Thursday, May 27, 2010

COuNtinG ......daYz?

Mengira hari atau hari yang mengira aku. Hari nie otak melewar seperti biasa... Mencari ruang di mana untuk hidup. Meminjam serta memetik kata daripada ruangan blog Ruby "sedangkan ulat dalam tanah boleh hidup, apa tah lagi manusia yang diberikan akal oleh Allah s.w.t". Hari nie telah hampir berlalu,maka hari esok bakal menjelangkan wajahnya.... Esok aku dah janji dengan mama nak wat roti jala untuk semua....pluz jadi tukang gunting rambut yang tak bersijil untuk mama....Hahahahaha...adakah begini kehidupan penanam anggur yang baru bersara...=)

Monday, May 24, 2010

InTerMissiOn for Mr. Right..=)

24 Mei 2010....
8.30pm.

Baru sahaja sehari pulang daripada pantai timur (Terengganu)
Ok....tadi baru lepak ngan mama plus berborak ntah apa-apa punya topik. Tiba-tiba termasuklah topik berkaitan Graduation Day. Ok...maka kita imbas kembali dalam erti kata lain maka lebih baik kita buat flash back yang sewajarnya apa yang terjadi sewaktu hari konvokesyen.... Selalunya masa tu lah orang akan dapat bunga, teddy bear dan segala macam hadiah la yang sepatutnya termasuklah skroll yang memang patut ada.

Tetapi hadiah-hadiah tersebut biasanya akan didapati daripada keluarga, teman-teman rapat dan daripada yang teristimewa..Hhahahahaha...saya mempunyai koleksi keluarga dan teman-teman rapat yang amat di hargai...tapi koleksi teman teristimewa belum terisi lagi...Maka tetiba terlintas dalam kepala untuk menjalankan intermission untuk mencari Mr. Right untuk hari tersebut... ( =p gelak jahat dalam hati----boleh tambah koleksi hadiah time konvokesyen) . Maka dengan erti kata lain saya semacam membuat announcement la pulak....

Memang terasa macam kerja giler, saja jer saya bwat entry semacam ini untuk menghiburkan hati sendiri.... koleksi keluarga dan teman rapat tu rasanya telah mencukupi buat masa ini.Heheeheheheh...tapi tak tahu lah kalau ada Mr. Right yang tetiba ambil serius announcement saya nie.... Maka kita bertemu lagi masa Majlis Konvokesyen saya nanti di bulan Julai..... =)

Friday, May 21, 2010

Dia sememangnya seorang KASANOVA!!!!

21 Mei 2010

Duduk di CC yang aku panggil CC Melaka......walaupun berada di Terengganu. Selepas macam nak patah pinggang menyelesaikan Projek Tahun Akhir 2010 nie. Hari ni dalam erti kata lain aku berlibur sebentar iaitu berhibur. Mencari ruang untuk membuang isi dalam kepala otak aku ini....

Kembali kepada cerita seperti tajuk di atas. Dia ( tidak perlu untuk aku sebut namanya) adalah seorang kasanova yang cukup berjaya.....kekasih hatinya sentiasa sahaja berubah. Seminit yang lalu dia mengatakan betapa istimewanya kamu di mata dan hatinya....seminit yang kemudian dia akan membicarakan ayat yang sama kepada wanita lain.....Mungkin kerana dia sering dipuji kerana kekacakan rupa parasnya, kepandaian dalam pelajaran dan kejayaan dalam kehidupan membuat semua wanita menjadi buta terhadap keikhlasan dan ketulusan hatinya... Oleh itu para wanita yang berakal jangan lah mudah untuk terpedaya dengan bicara si buaya darat, buaya tembaga, ular lidah bercabang atau apa sahaja panggilan yang sesuai untuk menggambarkan keadaannya.....

Bukan ingin menunding jari dan menjatuhkan hukuman kepada setiap manusia yang bernama kaum Adam kerana bukan semuanya bersifat sedemikian. Tetapi selaku wanita nilai lah dengan sebaik mungkin insan yang akan kamu serahkan hidupmu kepadanya. Kamu bukan hanya menyerahkan hidup kamu untuk sehari,seminggu, atau sebulan. Sebaliknya kamu menyerahkan hidup kamu sehingga ke akhir hayat. Jadi pastikan kamu membuat pilihan yang terbaik dalam hidup kamu.

Sedangkan insan yang telah mendirikan rumah tangga juga mampu hancur berderai. Apatah lagi hubungan yang masih dalam permulaan. Mungkin segalanya manis pada mulanya tetapi kita tidak dapat menjangka apa yang akan terjadi pada akhirnya. Tidak penting dari mana kita bermula tetapi di mana kita akan berakhir dalam suatu perjalanan itu. Makan selaku manusia,insan dan wanita yang dikurniakan akal oleh Allah s.w.t gunakan lah akal kamu sebaik mungkin. Jangan dipengaruhi oleh kata hati. Binalah hidup kamu dengan berhemat. Sedialah persediaan yang sewajarnya seandainya berlaku  sesuatu yang tidak mungkin kita inginkan. Bukanlah mendoakan kebinasaan diri tetapi sekurangnya kita punya tempat bergantung dan bertahan saat dilanda ombak kehidupan.... Maka hiduplah dengan bahagia..=) Amin.

Saturday, May 15, 2010

sOaLan cePuceMas YanG PaLinG diGeMari =')

15 Mei 2010
Melewar sekejap dalam bilik nie ----menghitung hari untuk balik ke UMT kembali



(semalam aku menangis teresak-esak sedih sebab squad badminton Malaysia teruk kena belasah dengan China. Menangis ker? Tak lah....aku cume sedey jer sebab Malaysia dapat 3 telur ayam. Terutamanya untuk Dato' Lee Chong Wei a.k.a Chong Wei macho.) Apa pun aku tetap sokong Malaysia.....sbb semalam dia dah buat yang terbaik..cuma lawan dia terlalu hebat dan mungkin rezeki juga tidak menyebelahi Malaysia. Tapi aku rasa pemain China nie macam ada latihan intensif untuk mengatasi kelajuan dan stamina manusia biasa lah kot...hahaha =) ok....sebenarnya nak pergi kepada topik lain tapi untuk peringatan terakhir janganlah kita putus asa dengan Malaysia. Jangan pernah menunding jari kepada kegagalan pemain yang telah berusaha untuk Piala Thomas kembali kepada Malaysia sebab mereka telah melakukan yang terbaik yang mereka mampu..... Mungkin kita yang menunding jari kepada kegagalan mereka sebenarnya adalah lebih teruk sekira kita berada di tempat mereka........ Kerana kita bukanlah manusia yang sempurna untuk menjatuhkan hukuman terhadap kegagalan insan lain.......Oh yer! Kenapa aku asyik duk sebut Piala Thomas...? Hahahaah...sebabnya aku tak berapa tertarik dengan Piala Uber..( giler jahat statement aku nie)------maaf semua aku bergurau jer...Apa pun semoga berjaya pada masa akan datang.

Oh yerrrr kembali kepada topik asal.....sebenarnya aku hendak berbicara tentang soalan cepu cemas yang sering ditanya kepada kita. Oleh siapa? Sesiapa sahaja lah terutamanya yang kaki penyibuk dan suka menjaga tepi kain orang lain....

Sewaktu kita masih belajar di Sekolah dulu---tak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah

"Besar nanti nak jadi apa?"

Jawapan kita ini ada pelbagai jenis jawapan. Kadang-kala dari kecik sampai besar tetap tak berubah. Tapi ada juga macam-macam yang dia nak jadi. Memula doktor, pilot, bomba, polis dan macam-macam lagilah.
Dulu aku masa kecik-kecik cakap nak jadi doktor sebab mama,abah,nenek,atok,sepupu sepapat ikan sepat semua cakap jadi doktor tu hebat...hhahaha. Tapi aku tak mampu sebab duk melawat orang kat hospital pun aku boleh na pitam. Lepas tu nak jadi detektif sebab macam macho..Nasib baik aku tak minta jadi penjahat...lagi hebat kepala otak aku nie....Macam-macam lah yang aku nak jadi, kalau cerita memang tak akan habis. Kesimpulannya, carilah segala kemampuan diri kamu selagi kamu termampu...=p

Waktu kita dah habis belajar dekat universiti

" Bila nak kerja?"

Apa ingat sekarang nie kerja senang sangat ker nak cari. Susah tau........belajar pandai tinggi melangit pun belum tentu akan dapat kerja yang selesa dan diidamkan.....Tak per mama aku cakap kita kena bermula dari bawah...kalau belajar tinggi melangit pun tapi bila kita bermula dari kerja yang biasa pun dah dikira bagus sebab kita berusaha untuk berdikari dan hidup. Sekurang-kurangnya rezeki yang kita dapat tu rezeki yang halal.....bukan nyer jadi penyamun, lanun, pencuri atau penjudi yang rezekinya tu tak lah halal...Oleh kerana itu, kita yang selaku generasi baru nie kenalah pandai berjuang untuk hidup dan berlu kreatif serta inovatif untuk mencipta peluang baru dalam kehidupan tetapi dengan cara yang baik dan diredhailah...

Lepas kerja---masa tu umur pun dah naik dari 23 dan ke atas mksudnya makin tualah

"Bila nak kahwin?"

Haaaaa..... soalan nie memang sakit telinga aku nak dengar dan berat juga lidah aku ni nak menjawab. Nak jer aku menjawab gini " Lambat lagilah mak cik saya nak kawin tak ada calon lagi.....susah sangat daripada mak cik duk sibuk menanya saya apa kata mak cik tolong carikan untuk saya senang habis cerita...kalau tak pun apa kata mak cik jer yang kawin...kan senang.." Hahahah......memang nak mmbalas begini...tapi rasa nya aku akan pilih untuk tidak menghabiskan ayat yang terakhir sebab bunyi nyer macam kurang sopan jer....silap-silap mau dapat pelempang free... -_-. Kaum Adam mungkin tak lah sakit telinga sangat kot nak mendengar soalan macam gini......tapi barisan wanita confirm membara jiwa.

Lepas dah kawin-----ingat orang dah tak sibuk lagi. Rupernyer ada lagi soalan

"Bila nak dapat anak?"

Apa dia ingat dapat anak ini macam proses produk kat kilang ker apa.... Ikut rezeki Allah s.w.t nak bagilah. Susah sangat apa kata suruh dia jer yang beranak sendiri. Ish....shikin stop emo ok...hahhaaaa... memang lah buat apa aku nak emo..blum masa aku nak kena tanya soalan cam gini lagi..Ok..maka marilah kita pergi kepada soalan yang seterusnya.....rasanya ada soalan lagi tak agaknya?

Memang manusia akan ada banyak soalan untuk ditanyakan...sebab memang komunikasi manusia ini bermula dengan persoalan...tapi ada satu soalan yang jarang sangatlah yang ditanya oleh manusia.Nak tau tak apa dia soalannya?

"BILA AWAK NI NAK MATI?"



Haaaaa........ beranilah tanya soalan begini...silap hari bulan orang yang bertanya tu yang akan mati.... Soalan nie cuma ditanya orang yang berani mati jer,orang giler pun mungkin juga termasuk orang yang tamakkan harta orang lain.......Tap bagus juga sekurangnya soalan ini mengingat kita sentiasa yang kita tak akan kekal lama di bumi ni.....MAKA BUATLAH AMAL DAN BERTAUBATLAH SEBELUM MALAIKAT MAUT MENJEMPUT KITA...=)

Monday, May 10, 2010

KiSah maYat di Tepi rUmaH......=0, -_-

10 Mei 2010
(sehari sebelum birthday mama)
---ngah duduk dengan adik teruna bongsu aku.

Melepak duk main laptop ngn dia. Satu laptop untuk dia satu untuk aku. Bajet nak main game..tapi rasanya mcam malaslah pulak. Hari nie 2 ekor anak kucing Suwee mati. Tau tak dia mati sebab apa?
Dia mati sebab kena bunuh ngan kucing jantan dewasa. Mungkin bapa dia kot.. ='(. Pastu abah g tanam kat tepi rumah. Rasa-rasanya dah banyak dah mayat-mayat yang ditanam kat tepi rumah nie.Kiranya rumah aku ni boleh dikira haunted la kan.....cuber bayangkan kalau mayat-mayat tu semuanya bangun. Waghhhhh!!!! aku tak rela.

Dulu ikan laga kesayangan aku mati pun tanam kat tepi rumah ni gak. aku siap kapankan ikan tu dengan kain,tisu dan plastik lagi. Nasib jer aku tak buat solat jenazah je kat ikan aku tu ='(. Sampai sekarang aku tak bela ikan laga baru lagi dah. Satu hari satu malam aku menangis pasal ikan tu mati. Ni semua sebab dia rindukan aku la tu.... mogok tak nak makan...or mama aku yang lupa bagi dia makan. Kesian beb, ikan aku tu mati badan dia terbalik,mata dia tebuka pulak tu...Kubu ikan tu pulak aku tanda dengan susunan batu-batu yang comel. Bahagian yang paling istimewa sebelah kubur ikan tu aku g pulak tanam pokok cili dan pokok kacang hijau....Cube bayangkan nutrient yang pokok tu dapat daripada mana agaknya. Aku dah dapat agak apa yg korang semua fikikan.... Macam yang aku bagitau tadi macam-macam yang dah ditanam kat tepi rumah aku ni....Sooooo kirenyer aku ni hidup dengan mayat lah kan.....=)

Wednesday, May 5, 2010

MaCam MaNa UnTuk MenGuRangkan Rasa nGilu paDa GiGi??? Harap berikan cadangan kepada saya.

5 Mei 2009
(5 hari sebelum Mothers' Day)

='( saya rasa sedih. Bukan sebab saya mengalami perkara yang menyedihkan atau menyakitkan. Tetapi sebab dah beberapa hari gig saya rasa ngilu. Rasa macam orang yang baru mengasah gigi (ttp tolong jangan salah paham..... saya tak asah gigi tau. Sebab perkara itu adalah haram di sisi agama). Entah la kenapa gig saya sangat ngilu. Mungkin sebab gig sensitif kot agaknyer. Tetapi masalahnya saya tak tau macm mana hendak menghilangkan rasa ngilu pada gigi saya ini. Rasanyer macam mahu menukar gigi jer, rasanyer mungkin tukar mulut juga kot. Tetapi mungkinkah perkara itu akan berlaku..AHAHAHH...sudah tentu perkara ini tidak akan terjadi kerana ia adalah mustahil. ...Oleh itu kepada sesiapa yang ada cadangan, petua or apa  sahaja yang boleh diaplikasikan oleh saya untuk menyelesaikan masalah saya bolehlah memberikan cadangan tersebut.......

You might also like:

Related Posts with Thumbnails