Showing posts with label personal life. Show all posts
Showing posts with label personal life. Show all posts

Wednesday, October 25, 2017

Hidup yang penuh impian II (Strategi Memburu Impian)

Nama tajuk pun memburu impian....maka untuk post kali ni Cik Cikyn akan membimbing anda semua untuk mencapai impian anda. "There is not too late to achieve you dream". Masih ingat lagi post yang Cik Cikyn tulis pada beberapa hari yang lalu (Hidup yang penuh berimpian I)  Tak kisah la anda semua ni masuk kategori umur berapa pun. 20...30...40...50..60... Hatta 80 dan 90 tahun sekali pun masih belum terlambat. Sebab hidup yang berimpian adalah lebih bermakna berbanding hanya mengikut arus dan membiarkan segalanya tertanam sepi di balik mimpi yang hanya menjadi angan-angan kosong.

Pertama sekali Cik Cikyn mengarahkan meminta anda semua untuk mengambil sehelai kertas putih bersih tanpa sebarang noda bersama sebatang pensil 2B Steadler... Kalau tak ada pensil,  pen pun boleh la...... Tuliskan semua IMPIAN dan PERKARA yang anda ingin lakukan dalam hidup anda, dari sebesar-besar perkara hingga kepada sekecil-kecil impian.

Kenapa Cik Cikyn suruh anda tulis tangan bukan taip dalam komputer????

Mengikut satu kajian saintifik yang dilakukan oleh saintis, menunjukkan apabila anda menulis setiap impian anda akan membuatkan lebih banyak neuron otak yang akan bekerja berbanding menaip di dalam komputer. Di samping itu, hampir semua deria anda akan terlibat sama. Jika anda hanya bayangkan sahaja di dalam otak anda, maka akan hanya sekadar menjadi angan-angan MAT JENIN. MAKA.....TULISKAN sahaja semua IMPIAN anda. Di bahagian hujung post ini nanti Cik Cikyn akan berikan contoh perkara dan impian yang Cik Cikyn inginkan dalam hidup ini.

Source: The Answer by Allan & Barbara Pease

Inilah antara wishlist bucket Cik Cikyn, panjang lagi sebenarnya =)
Mohon abaikan sahaja tulisan yang macam budak sekolah rendah tu

Salah seorang dari guru Cik Cikyn pernah cakap

"Segala apa yang kita NIAT, CAKAP, FIKIR & BUAT, semua itu adalah suatu DOA" maka doakanlah yang baik-baik sahaja. =)


                     


Friday, September 29, 2017

Hidup yang penuh dengan impian I

Kite sebagai individu perlu memberikan tumpuan kepada "life we want" bukan pada "how to live". Kebanyakkan individu yang hanya berada pada tahap yang "average" seperti individu lain kebiasaannya hanya menghabiskan masa mereka dengan memikirkan apa dan bagaimana yang perlu dilakukan bagi mencapai sesuatu?? Walau pada hakikatnya memahami apa yang kita inginkan itu jauh lebih penting kerana apabila kita telah tekad untuk melakukan sesuatu, maka badan dan minda kita akan secara sendirinya mula bergerak menuju untuk mencapai impian tersebut. 

Nota: Cik Cikyn baru baca dalam sebuah buku ni yang memang superb and totally recommended untuk anda semua baca. Tapi Cik Cikyn akan share dalamm post yang akan datang ya !! =)😆

Tuesday, December 20, 2016

Mari Buat Senarai Misi 2017!

Okay korang pada saat, ketiak, ketika dan detik Cik Cikyn sedang menulis artikel ini kita ada masa lagi 16 hari menuju tahun 2017. Kalau tak percaya boleh tengok kalendar masing-masing. Okay setiap tahun ritual yang tidak akan pernah berubah adalah "AZAM TAHUN BARU"...Hahahahah korang jangan nak ngelat. Mengaku jer la yang korang pun buat benda yang sama. Trust me. I am not exluded from the list.

Azam yang paling glamour:

1) Nak kurus
2) Nak kaya 
3) Nak cantik/hensom
4) Nak kawin
5) Nak melancong satu dunia
6) etc

Kalau tulis begini memang sampai dunia padam pun impian korang hanya akan tinggal impian

Nampak tak apa problemnya disitu???
Nampak tak?

Okay jom Cik Cikyn bagitau. Pertama sekali pi amik pen dan kertas. Impian yang dibayangkan tanpa ditulis biasanya tak akan menjadi nyata.Sebab perbuatan kita tu akan mendorong kepada proses menjadi bayangan tersebut sebagai satu realiti. Then kalau korang nk tulis bayangan impian itu biarkan adalah spesifik dan realistik

Contoh

**melancong satu dunia >>>>>> melancong ke (pilih negara yang bersesuai dengan kemampuan dan kewangan anda) pada (masa yang dijangka--mungkin musim bunga)...seperti melancong ke jepun pada musim bunga.... tapi jangan lupa teruskan diri untuk buat persiapan dari segala segi tau...jangan main tulis ja

Tulis atas kertas yang comel tu cantik-cantik dan tampalkan pada kawasan yang korang boleh sentiasa tengok. Mungkin di meja solek atau depan almari. Dan jangan lupa tampal sekali gambar-gambar yang bole inspired berkaitan dengan impian korang tu.


"Apa yang kita fikir, niat, cakap dan buat adalah satu doa"
Pesan dari Cikgu Cik Cikyn


Cik Cikyn pun ada MISI IMPIAN 2017. Nanti minggu depan Cik Cikyn akan update impian Cik Cikyn. Stay tune.......... =)


XOXO 
Cik Cikyn 2016

Thursday, December 15, 2016

Mari tukar Kad ATM Pay Wave SEGERA

Hello korang semua....sebenarnya tadi kawan Cik Cikyn tanya pasal proses penukaran semua kad bank lama kepada pay wave version. Korang dah mula tukar ker belum. Kalau belum silalah cepat-cepat tukar ya. Kalau tak nanti jenuh nak selesaikan bila masuk tahun 2017. Kang tak pasal-pasal tahun 2017 korang tak dapat nak keluarkan duit. Nanti Cik Cikyn sedih bersama-sama.

Kad bank yang ditukar sebelum tahun 2017 tidak akan dikenakan sebarang cas...maka ayuh cepat semua. Walaupun cas tersebut mungkin sedikit. Namun, itu masih lagi dikira duit yang berharga. Cewahhh, Cik Cikyn sudah menjadi Cik Bakhil sudah =)



korang nampak tak simbol gelombang kt atas tu. itulah ciri yang paling penting untuk kad atm baru ni. So after this tak perlu bawak cash lagi ye dokk...hahahah yer la tu...Jangan berbelanjan tak hengat dunia ya. 

## pemegang akaun CIMB kena tukar kad pada/sebelum 20 disember 2016. Lepas dari tarikh tu akan ada cas dikenakan. 


XOXO
Cik Cikyn


You might also like:

Related Posts with Thumbnails