Semua benda dah nak sampai ke akhirnya a.k.a my first degree. Harap-harap semuanya akan berlansung ngan lancar sampai masa bergraduat nanti.... Damn...cuak giler nak tunggu masa untuk menjilid thesis nie. Lepas ni nak kena jumpa lecturer tersayang kembali. Aku suffocate kembali.....
Oh tidak!!!! telah tiba masanya untuk aku mencari kerja. Dunia pekerjaan telah menunggu aku. Maka apa yang harus aku pilh dan lakukan. Tapi rasanya sekarang dah patut dan layak untuk aku memohon pekerjaan.
Mahu jadi apa agaknya yer...? PENULIS, SAINTIS, AMATURE........sambung belajar...atau apa sahaja la yang selayaknya...hahahahah. Wish me luck babe.... =)
TerLalu bAnYak PerKara Yang INdah daLam HiDuP iNi UnTuK DiLePaskan. I'm sTiLL BreAthinG JuZ B'Coz oF YoU... YoU wiLL bE in mY HeaRt 4ReVer....
Tuesday, April 27, 2010
Tuesday, April 20, 2010
maRi haPusKan KemBunG PeRut Bersama cY-kYn...=)
Tarikh: 12/4/2010
Lokasi: Ann-132 ( My room number---sudah mau tinggalkan bilik ini untuk bergraduat)
Acara: Kembung perut secara drastik
Salam sejahtera buat semua. Topik kita pada awal pagi ini adalah "hapuskan kembung perut". Ok....pastikan anda betul-betul faham dengan frasa hari ini. Kembung perut di sini tidak merujuk kepada wanita mengandung tetapi merujuk kepada masalah angin dalam badan yang membawa kepada kembung perut. Errrmmmm.....kedengaran sedikit pelik kan. Tapi memang realiti sebab saya pun termasuk la dalam kategori senang benor kembong perut nie. Ada sesiapa lagi yang senasib dengan saya? Cuber angkat tangan... Haaa!!! nampak dah. Tapi tak berapa jelas apa kata angkat kaki sekali. Hikhikhik.
Memang la seksa kalau kembung ni. Nak tidor payah...perut asyik tak selesa jer. Sooooo....apa kata cuber follow tips yang dicadangkan oleh saya ini. Nak kata spesis baby tapi dah besar panjang.
Antara tip-tip nYer:
- Kurangkan makanan pedas
Petua nie doktor yang bagitau saya. Walaupun ini yang dilarang tapi ini juga lah yang kita duk sibuk nak makan. BETUL tak? Jangan tipulah kalau kata tak makan. Rata-rata orang normal mesti makan pedas. Aish....cy-kyn sudah la tu. Tak baik buli orang lain.Katanya untuk membuka selera makan. Mungkin kalau makan makanan pedas perut kita akan panas maka akan mengumpulkan lebih banyak angin kot agaknnya.
- Kurangkan makanan/minuman yang berasaskan susu
Kenapa yer? Bukan ker susu nie bagus. Ini sebab dalam perut kita ni ada satu jenis bakteria ( tak ingat la nama die----lactobacillus kot agak nyer) yang akan menggumpalkan susu yang cecair nie untuk menjadi pepejal sebelum dibuang ke dalam tong yang satu tu.Tau tak tong apa..?heheh. =) sepanjang proses penggumpalan tu maka akan terbentuk la gas yang akan memenuhi perut kita. Lepas tu kita akan buncit dan penuh dengan angin. Maka terjawablah persoalan kenapa baby yang cuma minum susu tapi hasil buangannya bukan cecair sahaja.
- Elakkan keluar malam
Petua nie sekali gus menghalang anda keluar malam. hahahaha....jangan salah faham anda boleh keluar. Tapi sebaiknya jangan balik lewat sangat. Saya sendiri menghadapi masalah nie...kalau saya ada luar dari rumah@bilik atas daripada jam 12 malam maka saya akan diserang angin yang sangat menyeksakan. Disebabkan ini maka saya dipanggil BIG BABY gurlzzz... Serius kejam giler statemant tu. Jadi kalau nak duduk luar dari bilik berteman angin malam lebih baik pakai pakaian yang tebal. (cY-kYn siap bawak minyak panas lagi)
- Elakkan minuman bikarbonat
Untuk yang ini mesti semua orang dah tahu. Sebab minuman sendiri dengan nama lain ialah 'Air gas'. Maka janganlah kumpul lebih banyak angin dalam badan tu ek.
- Banyakkan bersenam
Bersenam itu perlu...sebab kat celah-celah sendi kita nie kekadang memerangkap angin yang membuatkan satu badan kita sakit. Ok...cY-kYn dah mula cakap macam Dr. yang tak bertauliah. =) sorry....
- Marilah berurut (oppsss...)
Jangan bayangkan sesuatu yang diluar imaginasi anda. Maksud saya berurut untuk buangkan angin. Tak payah pergi ke Pusat urut. Buat sendiri pun boleh...... Nak tau macam mana. Cuba tengok tapak tangan kamu. Yer..betul tengok la..=) Kan ada sendi-sendi (kawasan pemisah tulang tu----ala yang ada ligamen tu). Ambil tangan yang satu lagi apa kata urutkan sendi-sendi awak tu dengan jadi. Lepas tu beralih ke tapak tangan pula...Amacam?..Best tak? Jangan lupa urut tapak kaki yer.. Kat kawasan tapak tangan dan tapak kakilah tempat link untuk satu badan anda. Jadi lah tabib peribadi untuk diri sendiri.
Akhir sekali saya nak bagi amaran....Harap2 janganlah anda mengambaikan perut anda yang berangin itu sehingga akhirnya menjadi BEGINI....>>>>>>>>
Monday, April 12, 2010
biLe cY-kYn keTandusan Idea...
Inilah kerja si cY-kYn bile dah kebohsanan dan ketandusan idea. Sebenarnya pic nie dah agak lama berada dalam simpanan saya. Tapi sambil-sambil selesaikan assigment. Saya pun mula menjadi pencori sekejap...Mecuri masa jer pon. Hahaha...... Maka marilah menikmati hasil kerja tangan saya yang merangkap hasil buah tangan saya.COME ON BABE...yeah!!!
Lokasi: Pulau Pinang di Pulau Rendang
Tarikh: Tahun 2009
Acara: Latihan Praktikal
(Picture ni saya ambil waktu pagi dari puncak bukit sebelum masuk kerja)
--- damn gorgeous....cewah perasan sendiri la shikin. padahal main snap jer guna kamera digital benQ tu---
Lokasi: Pulau Bidong (tmpat UMT)
Tarikh: Tahun 2008
Acara: Latihan SCUBA bersama bebudak Kelab SCUBA
Model: Miss Ruby
(Picture nie snap waktu senja di Bidong, awan-awan nampak best sangat)
---gorgeous, perasan algi sekali. Tapi dalam pic ni Ruby nampak cam dewi sikit. Macam dia tangah hold the light with her own hand)
Lokasi: Setiu Wetland
Tahun :2007
Acara: Kerja Lapangan Prinsip Ekologi
(Cuma saya jer yang tak termasuk dalam picture nie. Sebab kena jadi camera woman.)
--- This picture look soooo old and too much memory. This is our first year memory---
Muka semua muda dan tak berapa nak terurus sangat pon
Oh year.. yang pakai baju putih dan nak mencapai tangan budak lelaki yang kecik tu adalah pensyarah pertama yang saya kenal sewaktu di tahun satu. Nama beliau adalah Dr Jamilah a.k.a Cik Jam (tu nama manja kami untuk beliau). We love her sooo much. WHy? ermm...because she sooo cool and supporting person.
Will try to upload another nice picture on future. Cannot wait for that moment. Oh please .... cy-kyn tolong la bawak bersabar kerana sabar itu sebahagian daripada iman. Haish....~~~~ =)
Saturday, April 10, 2010
"HinDari MAKSIAT kaMi seDanG MemeRhaTikaN aNDa....
Event: Womans' Day with ORCA member n MOK NEk in Da House
(bertemu dengan insiden-insiden yang tidak bermoral)
Location: Hutan Rekreasi Sekayu
Date: 9 April 2010
(bertemu dengan insiden-insiden yang tidak bermoral)
Location: Hutan Rekreasi Sekayu
Date: 9 April 2010
Macam best jer kan quotation yang saya gunakan sebagai tajuk nie. Tapi kisah kali ini memang berkaitan dengan quotation yang best nie. Tapi kembali dulu kepada kisah permulaan. Sebenarnya percutian kali ini dah lama berada dalam perancangan. Ermmmm...bole di kira sebagai percutian ek? Bole ah kot sebagai meraikan minggu terakhir sebagai mahasiswi di Universiti Malaysia Terengganu.
Malam sebelum kejadian, semua yang terlibat sedang bertungkus lumus menyiapkan bekalan hari esok selepas balik dari shopping kat Mydin Mall...Oklah tu. Tempat tu jer pun yang paling besar kat sini setakat ni. Menu untuk hari esok adalah mihun goreng, sandwhich, ayam BBQ, colek pelam (betul tak ejaan nie?), puding dan memcam gak la lagi. Creep...habis tak agakyer makanan ni. Ok maa untuk tido sebab dah pukul 3 pagi. Penat......arghhhhhh =(.
Semua bangun awal untuk bersiap. 8.oo pagi semuanya dah siap cuma tunggu Pok Din datang amik. Adoyai... tension, Pok Din amik lewat la pula. Maka sampai ke destinasi jam 11.45 pagi. Hampir ke tengah hari dah tu.
Sampai dan bersiap untuk memasak dan segalanya yang patut la. Nak hidupkan bara pun sekian punya seksa.... Yeah..... because all da gurlzzz. Tapi ok gak apa sebab akhirnya berjaya. That is the prove of "GURLZ POWER". Cehh....biasa dia. Riak bangga terlebih tu. Ok stop it shikin. Segala nya indah dan bahagia di saat itu.
Tiba-tiba terdengar pengumuman untuk solat Jumaat. sesiapa lelaki yang cukup umur yang didapati tidak pergi akan di denda RM 1000. Wargh......memang bagus la Kerajaan Terengganu nie.. =) Kagum sedikit.
Kes pertama:
Tup, tup, tup...... tetiba pandangan mata terasa sakit melihat reaksi muda-mudi zaman kini (merujuk kepada manusia yang baru sahaja habis zaman sekolah menengah). ...Adakah beerti bahawa saya sendiri dah tua saat ini. Hello.....i'm just 22 ok. Melihat 2 pasangan anak muda yang tengah syok main air terjun tu bersama-sama. Pada mulanya malas nak layan pun.... Ok tetiba keadaan jadi semakin hangat. Apsal budak berdua nie asyik duk berpeluk jer berdua. Pelik gak kepala kami duk berfikir.... rasanya soalan exam pun tak la sampai macam ni. Tapi yang duk memeluk tu Si perempuan. Si lelaki lak duk galak dan syok la sebab kena selok peluk. Nie datang Sekayu nie nak mandi ker nak main selok-selok peluk-peluk.Kami duk le mengacau mana tau mereka akan pergi atau berhenti buat benda yang takbermoral tu. Rasanya sepanjang 2jam mereka mandi bersama tu cuma beberapa kali jer yang mereka tak berpeluk tu pun sekejap betul. Apa benda la agaknya yang seronok sangat muda-mudi ni duk buat dalam air tu?
Kes kedua:
Selesai kes anak-anak muda... Kita beralih pula kepada kes insan tak berapa nak rasional. Selesai mandi, tunggu yang lain pulang dari bilik persalinan. Setelah satu insiden datang pulak insiden lain. Kali ini kisah menukar pakaian. Tetiba mata kami tertancap pada satu pasangan yang tak lah muda-mudi lagi tapi dah matang untuk menjadi seorang ayah dan seorang ibu kepada seorang kanak-kanak. Dijadikan cerita si perempuan tu nak menukar pakaian....oklah tu. Tapi yang tak oknyer die pergi tukar dengan perkelubung dalam kain batik di tengah laluan khalayak ramai. Kita faham dia nak tukar baju tapi tak boleh ker pergi ke bilik persalinan. Yang lebih dahsyat lagi si pemegang kain batiknya itu adalah pakwenyer (Kalau sah suami isteri tak adanyer nak bagi isteri tukar baju kat tontonan umum ni). Yang paling best tu tukang pegang kain tu duk mengintai sekali si perempuan yang tengah duk tukar baju tu. Di mana agaknya rasional akal mereka? Kalau terasa nak buat begitu saya cadangkan kepada mereka lebih baik tak perlu berpakaian. Kan itu tindakan yang lebih sesuai buat mereka.
Melihat kepada insiden-insiden begini, tidak hairanlah jika kita melihat kepada peningkatan kes maksiat, mengandung luar nikah dan pembuangan bayi yang tidak berdosa. Manusia semakin hilang nilai ketamadunan dan akal sendiri. Adakah layak untuk insan sebegini terus hidup di muka bumi ini?
Saturday, April 3, 2010
KePerGian AllahYarham AbG DiN...... ='(
Lokasi: bilik sendiri
Masa: 10.30 malam
Saya rasakan kesedihan... Walau saya tak pernah bertemu beliau. Saat macam nie selaloonyer saya akan layan radio HOT.fm. Tapi untuk beberapa hari nie saya luangkan masa untuk ERA.fm. Saya tak tahu kenapa hati saya dirundum kesedihan yang amat sangat....keadaan yang sama ketika saat pemergian Allahyarham Zahid dulu...sesuatu yang mengejut dan amat saya tak sangkakan.
Hari ni dah masuk hari ke-2 Allahyarham ABg Din meniggalkan kita semua. Sya tak pernah kenal beliau. Bertentang mata pun tidak, apa ntah lagi berbicara bersama. Apa ingatan yang pernah ada dalam ingatan saya tentang beliau hanyalah suara beliau di radio ERA dalam DRAMA SEBABAK.
Sepanjang mendengar radio ERA saya dapati begitu ramai insan yang menyayangi beliau kerana ramai yang bersedih di atas pemergian beliau. Saya sendiri merasakan perasaan yang sama. Benarlah kata insan bijak pandai "Jika kita benar-benar ikhlas melakukan sesuatu buat insan lain, maka keikhlasan itu akan tetap kekal di dalam ingatan dan memori. Walaupun pada saat itu, nyawa sudah tiada lagi menemani jasad yang sedang sejuk membeku menunggu saat di tanam di dalam bumi yang gelap."
Sepanjang menulis entri ini saya masih merasakan kesedihan yang sama dan air mata saya masih tetap mengalir kerana kesedihan itu. Namun, sesuatu yang sudah tidak bernyawa tak mungkin mampu untuk dihidupkan kembali. Apa yang mampu dilakukan hanyalah mendoakan kesejahteraan beliau di sana dan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.Ikhlaskan lah pemergian itu
"Manusia tertawa gembira saat kita dilahirkan atas muka bumi ini. Maka, biarlah mereka menangis saat pemergian kita kerana itulah tanda bahawa kita begitu berharga buat meka. Namun, jangan sampai mereka ketawa saat pemergian kita"
"Manusia yang benar-benar hebat ialah manusia yang disaat pemergiannya akan diiringi oleh doa-doa kesejahteraan dan diingatan yang tidak akan padam dalam ingatan yang menyayangi mereka. Kerana kasih sayang itu adalah rahmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t."
Masa: 10.30 malam
Saya rasakan kesedihan... Walau saya tak pernah bertemu beliau. Saat macam nie selaloonyer saya akan layan radio HOT.fm. Tapi untuk beberapa hari nie saya luangkan masa untuk ERA.fm. Saya tak tahu kenapa hati saya dirundum kesedihan yang amat sangat....keadaan yang sama ketika saat pemergian Allahyarham Zahid dulu...sesuatu yang mengejut dan amat saya tak sangkakan.
Hari ni dah masuk hari ke-2 Allahyarham ABg Din meniggalkan kita semua. Sya tak pernah kenal beliau. Bertentang mata pun tidak, apa ntah lagi berbicara bersama. Apa ingatan yang pernah ada dalam ingatan saya tentang beliau hanyalah suara beliau di radio ERA dalam DRAMA SEBABAK.
Sepanjang mendengar radio ERA saya dapati begitu ramai insan yang menyayangi beliau kerana ramai yang bersedih di atas pemergian beliau. Saya sendiri merasakan perasaan yang sama. Benarlah kata insan bijak pandai "Jika kita benar-benar ikhlas melakukan sesuatu buat insan lain, maka keikhlasan itu akan tetap kekal di dalam ingatan dan memori. Walaupun pada saat itu, nyawa sudah tiada lagi menemani jasad yang sedang sejuk membeku menunggu saat di tanam di dalam bumi yang gelap."
Sepanjang menulis entri ini saya masih merasakan kesedihan yang sama dan air mata saya masih tetap mengalir kerana kesedihan itu. Namun, sesuatu yang sudah tidak bernyawa tak mungkin mampu untuk dihidupkan kembali. Apa yang mampu dilakukan hanyalah mendoakan kesejahteraan beliau di sana dan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.Ikhlaskan lah pemergian itu
"Manusia tertawa gembira saat kita dilahirkan atas muka bumi ini. Maka, biarlah mereka menangis saat pemergian kita kerana itulah tanda bahawa kita begitu berharga buat meka. Namun, jangan sampai mereka ketawa saat pemergian kita"
"Manusia yang benar-benar hebat ialah manusia yang disaat pemergiannya akan diiringi oleh doa-doa kesejahteraan dan diingatan yang tidak akan padam dalam ingatan yang menyayangi mereka. Kerana kasih sayang itu adalah rahmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t."
Subscribe to:
Posts (Atom)