Monday, March 7, 2011

Rezeki Bergolek Fotografi

Assalammualaikum buat pembaca yang setia ( if adalah but i'm not so sure).
Well, hari minggu yang indah ni C-kyn telah menghabiskan masanya di Bengkel & Pertandingan Fotografi anjuran Kolej Pendeta Za'ba (KPZ). If korang nak tahu kat mana letaknya KPZ. Sila google di GOOGLE MAP.

Sewaktu sesi pendaftaran C-kyn sangatlah merasa randah diri yang teramat sangat. Nak tahu kenapa? Sebab peserta lain yang mendaftar semua bawa kamera DSLR : Nikon, CANON & Sony termasuk kamera digital yang hebat-hebat. Tapi Cik C-kyn cuma bawa yang ini;



Sepanjang sesi penerangan memang Cik C-kyn segan betul nak keluarkan kamera beliau kerana kamera milik beliau kelihatan sangat berusia dan kurang application. Sumpah rendah diri. T_T ( i really need da new cam).

Ketika pertandingan bermula, C-kyn ketandusan idea untuk mencari objek yang memberikan inspirasi. Okey sangat sedih. Berpusing di bawah sinar mentari. Muka dah mula terbakar. Asalnya rasa nak tarik diri sebab rasa mesti kalah punya. (Yelah kamera orang lain punyalah POWER).



"Shikin, kalau kau cuba sekurangnya kau tahu kau menang atau kalah. Tapi kalau tak cuba kau hanya akan kalah" 
         -Ummu Hafizah 2011-

Akhirnya Cik C-kyn pun mempertaruhkan hasil kerja beliau yang hanya dengan bermodalkan kamera digital sebagai asset. Berikut adalah hasil kerja pilihan C-kyn tapi beliau cuma mempertaruhkan gambar yang paling dirasakan paling OKEY.



Hasilnya??????


Yes, Cik C-kyn berjaya memenangi tempat pertama untuk bahagian kamera digital. Berikut adalah hadiah yang berjaya di bawa pulang oleh beliau.


~kenangan from Za'ba~


~makanan untuk C-kyn mendemokkan diri~



~memula C-kyn ingat torchlight mana lah~


~special for my adik-adik untuk cuti sekolah nie~
Kite g sesama okey adik-adik.....=)

Walaupun hadiah taklah mewah sangat but i'm really satisfied sebab rezeki akhirnya be by my side. Lagipun memang berpatutan segalanya coz yang anjurkan pun ialah sekumpulan student uni. 

Congratulation to all committee member of KAPREZA 2011

p/s: pengajaran yang dipelajari adalah anda harus mencuba sekurangnya anda mendapat jawapan untuk sesuatu dan bukan hanya terus menyerah tanpa berusaha


You might also like:

Related Posts with Thumbnails