Baru-baru ini, Cik Cikyn baru sahaja menghadiri pesta INVEST SMART yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Hall 5, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) dari 13 - 15 Oktober 2017. Bagi sesiapa yang terlibat dengan perlaburan saham-saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) mesti sangat mengenali nama-nama yang Cik Cikyn sebutkan tadi.
Buat sesiapa yang berminat untuk mula berjinak-jinak dengan dunia pelaburan kewangan,Cik Cikyn nasihat anda untuk menghadiri event seperti ini bagi menambah ilmu dan membuka minda kepada satu bentuk dimensi baru pula. Ada pelbagai program yang pihak penganjur adakan bagi program selama 3 hari ni;
1) Seminar
2) Perkongsian
3) Pameran dari pelbagai institusi kewangan - bank, unit trust, kementerian, etc..(banyak sangat sampai ada yang Cik Cikyn tak familiar pun ada)
4) Cabutan bertuah
5) Larian
6) Pelbagai lagi
Ini rupa kad pelawat Cik Cikyn yang panas diprint dari "oven" kiosk sewaktu pendaftaran |
Beginilah rupa stage untuk speaker-speaker jemputan. |
Ketiga-tiga hari ni penyertaan memang ramailah. Rasa mcam tersesat sekejap dalam lautan manusia. Mostly dari pemerhatian Cik Cikyn penyertaan adalah dari bangsa Cina dan ikuti oleh India dan Melayu. Maka oleh itu, marilah kita bersama-sama meningkatkan ilmu pelaburan kita pada tahap yang lebih tinggi lagi. #duniapelaburanuntuksemua =)
Pembentangan Mr Mahadzir ni simple jer...tapi menarik sebab dia introduce untuk produk yang ada dalam pasaran pelaburan BSKL. Memang sesuai untuk yang baru berjinak-jinak. Bahagian yang paling best adalah bersama Mr. Nazarry, pembentangan ini ada la beberapa gambaran perkembangan pasaran sepanjang tahun 2017. Kalau siapa yang perasan adalah few hint yang dapat kat situ. =) sengih jer la sensorang. Okay mata Cik Cikyn dah nak shutdown XOXO korang semua.
Buat sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah melawati website INVEST SMART dan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Mr Mahadzir Othman (Director, Securities Market, Bursa Malaysia) |
Pembentangan Mr Mahadzir ni simple jer...tapi menarik sebab dia introduce untuk produk yang ada dalam pasaran pelaburan BSKL. Memang sesuai untuk yang baru berjinak-jinak. Bahagian yang paling best adalah bersama Mr. Nazarry, pembentangan ini ada la beberapa gambaran perkembangan pasaran sepanjang tahun 2017. Kalau siapa yang perasan adalah few hint yang dapat kat situ. =) sengih jer la sensorang. Okay mata Cik Cikyn dah nak shutdown XOXO korang semua.
Buat sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah melawati website INVEST SMART dan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Mr Nazarry Rosli (Panel of Technical Advisory Board in MATA) |