yang baru sahaja aku isi dari cerek elektrik. Kalaulah air tu tertumpah atas badan aku, boleh melecur kulit aku jawabnya. Turunlah saham aku beberapa ribu nanti. Bila saham aku dah turun macam mana anak raja nak datang pinang aku nanti.

Sorrysorry. Aku tak sengajalah Eikin. Minta maaf ya?” rayu Dina dengan wajah penuh kasihan sampai aku sendiri tidak sanggup untuk terus menyalahkan Dina. Walaupun pada hakikatnya aku bukan benar-benar marah pada Dina. Namun, mungkin kerana aku agak terkejut telah menyebabkan reaksi aku agak sedikit keterlaluan. Aku hanya memberikan senyuman kemaafan pada Dina supaya hatinya tidak lagi merasa bersalah. “Okay. Maaf diterima. Kenny Rogers satu, ya” ucap aku selamba. Terbeliak biji mata Dina dengan syarat aku. Akhirnya tawa yang aku tahan sejak dari tadi meletus juga.
******************************************************************************

p/s: Masih belum berkira-kira bagaimana agaknya rupa Muka Hadapan untuk novel ni nanti. Hehehe...

I AM BACK...... AFTER A YEAR

Lama sungguh Cik Cikyn tak update Blog sendiri. Hampir setahun 4 bulan Blog ni bersarang lelabah dan beranai-anai. Ya beranai-anai...Rasa-rasanya ada sesiapa yang baik hati nak tolong upgradekan untuk Cik Cikyn.

By the way sekarang ni Cik Cikyn sedang dalam proses untuk mengadakan SALE yang memang MEGA dan super duper sae untuk my Pre-love books... So the list WILL BE OUT SOON.

-lots of love-
 CiKYN
Mode tunjuk rajin dengan buku motivasi


You might also like:

Related Posts with Thumbnails