Sunday, September 1, 2019

Wajarkan untuk sambung Master @ PhD???

Tahun 2019....

Zaman yang sangat-sangat berbeza berbanding zaman mak ayah kita dulu.
Zaman selepas kerajaan lama (UMNO) memperkenalkan tajaan untuk individu yang berminat melanjutkan pelajaran di peringkat Master dan PhD.
Zaman bermula pertukaran tampuk kepimpinan dari UMNO kepada PH
Zaman tajaan mula melanjutkan pelajaran semakin ketat dan semakin merapu dan menyukarkan dengan perlbagai kerenah
Zaman terdapatkan lambakan post-graduate yang telah tamat belajar
dan pelbagai lagi cerita untuk zaman ni.


Okay sekarang Cik Cikyn nak kembali kepada topik kita iaitu 'Wajarkah untuk sambung Master @ PhD?' Ada insan yang pernah bertanya soalan ini pada Cik Cikyn. Orang yang bertanya tu kebiasaanya termasuk dalam kategori berikut:
  1. Memang berminat nak sambung study
  2. Memang ada keperluan untuk sambung study (Contoh: Kenaikan pangkat)
  3. Ada permintaan dari yang tersayang (Contoh ibubapa/adik-beradik)
  4. Tak tahu nak buat apa sebab baru habis study dan minta kerja pun asyik tak dapat yang sesuai
Ada juga yang kadang-kadang bertanya tapi tak termasuk dalam kategori di atas. Mereka cuma sekadar bertanya khabar dan hendak tahu perkembangan terbaru jer (Yang ini OKAY). Cuma Cik Cikyn harap anda tak akan bertemu dengan golongan yang seterusnya ni saja. Golongan yang satu memang sengaja nak cari masalah dengan tujuan untuk merendahkan orang yang ditanya sebab Cik Cikyn pun tengah habiskan study. (ini sila abaikan nanti penat jantung kalau nak layan---lagi pun tak ada kaitan lansung). Maklumlah Cik Cikyn ni kategori pelajar tua yang tak habis-habis lagi. InsyaAllah akan selesai hujung tahun ni untuk submit. Maka mungkin bagi mereka macam seronok la juga kot bila dapat merendahkan individu yang lain dengan kata-kata sinis. HAHAHAHAH. Okay back to the main topic... WAJAR atau TIDAK.

Check it out video ni kalau nak tau:


Lots of Love 2019
Cik Cikyn
XOXO





Monday, July 22, 2019

Teh Cina (Teh buah kering) Lo Han Kuo / Lo Han Guo

Hai teman-teman

Cik Cikyn baru pertama kali menikmati teh luo han guo yang Cik Cikyn dapat dari Co-SV. Maka sengaja Cik Cikyn berkongsi mungkin ada rakan-rakan yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang teh ni. Secara jujurnya teh ni memang pemanis semula jadi. Tak perlu tambahkan gula pun. Siap kena tambah air lagi. 
Kebaikan teh Luo Han Guo (monk fruit) ni:
1) Zero kalori zero karbohidrat (sesuai kalau nak kurus)
2) Tinggi antioksidan (mesti korang akan nampak muda)
3) Baik untuk pencernaan
4) Ada untuk anti-radang
5) Anti-kanser
6) Baik untuk kawal tekanan darah & hypertension
7) Baik untuk pesakit diabetis juga (yang ni mohon semak)
8) Baik untuk pesakit asma juga
9) Baik untuk sakit tekak juga

Kajian untuk buah yang terkenal tumbuh di selatan China ni masih tak begitu terkenal. Tapi tak salah la kalau rakan-rakan nak amik tau tentang khasiat buah  ni okay.


Sooooo meh Chek it out video Cik Cikyn mencuba teh Luo Han Guo ni:



XOXO
-Cik Cikyn-



Thursday, July 11, 2019

Instant Anti Stress Eyes Mask by Ardini Essential

Hi korang 

Assalammualaikum lama Cik Cikyn tak potpetpotpet

Hari ni saja jer Cik Cikyn nak review berkenaan Instant Anti-Stress Eyes Mark oleh Ardini Essential.
For you information review ni tak berbayar pun tau sebab Cik Cikyn dapat sampel tu waktu menghadiri bengkel Hijab & Heels....soooooo disebabkan macam kematu maka Cik Cikyn saja jer review pasal Instant Anti Stress Eyes Mask tu. Lagi pula, ini first time Cik Cikyn guna eyes mask so macam kelam kabut sikit. Katanya eyes mask ni bagus untuk merehatkan mata yang penat bekerja & selalu tengok gadget atau skrin komputer. 






Apa pengalaman Cik Cikyn lepas guna eyes mask ni????

1) Punyalah payah nk buka plastik dia (berpeluh tiak nak buka) hehehehe. Tapi bole jer nak lubangkan terus kat plastic cover eyes mask tu. Tapi Cik Cikyn tak buat macam tu sebab ingat ada liquid yang rendam eyes mask tu.
2) Bau ros yang digunakan untuk eyes mask tu tak terlalu berat. Korang kena dekatkan eyes mask tu pada hidung if korang nk hidu bau rose yang ada pada eyes mark tu
3) Eyes mask tu akan berikan kesan hangat sikit pada kulit korang waktu korang tampalkan pada bawah mata tu. 
4) Finally selepas repeat 1 - 3 kali penggunaan tu Cik Cikyn tak dapat nak kesan apa perubahan yang dilakukan oleh eyes mask tu (atau mungkin kulit Cik Cikyn ni kurang sensitif untuk mengesan perubahan tersebut). Apa-apa pun semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing.

So apa-apa korang bole la chek out video yang Cik Cikyn sertakan kat bawah ni. 



Cik Cikyn
XOXO

Monday, June 10, 2019

Resepi Kerang Rebus cicah Air Asam bersama Cik Cikyn

Hai korang semua

Kali ini Cik Cikyn ingin berkongsi resipi kerang rebus dicicah air asam.
Cewahhhh rasa macam nak makan lagi jer... =) Namun alangkah baiknya kalau ada orang yang rajin nak tolong kopekkan kulit kerang tu untuk Cik Cikyn terus ngappppp jer. Heaven. Resipinya sangat lah mudah. Tidak perlu nak berperang lama sangat di dapur tapi yang penting ummmpppphhh. (thumbs up).

Bahan-bahan untuk KERANG REBUS:

kerang yang dicuci bersih - 2kg
serai yang dititik - 4 batang
daun limau purut - 3 @ 4 helai
bawang merah dihiris - 3 biji
bawah putih dihiris - 4 biji
asam keping - 1 keping
garam secukup rasa

Rakan-rakan boleh lah menonton video pendek  yang Cik Cikyn sediakan ini untuk melihat langkah seterusnya:




Bahan-bahan untuk AIR ASAM

bawang besar dihiris halus - 2 biji
cili merah besar dikisar - 8 batang
cili merah kecil dikisar - 3 batang (pilihan) - kalau anda nak pedas
belacan - anggaran sebesar ibu jari (pilihan) - mana tau ada yang alergik
air asam jawa - satu cawan
daun ketumbar dihiris - ikut suka
jus limau kasturi - ikut suka
garam dan gula secukup rasa

Rakan-rakan boleh lah menonton video pendek yang Cik Cikyn sediakan ini untuk melihat langkah seterusnya:


Okay selesai dua-dua resepi so dah bole nyumnyummmmm...


.................................
XOXO
Cik Cikyn


Thursday, May 30, 2019

Penulisan Tesis Pantas menggunakan Draf Asas (Part 1)

Assaalammualaikum semua

Kalau ada rakan-rakan pembaca yang terdiri daripada student Degree, Master atau Phd antara benda yang paling bermasalah adalah berkaitan 'How to write thesis in fast way?" Betul tak? Hahahahah jangan nafikannya rakan. Sebab Cik Cikyn pun mengalami masalah yang sama. So in another way I feel you my friends.

So basically, hari ni Cik Cikyn nak share cara yang mudah untuk mempercepatkan penulisan tesis rakan-rakan semua bermula dari draf asas. Yerla....selalu kekadang bila kita mula menulis adalah jer macam-macam masalah teknikal

Nombor larilah!! Tersilap nombor!! Perenggan tak pindah habis semua.... dan macam-macam lagilah

So hari ni apa yang Cik Cikyn nak share ilmu adalah untuk mengelakkan dan mengurangkan kejadian masalah-masalah teknikal tersebut. Item-item penting yang terlibat adalah:


Draf Asas Tesis

Anda perlu sediakan draf asas yang kosong ni terlebih dahulu sebelum memulakan penulisan tesis anda seperti mana format yang diperlukan oleh setiap universiti. Jangan risau kalau draf ni nampak kosong. Dah nama pun DRAF ASAS kan? 

Item paling penting untuk kegunaan besama draf asas

Item dekat atas yang ada banyak huruf AaBaCc tu....Haaaaa benda tu lah paling penting untuk kite gunakan nanti bagi memudahkan kerja penulisan tesis tu nanti. Persoalannya dah kenapa guna  benda alah tu???? Tulis macam biasa kan boleh???? Bukan macam tu ker yang selalu kite buat....? 
Kalau kita tidak menggunakan tools tersebut maka bermulalah segala masalah seperti yang Cik Cikyn nyatakan di atas tadi.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut macam mana proses menggunakan tools style tu untuk memudahkan penulisan tesis rakan-rakan. Maka bolehlah menonton video ringkas yang Cik Cikyn sediakan ini. Chek it out...... =) yezzzaaaaa


Wednesday, May 29, 2019

Sample Gift THE BODY SHOP

Assalammualaikum korang
Hari ni Cik Cikyn baru redeem 3 sampel daripada Body Shop lepas dapat text beberapa hari lepas.
Memula tu Cik Cikyn ingat kot-kot la sampel tu besor. Hahaha...memang idok la nak oiiiii....mau bankrupt la company kalau bagi Cik Cikyn sampel besor gedabak.

Ini mesej yang Cik Cikyn dapat. So sesapa yang dapat boleh la bersiap untuk redeem

By the way untuk redeem sampel ni cuma sampai 31 Mei 2019 jer tau. Bila masuk 1 Jun 2019 tu kirenya memang mengkome tak akan dapat redeem la sampel ni okay. Mana la tau kalau mengkome time ni tengah jalan-jalan dekat dengan Body Shop bole la pergi redeem sekali.
Item yang bole di redeem adalah;
1) Vitamin E gel moisture cream
2) Oils of life intensely revitalising facial oil
3) Drop of light pure healthy brightening serum





Kecik nonet jer sampel nyer...tapi jadilah nak try kat kulit ni haaaa sedap ke idok

Maka bole la mengkome try sampel ni dulu sebelum beli produk saiz sebenar. Cik Cikyn pun tak pernah try lagi ketiga-tiga produk ni. So....nnt bole la Cik Cikyn review apa kan perasaannya dan texture sampel pada kulit Cik Cikyn.


...........
XOXO

Thursday, May 23, 2019

Resepi Terung Berlado Simple

Hi semua, 

Hari ni first time Cik Cikyn buat video ni. Inilah kerja-kerja pelajar bila otak dah tepu. 
Entah mimpi apa semalam yang buat Cik Cikyn rajin sangat nak rekod video memasak terung berlado ni. Nama jer terung berlado by the way tak la pedas sangat pun sebab terletak asam keping terlebih besar. Tambah lagi Cik Cikyn memang masukkan tomato kat dalam tu. Jadi budak2 kecik pun bole makan sebab tak guna cili pedas pun sebab guna cili besar. 

Bahan-bahan yang digunakan:

  • terung panjang ( 1 batang)
  • bawang putih (3 biji)
  • bawang merah (2 biji)
  • ikan bilis (1 genggam)
  • tomato (2 biji)
  • cili merah besar (5 batang)
  • cili merah kecil (2 batang- optional)
  • asam keping - guna saiz kecil jer if not nanti masam
  • kiub pati ayam - secukup rasa
  • garam - secukup rasa

Untuk tengok cara-cara memasak boleh rujuk video kat bawah ni:




Friday, January 4, 2019

Pertandingan Mereka Cipta Logo Jubli EMAS UKM 50 tahun 2019

Mengkome semua,

sesapa yang ada bakat mereka cipta logo tu boleh la try masuk Pertandingan Mereka Cipta Logo Jubli EMAS UKM 50 tahun (bermula dari 1 Januari 2019 hingga 15 Februari 2019).

Hadiah tu agak-agak menarik juga









Tempat 
pertama x1 : RM 3,000

Saguhati x 10: RM 200

So adik-adik pelajar UKM tu boleh la mencuba nasib ya. ALL the BEST...Kalau menang jangan lupa belanja Kak Eikyn sekali kay, KFC pun okay juga...hehehehehehe

XOXO

FULLY FUNDED L’oreal BRANDSTORM Competition 2019 in Paris

Hai Mengkome

Anyone yang ada talent innovation dalam beauty industry boleh lah try untuk dapatkan Grant FULLY-FUNDED untuk korang attend Competition in Paris 2019. As far yang Cik Cikyn tau  program Entrepreneurship adalah dalam 3 bulan. SOOOOO 3 bulan di Paris tu.

Tarikh tutup: Mac 2019


So buat sesapa yang ada bakat dan minat industri kecantikan ni mungkin boleh mencuba untuk membangunkan produk sendiri dengan teknologi yang canggih ni. Btw korang akan dapat training n excellent networking kot. ALL THE BEST!!!!!



Kalau nak tahu info lanjut korang bole klik link kat bawah ni.

L’oreal BRANDSTORM Competition 2019 in Paris

Thursday, January 3, 2019

NIKON PHOTO CONTEST (Pertandingan Fotografi Nikon) 2019

Buat sesiapa yang berminat snap, snap gambar tu apa kata korang join Nikon Photo Contest ni.
Bukan gambar dari DSLR atau Compact Cam jer yang diterima, gambar dari Smartphone pun bole join. So sesiapa yang ada bakat tu boleh la join. Jangan sia-siakan bakat korang. 



Kalau tak silap Cik Cikyn ada 3 kategori yang dipertandingkan (boleh rujuk LINK) :

1) Open Award
2) Next Generation Award 
3) Short Film award

The best part adalah bila tengok Grand Prize dia 500,000 yen bila Cik Cikyn check jumlah tu guna Currency Converter untuk tengok jumlah dalam Ringgit Malaysia...terkezut Cik Cikyn.


                                                                       Banyak betul hadiah yang dia tawarkan

Tengok......sikit lagi nak pergi capai RM19,000

So sesapa yang menang tu jangan lupa share hadiah dengan Cik Cikyn sekali kay

Segala maklumat yang korang nak tahu berkaitan contest ni mohon rujuk LINK yang diberikan.


Hadiah dari Cik Dayah (SEOUL)

Terima kasih Cik Dayah

Beberapa minggu yang lalu Cik Cikyn telah mendapat hadiah istimewa pemberian Cik Dayah.
Hadiah dari Korea korang....hahahaha Even tak sempat lagi nak jejak kaki ke Seoul atau Busan atau sebarang tempat yang seangkatan dengannya. Tapi Cik Cikyn still bersyukur sebab dapat hadiah tanda ingatan dari Cik Dayah. 😍😍😍😍😍 ---with lurves


Lepas ni lembut dan gebu la muka Cik Cikyn...hahaha lembut cam daub keladi gamaknya. 

You might also like:

Related Posts with Thumbnails