Date: 27/03/2010
Location: Surau FST
Hari nie kena buat staining untuk cancer cell. Maklumlah nak tengok apoptosis reaction. Credit for Abg. Luqman for helping us for the whole staining process. Tetapi ini bukanlah tajuk cerita utama. Meh..datang dekat..rapat222.. Saya na citer satu citer yang saya tengok..Bacalah dialog di bawah ni:
(Pada pukul 1 pagi. Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun sedang leka duduk di ruang tamu dan menuggu ayahnya pulang dari tempat kerja. Tiba-tiba salam telah diberi oleh ayahnya yang baru sahaja pulang)
anak: yey....ayah dah pulang. (segera mencapai briefcase ayahnya dengan niat untuk membantu)
ayah: tak tidur lagi ker Irman.
anak: belum ayah. Irman tunggu ayah. Ayah....Irman nak tanya sesuatu boleh tak?
ayah: apa dia?
anak: ayah berapa gaji ayah untuk sejam?
ayah: kenapa Irman nak tahu pasal gaji ayah. Bukan penting pun untuk Irman. (ayah merasakan sesuatu yang pelik)
anak: bagitau lah ayah. Irman cuma nak tahu jer.
ayah: RM 20 sejam.
anak: owh....kalau macam tu boleh tak Irman nak pinjam RM10 dari ayah.
ayah: Irman nak buat apa dengan duit banyak tu?
anak: boleh la ayah....
ayah: jangan mengada-ngada. Irman pergi tidur jer.
(Irman berlalu dengan muka yang sedih sambil mengucapkan salam kepada ayahnya dan masuk ke bilik tidur. ayah merasa bersalah, barangkali anaknya benar-benar memerlukan duit untuk sekolah)
ayah: Irman tak tidur lagi ker
anak: belum ayah (dalam nada dan rupa yang sedih)
ayah: Nah...ambil nie RM10.
anak: terima kasih ayah. (segera diangkat bantalnya. dibawah bantal terdapat RM10 yang sudah sedikit renyuk)
ayah: tu , Irman dah ada RM10 kenapa nak minta duit lagi.
anak: itu duit yang Irman kumpul dari duit yang ayah bagi hari-hari untuk belanja sekolah.
ayah: habis tu.. Irman nak buat apa duit banyak-banyak ni.
anak: Ambil la duit nie ayah. (menghulurkan duit tersebut kepada ayahnya. Terdapat air jernih yang bertakung di tubir matanya). Irman cuma nak PINJAM masa sejam dari masa ayah kerja sebab Irman rindu nak makan malanm dengan ayah.
(ayah telah kehilangan kata-kata dan terkedu. Hatinya bagaikan disentap. Rupa-rupanya dalam kesungguhan dia bekerja mencari rezeki sebenarnya anaknya begitu rindukan dirinya dan kasih sayangnya)
ayah: Maafkan ayah Irman.
anak: Irman sayang ayah
(mereka berpelukan dalam suasana yang yang hangat bagi meleburkan kerinduan anak dan ayah)
No comments:
Post a Comment