Sunday, February 21, 2010

KUALA LUMPUR BOOK FAIR 2010




19/3/2010 - 28/3/2010

PUTRA WORLD TRADE CENTRE

KUALA LUMPUR MALAYSIA



Salam buat semua tetamu yang berkunjung. Sengaja saya selitkan sebahagian memo berkaitan aktiviti yang akan berlansung di ibu kota Kuala Lumpur dalam tempoh yang terdekat. Saya merasakan bahawa peluang ini tidak seharusnya dilepaskan kerana pada ketika ini merupakan waktu cuti sekolah dan merupakan antara aktivit yang bermanfaat dapat dilakukan bersama keluarga. Pelbagai aktiviti yang sangat bermanfaat turut dimuatkan sepanjang program ini berlansung. Selain daripada dapat memiliki pelbagai jenis buku, tetamu yang hadir juga pasti akan mempunyai pengalaman yang berharga berkaitan bahasa dan seni. Sebarang info boleh didapati di http://www.kualalumpurbookfair.com/ .
Saya juga berharap dapat menghadirkan diri ke program ini kerana ingin mendapatkan beberapa buah buku yang mungkin dapat menarik perhatian. =) " Banyak membaca umpama banyak pengalaman yang ditimba kerana setiap buku itu membawa persepsi dan dunianya yang tersendiri".



Hujan>>>>

Semenjak dua menjak nie dh mula hujan kembali.
Nak katakan musim tengkujuh rasa macam dah
habis dah. Barangkali ini adalah sisa peninggalan
tahun lalu agaknyer...

21/2/2010
Aku dah mula rasa malas kembali nak bergerak ke
makmal. Bila lah agaknyer segalanya nak berakhir
dan tamat di situ... Serasa hati aku hidup macam dah
jadi mayat bergerak jer. ='( Yela mana tak nyer,
tiap-tiap hari dok berulang dari makmal jer.
Jeles tau tengok orng lain dah dokrehat n just tulis thesis jer.
Aku lak still lagi terkedek-kedek ngan eksperimen yang
tak pernah sampai ke hujung.

( dalam kepala nie rasanya macam ada sesuatu yang hendak dijalankan tapi apa ek? Nantilah aku fikirkan dulu jap. Heheheeh =). Untuk yang tersayang doakan kesejahteraan saya yer...Amin)

You might also like:

Related Posts with Thumbnails