Assalammualaikum buat teman-teman yang mengenali Cik Cikyn.
Beberapa hari lagi kita dah nak mula berpuasa.
Jadi rasanya perut tu dah bersedia ke???
Yang gastrik sila dapatkan nasihat doktor untuk amalan puasa yang betul.
Sebab ramai sangat yang kadang-kala ambil mudah untuk persediaan berpuasa ni.
Yang paling penting sekali iman di dalam hati tu dah bersedia atau belum?
Maklumlah kita bukan berpuasa hanya untuk menahan lapar dan dahaga.
Tetapi juga untuk mendidik hati ini menjadi lebih dekat dengan Allah s.w.t dan bersyukur dengan nikmat-Nya. Peringatan untuk diri Cik Cikyn juga ni...Heheheheheeh..
Semoga iman di hati ni akan bertambah dari sehari ke sehari.
P/s: Teringin nak makan kek batik hari ni. Ok mode mengidam sesangat...... =)
No comments:
Post a Comment