Tuesday, October 12, 2010

Peluang Ke-2 Bab 1 (bhgn 1)

Minggu sesi suai kenal antara pelajar-pelajar baru akhirnya telah sampai ke penghujungnya. Maklumlah, kumpulan pelajar sesi tahun 2001 adalah anak sulung bagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang. Boleh dikatakan semua kemudahan di sini masih baru dah tidak lengkap lagi. Kata orang belajar di mana-mana pun sama sahaja, asalkan ada kemahuan di situ ada jalan.

“Ermm… kalau ikutkan tentatif dalam jadual yang aku dapat, pukul 8.30 pagi ini patutnya ada program ceramah dengan kaunselor di Dewan Besar”. Sepanjang minggu ni, tiap-tiap hari pun memang akan dipenuhi dengan sesi ceramah yang sememangnya menjadi teman setia dan halwa telinga aku ni. “ Tak boleh lewat ni, kalau tidak silap hari bulan nanti matilah aku kena gelak dengan budak-budak lelaki tu” bisik aku sendirian. Itulah hadiah istimewa yang akan menanti pelajar yang hadir lewat ke program yang telah diaturkan.

Benar-benar tidak diduga oleh Nur Dania Insyirah Mohd Affendy, dalam banyak-banyak negeri dalam Malaysia ni, tercampak juga dia di negeri jelapang padi ni untuk meneruskan cita-cita dan impiannya. Namun, demi hasrat yang murni ini Dania tetap bertahan bagi menjadi contoh sebagai kakak sulung kepada adik-adiknya yang lain.
           
Di hadapan Dania saat ini tersergam bangunan empat tingkat yang sebahagian besarnya dilitupi dengan cermin kaca. Bangunan tersebut boleh diibaratkan sebagai sebuah rumah kaca gergasi. Apa yang membezakan ialah rumah kaca yang sebenar berfungsi untuk menanam tumbuhan yang sebenar tetapi rumah kaca di hadapan mata aku ini adalah untuk memastikan jiwa-jiwa muda yang sedang membesar di dalamnya akan lahir menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

“Eh, aku ni patutnya duduk dalam kelas mana ek? Harap-harap janganlah tingkat atas sekali. Kalau tak... sah tak sampai 3 minggu dekat sini mesti berat aku turun 5 kg.” Kalau tak silap aku kelas aku sepatutnya 1 Futuristik. Erm… nama tu pun kalau dengar saja pun dah buat aku kecut perut. Tapi manalah duduknya kelas yang hebat sangat tu. Dania masih berkira-kira sendirian.

Sedang aku mengatur langkah perlahan-lahan di balkoni tingkat dua itu. Tiba-tiba satu suara yang lunak  datang menyapa aku. “Hai awak duduk kelas mana? Saya Alia Athirah kelas 1 Futuristik kat sana tu. Awak boleh panggil saya Atie”, kata gadis itu sambil menghulurkan salam perkenalan dan menunjukkan arah kelas 1 Futuristik. “Cantik juga budak ini”, gumam aku sendirian di dalam hati. Aku terdiam sebentar cuba untuk mencari ayat yang sesuai. Sambil tersenyum, perlahan-lahan aku menyambut salam perkenalannya. “Saya Dania, kelas 1 Futuristik. Selamat berkenalan.” Akhirnya satu persahabatan yang suci antara aku dan Atie telah terjalin. Bermulalah perjalanan hidup aku di MRSM Pendang ini. Segala pengalaman yang akan mengajar aku erti sebuah kehidupan sedang menanti dengan penuh debaran di hadapan.

No comments:

Post a Comment


You might also like:

Related Posts with Thumbnails