Tuesday, October 26, 2010

Just For YOU, I miss


Saya tahu awak tak akan pernah muncul di sini. Jadi kerana itu saya berani untuk tuliskan rahsia rasa hati saya di sini. Tak pernah pun satu jawapan yang pasti awak berikan pada saya, sama ada awak terima saya atau sebaliknya. Disebabkan itu, saya tak pasti apa yang ada difikiran dan hati awak. Saya pernah meminta moga awak akan mengingati saya walau sesaat pada 11.11pm. Saya tak tahu sama ada awak pernah ingatkan saya atau tidak. Tapi saya yakin hanya saya yang teringatkan awak. Mungkin tak pernah wujud ruang untuk saya di hati awak.


Saya tahu mustahil untuk saya minta hati awak untuk saya. Saya bukanlah insan yang paling sempurna untuk awak. Jadi saya mengambil keputusan untuk melepaskan awak. Melepaskan awak dari hati saya memang sangat berat tapi bila mengingati awak membuat saya semakin terseksa. Merindui awak membuatkan air mata saya mengalir. Mungkin ini adalah langkah yang paling sempurna. Lagi pun saya pernah berjanji untuk tidak muncul dalam hidup awak lagi suatu waktu dahulu.

Tapi percayalah bahawa sesungguhnya saya tak pernah menaruh dendam pada awak. Mengenali awak adalah suatu yang terindah dalam hidup saya. Saya akan simpan rahsia hati saya sebagai memori yang teristimewa. Saya sentiasa mendoakan semoga Allah s.w.t akan melindungi iman dan hati awak dari segala kejahatan. Semoga awak akan berjaya di sana dan sentiasa diredhai. Semoga awak akan temui seseorang yang lebih sempurna dalam hidup ini.

Masa pasti akan mengubati segalanya. Moga luka ini akan pulih semula.





Perasaan kasih dan sayang saya pada awak adalah pemberian Allah s.w.t yang paling indah. Hanya Dia juga yang mampu memindahkan rasa sayang itu kepada insan yang lain.





writen by : angel
(middle of midnight)





You might also like:

Related Posts with Thumbnails