Monday, July 22, 2019

Teh Cina (Teh buah kering) Lo Han Kuo / Lo Han Guo

Hai teman-teman

Cik Cikyn baru pertama kali menikmati teh luo han guo yang Cik Cikyn dapat dari Co-SV. Maka sengaja Cik Cikyn berkongsi mungkin ada rakan-rakan yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang teh ni. Secara jujurnya teh ni memang pemanis semula jadi. Tak perlu tambahkan gula pun. Siap kena tambah air lagi. 
Kebaikan teh Luo Han Guo (monk fruit) ni:
1) Zero kalori zero karbohidrat (sesuai kalau nak kurus)
2) Tinggi antioksidan (mesti korang akan nampak muda)
3) Baik untuk pencernaan
4) Ada untuk anti-radang
5) Anti-kanser
6) Baik untuk kawal tekanan darah & hypertension
7) Baik untuk pesakit diabetis juga (yang ni mohon semak)
8) Baik untuk pesakit asma juga
9) Baik untuk sakit tekak juga

Kajian untuk buah yang terkenal tumbuh di selatan China ni masih tak begitu terkenal. Tapi tak salah la kalau rakan-rakan nak amik tau tentang khasiat buah  ni okay.


Sooooo meh Chek it out video Cik Cikyn mencuba teh Luo Han Guo ni:



XOXO
-Cik Cikyn-



Thursday, July 11, 2019

Instant Anti Stress Eyes Mask by Ardini Essential

Hi korang 

Assalammualaikum lama Cik Cikyn tak potpetpotpet

Hari ni saja jer Cik Cikyn nak review berkenaan Instant Anti-Stress Eyes Mark oleh Ardini Essential.
For you information review ni tak berbayar pun tau sebab Cik Cikyn dapat sampel tu waktu menghadiri bengkel Hijab & Heels....soooooo disebabkan macam kematu maka Cik Cikyn saja jer review pasal Instant Anti Stress Eyes Mask tu. Lagi pula, ini first time Cik Cikyn guna eyes mask so macam kelam kabut sikit. Katanya eyes mask ni bagus untuk merehatkan mata yang penat bekerja & selalu tengok gadget atau skrin komputer. 






Apa pengalaman Cik Cikyn lepas guna eyes mask ni????

1) Punyalah payah nk buka plastik dia (berpeluh tiak nak buka) hehehehe. Tapi bole jer nak lubangkan terus kat plastic cover eyes mask tu. Tapi Cik Cikyn tak buat macam tu sebab ingat ada liquid yang rendam eyes mask tu.
2) Bau ros yang digunakan untuk eyes mask tu tak terlalu berat. Korang kena dekatkan eyes mask tu pada hidung if korang nk hidu bau rose yang ada pada eyes mark tu
3) Eyes mask tu akan berikan kesan hangat sikit pada kulit korang waktu korang tampalkan pada bawah mata tu. 
4) Finally selepas repeat 1 - 3 kali penggunaan tu Cik Cikyn tak dapat nak kesan apa perubahan yang dilakukan oleh eyes mask tu (atau mungkin kulit Cik Cikyn ni kurang sensitif untuk mengesan perubahan tersebut). Apa-apa pun semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing.

So apa-apa korang bole la chek out video yang Cik Cikyn sertakan kat bawah ni. 



Cik Cikyn
XOXO


You might also like:

Related Posts with Thumbnails