Friday, April 17, 2009

Pemergian Zahid.....

15/04/09 (8.30 mlm)
Waktu tue aku telefon mama....we have chat a lot.
Pasal adik-adik aku.
Pasal kerja mama hari-hari kat rumah...
Pasal abah...yang macam -macam lah halnya.
Dan benda yang paling aku tak jangka, pasal zahid masuk ICU.
Zahid.......
Teman sepermainan aku time kecik2 dlu. Jiran sebelah rumah aku. Kawan untuk adik-adik aku. Dari kecik sampailah ke besar aku kenal dia. Dia lagi muda dari aku. Sume adik beradik dia, umpama adik-beradik aku. Abg.long, Ibrahim ( Baeng), Jepah, Zahid, Irfad, Madiha....suma dah macam part of my life. Mama cakap dia dah koma time kt ICU coz kena jangkitan peparu. Aku tak boleh imagine macam mana dia yang aktif terbaring kat atas katil dalam keadaan tak sedar.
Esok pagi before g exam hall aku call mama. Rupanya Zahid dah tak ada. Allah s.w.t lagi sayangkan dia. Dia dah kembali ke rahmatullah. Aku tak tau nak cakap apa time tue. Apa yang aku tau. air mata aku juz mengalir jer. Sepanjang exam aku asyik teringatkan allahyarham Zahid. Setiap kali teringat aku mula rasa sebak. Entah berapa kali aku bacakan Yassin untuknya dari jauh. Hanya itu yang mampu aku lakukan. Sekurang-kurangnya aku tahu dia pergi dalam kedaan tenang sebab mama cakap Zahid nampak macam orang yang tengah tidur jer.
Mohd. Zahid Jamaluddin...Semoga Allah s.w.t mengampunkan setiap dosa yang kau lakukan sama ada sengaja atau pun tidak. semoga Allah menempatkan kamu di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga kubur mu menjadi perhentian yang indah menuju ke Syurga. Semoga Allah memudahkan urusan mu di alam barzakh.Semoga ayah dan ibumu tabah dan meredhai permergianmu. Amin ~ Nantikanlah kami di sana dengan ketenangan. Wahai adikku, teman dan sahabatku.

1 comment:

You might also like:

Related Posts with Thumbnails