Tuesday, December 13, 2016

Sindrom Pelajar Phd Cik Cikyn

Wahhh sebenarnya dah lama sangat Cik Cikyn tak menulis dalam blog ni. Mungkin sebenarnya tak ada orang pun yang baca blog Cik Cikyn, Buat masa sekarang Cik Cikyn sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Phd (skema sangat ayat) -- maka sila layan sahajalah cara penyampaian Cik Cikyn ni.

Kalau cerita pasal belajar ni soalan paling famous adalah seperti berikut;

1) Dah semester berapa?
2) Buat projek pasal apa?
3) Supervisor siapa?
4) Guna grant projek /sendiri
5) Bila nak habis?---- soalan ni paling sentap (hang ingat den robot nk main redah time machine) hahahaa

Maka dengan ini Cik Cikyn nk habaq mai semua jawapan untuk persoalan di atas.

1) La ni Cik Cikyn berada di semester 3 merangkak perlahan menuju ke semester 4. Awatlah cepat sangat masa berlalu ekkkk, Urrrmmm itulah tanda akhir zaman semakin hampir.
2) Projek yang paling vogeh sekali di zaman millennia ni..tu dia perasan tak habis. Pasal "Natural Disaster--focusing on flood issue

Buku-buku rujukan teman setia Cik Cikyn.
Nangis godek sorang-sorang =(

3) Kalau ditanya soalan ni...confirm la Cik Cikyn habaq SV I yang terhebat. Cewahhh--- =)

My supportive Supervisor: Prof Emeritus Chamhuri Siwar (expert in economic)
=) mesti prof pening dapat anak didik yang sengal cam Cik Cikyn ni. Tq prof

4) Projek ni guna grant projek yang dirahsiakan....Nanti Cik Cikyn akan bagitau kebaikan dan kekurangan untuk topik ni.
5) Plan nak habis tengah tahun 2018-----minta tolong hangpa semua tolong doakan semoga perjalanan study Cik Cikyn akan berjalan lancar naaaa...Aminnn..

###Maka dengan ini saya akan melalui hari-hari mencabar dengan penuh tabah dan sabar (ikrar dalam hati sambil air mata bercucuran) 







No comments:

Post a Comment

You might also like:

Related Posts with Thumbnails