Bru lepas menonton berita di Buletin Utama berkaitan dengan serangan ke atas kapal Marvi Marvara yang bertindak untuk menghantar bantuan kepada bangsa Palestine telah di serang teruk oleh rejim Israel. Alhamdulillah kerana rakyat Malaysia masih lagi selamat tetapi nasib mereka masih lagi tidak diketahui.... Aku hanya insan kerdil yang tak mampu berbuat apa2 kecuali mendoakan keselamatan mereka. Benarlah kata Tun Dr. Mahathir bahawa mereka mungkin memutarkan fakta dengan mengatakan bahawa pasukan suka relawan tersebut membawa senjata...tetapi apalah yang mampu untuk di lakukan oleh insan-insan yang tiada asas ketenteraan tersebut. Aku benar-benar merasa kecewa. Adakah sifat yang menyerang manusia yang tanpa senjata itu mampu dikategorikan sebagai sifat kemanusiaan dan berani. Bergantung kepada akal manusia yang waraslah untuk menilainya.