Wednesday, January 14, 2009

PAngeran Ummi

At last my Pangeran Ummi already finished......Rite aku ngah pening kepala sapa yang aku nk meletakkan sebagai my editor officer. If everything jz going smoothly boleh la aku amik editor officer aku sebagai da permanent 1...

Aku perlukan korangnyer respon,feedback of sgala macam idea untuk penambah baikan yg mngkin perlu untuk diterapkan dalam penulisan aku. DIz 1 open to everybody yg rasa2 boleh sumbangkan idea untuk aku.

(p/s: kisah ini saya garapkan drpd kisah seorang kenalan yang saya kenal sepanjang hidup nie.If ada kaitan yang orang lain, saya minta maaf awal2. Segala sumbang saran n idea yang diberikan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Kalau ada rezei maybe nak wat adaptasi dari citer nie. Harap boleh menjadi cerita yang beerti untuk kita semua)

PANGERAN UMMI

Setelah berbulan-bulan duduk di hostel benar-benar telah membuat aku merasa bebas dan dapat bernafas ketika berada di rumah. Hampir dengan Ummi. Perasaan itu membuatkan aku merasa suatu ketenangan. Namun, rumah itu merasakan satu kesunyian selepas pemergian Walid 3 tahun yang lalu pada tahun 2001. Aku masih dapat merasakan kehadiran Walid. Walaupun dia tiada di situ, bayangnya masih kelihatan pada mata aku.

“Ummi! Ummi! Ummi!” kaki aku melangkah tanpa arah sambil memanggil Ummi. Setiap pelusuk rumah kampung yang separuh kayu itu puas aku jelajah untuk mencari Ummi. Tapi tiada balasan yang aku dapat. Bayangan Ummi juga tidak kelihatan. Aku mula risau seandainya ada perkara yang tidak diingini terjadi. Derap kakiku yang sebentar tadi telah menggegarkan rumah kayu ini terhenti di hadapan jendela. Jendela yang kayu yang berwarna coklat tua itu telah menumpukan pandangan aku ke wajah seseorang yang aku rindui. Ummi.

Ummi begitu leka melayan bicara seorang pemuda yang duduk di hadapannya. Bangku biru itu menjadi saksi untuk segalanya. Senyuman yang cukup manis. Itu yang dapat aku lihat di wajah Ummi pada saat ini. Namun, aku tidak pasti adakah senyuman yang bahagia itu masih tetap terukir pada saat Walid pergi meniggalkan Ummi atau di saat Ummi sendirian di rumah tua ini?

Pemuda itu boleh aku katakan sebagai seorang pemuda yang hampir sempurna segalanya pada zahir. Wajahnya nya kacak dihiasi lapisan janggut yang nipis. Ditambahkan pula dengan renungan matanya yang redup itu. Dapat aku rasakan pastinya wajah ini telah menggugat keutuhan hati ramai mata perawan yang melihatnya. Kenyataan ini berani aku katakan kerana sahabat baikku sendiri pernah menyatakan rasa hatinya terhadap pemuda tersebut. Itulah abangku, Mohd Hakim Yaakob yang sentiasa menjadi perhatian mata yang memandangnya. Namun, di sebalik wajah yang sentiasa mengukir senyuman itu masih tetap menyimpan seribu satu kisah hidup yan penuh dugaan.

Aku menuruni tangga batu yang dihiasi batu marmar itu dan perlahan-lahan mendekati Ummi dan Anjang. Itulah panggilan yang selalu digunakan buat abangku yang seorang ini ketika di rumah. Mereka begitu asyik berbicara sehingga tidak menyedari kehadiran aku. Kedingin angin pagi itu telah menyelimuti tubuh aku. Namun, keharuman bunga-bunga di taman bunga mini itu benar-benar menyegarkan tubuh aku. Bunga-bunga itu amat disayangi Ummi dan semuanya ditanam sendiri oleh Walid.Aku memeluk Ummi dari belakang.

“Ana. Petang ni dah nak balik hostelkan? Tanya Ummi. Aku hanya tersenyum dan mengangguk.

“Lepas ni mesti senyap rumah ni sebab Si Murai dah balik hostel” bicara Anjang sambil meletakkan tangannya di atas kepalaku.

“Anjang!!! Sampai hati cakap macam tu dengan adik” aku mula merajuk dengan Anjang.

“Alahai, Tuan Puteri Nur Diana Yaakob ni memang cepat sangat merajuk. Sunyilah Anjang nanti bila adik tak ada” kata Anjang cuba memujuk aku.


“Jangan kau ingat aku nak izinkan kau pergi belajar kat luar negara tu, Hakim.” bentak Walid dengan kemarahan.

“Tapi Walid.....Apa salahnya Hakim belajar kat United Kingdom tu. Lagi pula bukan semua orang dapat tawaran untuk belajar kat sana dengan tajaan penuh.” bicara Anjang cuba memohon simpati Walid.

Keadaan menjadi semakin tegang di antara Walid dan Anjang. Namun, Anjang tetap tidak berputus asa untuk mempertahankan perjuangan hidupnya untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Dalam ketegangan itu, tiba-tiba Ummi cuba masuk campur bagi meredakan keadaan.

“Hakim, cuba ikutkan saja cakap Walid tu. Ummi pun kalau boleh tak nak Hakim belajar kat luar negara tu. Ummi tak nak Hakim jadi macam anak Mak Cik Nab, belajar jauh-jauh sampai New Zealand. Tapi balik jadi penagih dadah.”kata Ummi cuba menyokong Walid.

“Insyaallah Ummi. Hakim tak akan jadi macam tu. Ummi tolonglah izinkan Hakim belajar kat United Kingdom.”rayu Anjang berharap supaya Ummi dapat membantunya.

Namun, Ummi hanya menggelengkan kepala. Saat itu Anjang mengetahui bahawa harapannya telah hancur berkecai. Walaupun begitu, Anjang tidak hanya membiarkan masa depannya hancur musnah berkecai begitu sahaja. Tindakan yang aku kira sebagai tindakan yang berani telah dilakukan oleh Anjang apabila dia telah menghubungi pihak UKM untuk menyelesaikan masalah tersebut. Alhamdulillah, rezeki masih lagi menyebelahi Anjang. Anjang dapat melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan mekanikal di UKM.

Dunia Anjang yang baru bermula untuk memasuki alam dewasa telah dicoretkan dengan pelbagai warna kehidupan. Ketika di universiti Anjang mula kenal erti cinta yang membahagiakan dirinya. Cinta yang lahir daripada hati yang tulus itu telah membawa kepada perkenalannya dengan seorang gadis yang bernama Fateha. Gadis yang berdarah kacukan Bugis dan Jawa itu benar-benar telah menambat hati Anjang. Aku lebih selesa memanggilnya Kak Teha. Aku rasa selesa dengan kehadiran Kak Teha kerana dia benar-benar menyayangi aku sebagai adiknya.

Tetapi bahagia itu tak kekal lama. Saat kisah silam Kak Teha tersingkap, Ummi benar-benar tidak bersetuju dengan perhubungan yang telah terjalin. Semua ini hanya kerana Kak Teha suatu masa dahulu merupakan seorang “tomboy”. Namun, aku lihat Kak Teha benar-benar telah berubah setelah bertemu Anjang. Tiada lagi perwatakan seperti seorang lelaki padanya. Yang ada hanyalah seorang gadis yang ayu dan manis berbaju kurung kedah. Tentangan dari Ummi itu benar-benar telah meranapkan hati Anjang. Puas Kak Teha dan Anjang memujuk Ummi agar menerima perhubungan itu. Namun, pujukan itu hanya bagaikan mencurah air di atas daun keladi. Akhirnya, Anjang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Kak Teha kerana bagi Anjang tiada gunanya hubungan itu andainya tiada restu daripada Ummi.Hanya air mata yang menemani Kak Teha saat Anjang memberikan kata putus.

Kisah Anjang tidak hanya tamat di situ. Setelah satu tempoh yang agak lama untuk merawat jiwa yang terluka, Anjang berkenalan pula dengan seorang gadis dari kota metropolitan Kuala Lumpur yang bernama Kak Lynn. Kak Lynn berjaya membuka kembali pintu hati Anjang untuk bercinta setelah cinta pertamanya musnah sejak 5 tahun yang lalu. Kini usia Anjang telah menganjak ke usia 28 tahun.

Kak Lynn sememangnya merupakan seorang wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk. Kak Lynn memegang jawatan sebagai eksekutif pemasaran di Syarikat Mutiara Holding. Tidak dapat aku nafikan pada pengamatan aku, aku mendapati Kak Lynn merupakan seorang wanita yang memiliki cita rasa yang tinggi dalam hidupnya. Ini mungkin kerana pengaruh hidup yang dilalui ketika membesar di bandar metropolitan itu.

Kewujudan Kak Lynn dalam hidup Anjang tidak begitu disenangi oleh Ummi. Bagi Ummi, pastinya sukar untuk seorang wanita yang bekerjaya tinggi seperti Kak Lynn mampu menguruskan rumah tangganya dengan baik. Namun, mengenangkan kembali kata putus yang pernah diberikan oleh Anjang bahawa seandainya Ummi tidak menerima pilihan hatinya pada kali ini. Pastinya Anjang tidak akan berkahwin lagi untuk seumur hidup ini.

Akhirnya, Ummi terpaksa menerima perhubungan Kak Lynn dan Anjang walaupun tidak dengan sepenuh hati. Perhubungan Anjang dan Kak Lynn bermula dengan kehidupan yang bahagia seperti mana kebanyakan pengantin baru. Namun, segalanya mula berubah warna. Setelah beberapa ketika segala rahsia yang tersimpan mula tersingkap satu persatu. Hubungan yang diharapkan berkekalan sehingga ke akhir hayat, terputus di tengah jalan.

Setelah selesai Anjang menceritakan perasaan yang terbuku dihatinya, dia hanya termenung jauh sambil menarik nafas yang dalam. Mungkin Anjang cuba merawat kembali hatinya yang terluka secara perlahan-lahan. Walaupun wajah itu sentiasa mengukirkan senyuman. Namun, tiada siapa pun yang mengetahui apa yang tersimpan di sebalik tabir kehidupan.

“Ana, cepat sikit minum air kelapa tu. Nanti lambat pula sampai kampus” kata Anjang kepada aku yang sedang terleka.

“Baiklah bos...Adik dah siap dah ni” balas aku berseloroh pada Anjang. Sengaja aku buat begitu untuk menceriakan suasana yang sedikit suram sebentar tadi. Aku dan Anjang segera berlalu pergi dari warung Mak Peah dengan kereta Naza Kia yang berwarna hitam milik Anjang


Pada suatu pagi yang hening ketika aku dan Ummi duduk berbual di taman bunga mini kesayangan Ummi, Ummi meluahkan rasa hatinya yang tidak pernah diluahkan kepada sesiapa pun.

“Setiap kali Ummi lihat wajah Anjang, membuatkan Ummi rasa bersalah dan menyesal. Andai kata Ummi mampu untuk kembali ke masa silam, pasti Ummi akan izinkan Anjang untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Ummi juga akan izinkan Anjang untuk bersama dengan Kak Fateha. Tapi, Ummi tak mampu lakukannya” bicara Ummi dengan nada sedih yang bercampur sendu yang cuba disembunyikannya.

Aku mengimbau kembali pesanan Anjang pada aku yang tidak mungkin akan aku lupakan. ‘Jangan pernah sekali-kali melakukan sesuatu tanpa restu ibu bapa’. Mungkin itulah yang Anjang pegang sebagai prinsipnya dalam kehidupan ini. Bagi aku Anjang merupakan pangeran Ummi yang dekat di hati Ummi kerana Anjang tidak hanya mementingkan dirinya sendiri dalam setiap keputusan yang perlu dibuat dalam hidupnya.Itulah Anjag yang aku sayangi dan hormati.

2 comments:

  1. urm.. it's wonderful story.. tp bagi saya kalau ceritakan lagi kebaikn yg ada pada watak anjang- keperibadiannya yg bukan dari sudut pandangan ahli keluarga semat-mata. ceritakan dari aspek pandangan masyarakat.. and bg saya, selalunya org yg menyimpan janggut kemas and baik camni, mesti kuat pegangan agamanya. ceritakan lagi.. hehe.. saya x pndai sgt,tp ni yg saya rasa. tp, bagusla citer bertemakan keluarga ni..hehe..! keep it up kak!

    ReplyDelete
  2. yeah, thankz hamka...akak akan try untuk improve. yg da upcoming pun akak dh try wat byk perubahan...pening gak kepala akak nk wat da changes kan. but sometimes we need to.....kisah keluarga pun ok gak kalau di ketengahkan lagi pun berguna if org lain dapat pengajaran.

    ReplyDelete


You might also like:

Related Posts with Thumbnails