Assalammualaikum...malam ini adalah malam ke 22 ramadhan....
Menemani bonda tercinta bersolat tarawih.......ya...seperti biasa aku bukanlah orang yang begitu sempurna tetapi Insyaallah aku cuba untuk memperbaiki diri dan mencari kesempurnaan itu (walaupun ia begitu jauh untuk dicapai oleh kehidupan aku)....
Malam ini aku tidak tahu siapa imam yang mengetuai solat tarawih...tetapi pada saat dia mengalunkan bacaan surah Al-Fatihah di bibirnya......aku merasakan suatu kesayuan....Sedangkan aku bukanlah insan yang begitu mudah untuk merasa sayu dan sedih di atas sesuatu perkara....tetapi setiap kali imam muda ini mengalunkan bacaan kalam Allah itu aku terasa semakin sebak......alunan sayu yang menusuk di dalam hati aku...mungkinkah in kerana dia membaca dari dasar sudut hatinya, maka aku juga turut merasakan kesayuan itu...? Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran aku.... adakah mungkin untuk aku bertemu lagi di bulan mulia ini....adakah mungkin Allah s.w.t akan memberi aku ruang untuk memperbaiki diriku.....atau adakah mungkin aku benar-benar telah menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin....
Aku hairan mengapa air mata aku mengalir tiba-tiba. Ya...bonda ku ada disebelah...seboleh mungkin aku tidak mahu dia terlihat mata ku yang merah ini . Biarlah segalanya hanya menjadi rahsia hidup aku......