(bertemu dengan insiden-insiden yang tidak bermoral)
Location: Hutan Rekreasi Sekayu
Date: 9 April 2010
Macam best jer kan quotation yang saya gunakan sebagai tajuk nie. Tapi kisah kali ini memang berkaitan dengan quotation yang best nie. Tapi kembali dulu kepada kisah permulaan. Sebenarnya percutian kali ini dah lama berada dalam perancangan. Ermmmm...bole di kira sebagai percutian ek? Bole ah kot sebagai meraikan minggu terakhir sebagai mahasiswi di Universiti Malaysia Terengganu.
Malam sebelum kejadian, semua yang terlibat sedang bertungkus lumus menyiapkan bekalan hari esok selepas balik dari shopping kat Mydin Mall...Oklah tu. Tempat tu jer pun yang paling besar kat sini setakat ni. Menu untuk hari esok adalah mihun goreng, sandwhich, ayam BBQ, colek pelam (betul tak ejaan nie?), puding dan memcam gak la lagi. Creep...habis tak agakyer makanan ni. Ok maa untuk tido sebab dah pukul 3 pagi. Penat......arghhhhhh =(.
Semua bangun awal untuk bersiap. 8.oo pagi semuanya dah siap cuma tunggu Pok Din datang amik. Adoyai... tension, Pok Din amik lewat la pula. Maka sampai ke destinasi jam 11.45 pagi. Hampir ke tengah hari dah tu.
Sampai dan bersiap untuk memasak dan segalanya yang patut la. Nak hidupkan bara pun sekian punya seksa.... Yeah..... because all da gurlzzz. Tapi ok gak apa sebab akhirnya berjaya. That is the prove of "GURLZ POWER". Cehh....biasa dia. Riak bangga terlebih tu. Ok stop it shikin. Segala nya indah dan bahagia di saat itu.
Tiba-tiba terdengar pengumuman untuk solat Jumaat. sesiapa lelaki yang cukup umur yang didapati tidak pergi akan di denda RM 1000. Wargh......memang bagus la Kerajaan Terengganu nie.. =) Kagum sedikit.
Kes pertama:
Tup, tup, tup...... tetiba pandangan mata terasa sakit melihat reaksi muda-mudi zaman kini (merujuk kepada manusia yang baru sahaja habis zaman sekolah menengah). ...Adakah beerti bahawa saya sendiri dah tua saat ini. Hello.....i'm just 22 ok. Melihat 2 pasangan anak muda yang tengah syok main air terjun tu bersama-sama. Pada mulanya malas nak layan pun.... Ok tetiba keadaan jadi semakin hangat. Apsal budak berdua nie asyik duk berpeluk jer berdua. Pelik gak kepala kami duk berfikir.... rasanya soalan exam pun tak la sampai macam ni. Tapi yang duk memeluk tu Si perempuan. Si lelaki lak duk galak dan syok la sebab kena selok peluk. Nie datang Sekayu nie nak mandi ker nak main selok-selok peluk-peluk.Kami duk le mengacau mana tau mereka akan pergi atau berhenti buat benda yang takbermoral tu. Rasanya sepanjang 2jam mereka mandi bersama tu cuma beberapa kali jer yang mereka tak berpeluk tu pun sekejap betul. Apa benda la agaknya yang seronok sangat muda-mudi ni duk buat dalam air tu?
Kes kedua:
Selesai kes anak-anak muda... Kita beralih pula kepada kes insan tak berapa nak rasional. Selesai mandi, tunggu yang lain pulang dari bilik persalinan. Setelah satu insiden datang pulak insiden lain. Kali ini kisah menukar pakaian. Tetiba mata kami tertancap pada satu pasangan yang tak lah muda-mudi lagi tapi dah matang untuk menjadi seorang ayah dan seorang ibu kepada seorang kanak-kanak. Dijadikan cerita si perempuan tu nak menukar pakaian....oklah tu. Tapi yang tak oknyer die pergi tukar dengan perkelubung dalam kain batik di tengah laluan khalayak ramai. Kita faham dia nak tukar baju tapi tak boleh ker pergi ke bilik persalinan. Yang lebih dahsyat lagi si pemegang kain batiknya itu adalah pakwenyer (Kalau sah suami isteri tak adanyer nak bagi isteri tukar baju kat tontonan umum ni). Yang paling best tu tukang pegang kain tu duk mengintai sekali si perempuan yang tengah duk tukar baju tu. Di mana agaknya rasional akal mereka? Kalau terasa nak buat begitu saya cadangkan kepada mereka lebih baik tak perlu berpakaian. Kan itu tindakan yang lebih sesuai buat mereka.
Melihat kepada insiden-insiden begini, tidak hairanlah jika kita melihat kepada peningkatan kes maksiat, mengandung luar nikah dan pembuangan bayi yang tidak berdosa. Manusia semakin hilang nilai ketamadunan dan akal sendiri. Adakah layak untuk insan sebegini terus hidup di muka bumi ini?