Showing posts with label Hobbies. Show all posts
Showing posts with label Hobbies. Show all posts

Monday, June 10, 2019

Resepi Kerang Rebus cicah Air Asam bersama Cik Cikyn

Hai korang semua

Kali ini Cik Cikyn ingin berkongsi resipi kerang rebus dicicah air asam.
Cewahhhh rasa macam nak makan lagi jer... =) Namun alangkah baiknya kalau ada orang yang rajin nak tolong kopekkan kulit kerang tu untuk Cik Cikyn terus ngappppp jer. Heaven. Resipinya sangat lah mudah. Tidak perlu nak berperang lama sangat di dapur tapi yang penting ummmpppphhh. (thumbs up).

Bahan-bahan untuk KERANG REBUS:

kerang yang dicuci bersih - 2kg
serai yang dititik - 4 batang
daun limau purut - 3 @ 4 helai
bawang merah dihiris - 3 biji
bawah putih dihiris - 4 biji
asam keping - 1 keping
garam secukup rasa

Rakan-rakan boleh lah menonton video pendek  yang Cik Cikyn sediakan ini untuk melihat langkah seterusnya:




Bahan-bahan untuk AIR ASAM

bawang besar dihiris halus - 2 biji
cili merah besar dikisar - 8 batang
cili merah kecil dikisar - 3 batang (pilihan) - kalau anda nak pedas
belacan - anggaran sebesar ibu jari (pilihan) - mana tau ada yang alergik
air asam jawa - satu cawan
daun ketumbar dihiris - ikut suka
jus limau kasturi - ikut suka
garam dan gula secukup rasa

Rakan-rakan boleh lah menonton video pendek yang Cik Cikyn sediakan ini untuk melihat langkah seterusnya:


Okay selesai dua-dua resepi so dah bole nyumnyummmmm...


.................................
XOXO
Cik Cikyn


Tuesday, October 17, 2017

pengalaman di pesta INVEST SMART 13-15 Oktober 2017

Baru-baru ini, Cik Cikyn baru sahaja menghadiri pesta INVEST SMART yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Hall 5, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) dari 13 - 15 Oktober 2017. Bagi sesiapa yang terlibat dengan perlaburan saham-saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) mesti sangat mengenali nama-nama yang Cik Cikyn sebutkan tadi.

Buat sesiapa yang berminat untuk mula berjinak-jinak dengan dunia pelaburan kewangan,Cik Cikyn  nasihat anda untuk menghadiri event seperti ini bagi menambah ilmu dan membuka minda kepada satu bentuk dimensi baru pula. Ada pelbagai program yang pihak penganjur adakan bagi program selama 3 hari ni;

1) Seminar
2) Perkongsian 
3) Pameran dari pelbagai institusi kewangan - bank, unit trust, kementerian, etc..(banyak sangat sampai ada yang Cik Cikyn tak familiar pun ada)
4) Cabutan bertuah
5) Larian
6) Pelbagai lagi

Ini rupa kad pelawat Cik Cikyn yang panas diprint dari "oven" kiosk sewaktu pendaftaran 

Beginilah rupa stage untuk speaker-speaker jemputan. 

Ketiga-tiga hari ni penyertaan memang ramailah. Rasa mcam tersesat sekejap dalam lautan manusia. Mostly dari pemerhatian Cik Cikyn penyertaan adalah dari bangsa Cina dan ikuti oleh India dan Melayu. Maka oleh itu, marilah kita bersama-sama meningkatkan ilmu pelaburan kita pada tahap yang lebih tinggi lagi. #duniapelaburanuntuksemua =)

Mr Mahadzir Othman
(Director, Securities Market, Bursa Malaysia)

Pembentangan Mr Mahadzir ni simple jer...tapi menarik sebab dia introduce untuk produk yang ada dalam pasaran pelaburan BSKL. Memang sesuai untuk yang baru berjinak-jinak. Bahagian yang paling best adalah bersama Mr. Nazarry, pembentangan ini ada la beberapa gambaran perkembangan pasaran sepanjang tahun 2017. Kalau siapa yang perasan adalah few hint yang dapat kat situ. =) sengih jer la sensorang. Okay mata Cik Cikyn dah nak shutdown XOXO korang semua.

Buat sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah melawati website INVEST SMART  dan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Mr Nazarry Rosli
(Panel of Technical Advisory Board in MATA)

Friday, August 19, 2011

Terasa Nak Menang RM 10,000 dengan NESCAFE Chillah

Apa agak-agaknyer nak buat dengan RM 10, 000?

Bayar hutang PTPTN?
Saving dalam bank?
Jadi saviour untuk golongan yang memerlukan?

Senang jer nak menang RM 10,000 tu. hahahah acehhhh cara cakap tu macam makan kacang jer kan. Siapa yang pandai bab design mendesign ni bolehlah mencuba nasib. Korang cume perlu design tin nescafe. Kemudian tunggu khabar berita daripada pihak nescafe sama ada korang ni berTUAH atau tak?


ANTARA CONTOH DESIGN EDEN>>>>>>



~design jer la macam mana yang korang suker~


~nie sebenarnyer my first design~


~tangan jer yang sempat masuk .....ngeeeee!~

Kalau korang terasa nak mencuba nasib dengan jayanyer korang boleh mencuba di SINI
GOOD LUCK!!!!

Monday, August 2, 2010

iNtRoDuCe mY LoVelY SuWeeiY & HeR sWeeT HearT


Salam buat semua...saja jer nak memperkenalkan ahli keluarga baru.
Suweeiy ini sebenarnya tidak begitu disukai oleh abah saya dulu. Tapi entah macam mana sekarang ni jadi buah hati abah la pula.... Kalau tak dulu mesti kena marah dengan abah hari-hari. Sebab abah kata dia ni gatal. Setahun berapa kali ntah dia dapat anak. Well...apa pun sekarang dah jadi kesayangan abah. Sanggup tu keluar balik untuk beli makanan Suweeiy  sebab dah habis walaupun baru balik dari kerja. Ok....sekarang Suweeiy baru dapat anak lagi.... tapi  I dunno la siapa 'bapa' kepada anak-anak dia. I tengah fikirkan nama untuk diberi kepada sweety tiga ekor tu...hahahaa.... I got new anak.. I mean anak kucing okey..


Suweeiy & JOe,Jie n Jue

Pas nie nak cari colar la untuk diorang...hahaha....Lurve them sooooo much


Jie & Jue
Sibling LoVe



Joe witz Love Muahkzzzz =)


You might also like:

Related Posts with Thumbnails