Tuesday, February 23, 2010

Manfaat si BawAnG MeRah



Salam sejahtera buat penggemar cik bawang....ermm bawang apa ek? Mestilah bawang merah yang saya nak cerita nie. Lepas nie kalau siapa yang kerja asyik dok buang bawang why not sekarang anda makan jer bawang tu. Sedap kan??? Tau tak yang bawang merah nie ada banyak sangat khasiatnyer. Tapi jangan la makan banyak sangat sampai orang bercakap atau berjalan sebelah anda pun boleh berbau bawang...hheheehe =) melawak saja.


Berikut adalah antara khasiat si bawang merah:
  1. Beberapa kajian mengatakan bawang nie ada penawar kepada penyakit kanser hati kerana terdapat kandungan saponin di dalam nyer.


  2. Bawang merah nie mampu membuang toksin dari dalam badan. Jadi tak adalah kita semua dok kumpul toksin jer tiap-tiap hari.

  3. Buat pesakit-pesakit yang mengalami sakit jantung, strok dan penyakit yang berkaitan baiklah makan bawang merah nie dengan kadar yang berterusan. Bagusnya kerana bawang nie ada bahan anti-beku untuk darah supaya aliran darah dalam badan akan lebih lancar dan baik. Jadi kuranglah jumlah pesakit di hospital lepas nie.

  4. Buat sesiapa yang hendak mengekalkan fungsi otak supaya berada dalam keadaan yang baik lebih baik jangan asyik membuang si bawang merah kerana ia dapat menghindarkan penyakit nyanyuk terutamanya apabila usia telah meningkat.

  5. Wanita bergaya yang suka memakai kasut tumit tinggi juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Maka, bolehlah bergaya sambil menjaga kesihatan diri. Wanita lain pun sama juga yer..... tulang itu penting. Kalau tidak jadi sotong la kita semua.
  6. Tekanan darah tinggi sangat merbahaya namun dapat dikawal dengan si bawang merah. Hebatkan???

  7. Nak kekal muda? Makan bawang merah adalah cara termudah kerana di samping menyedapkan makanan yang dimakan. Ia juga dapat mengurangkan masalah kedutan. Muda bergayalah jadinya anda selepas ini.

PETUA DARI NENEK

SEMBELIT

  • Hancurkan bawang merah dan campurkan bersama madu. Lepas tu minum la. Insyaallah kalau diamalkan kuranglah masalah sembelit tu.

PERUT MASUK ANGIN

  • Perah bawang merah sehingga dapat jusnya dan campurkan bersama halba. Rebus dan campurkan bersama madu. Lepas tu minum la. Confirm angin keluar punya....tapi hati-hati pastikan angin anda tidak mengganggu orang lain.

Jadi, secara kesimpulannya janganlah buang si bawang merah kerana tanpa ia makanan kita mesti jadi tak sedap. Si Bawang yang comel ini merupakan bahan asas.... Betul tak?..... =) Salam sayang dari saya.

(P/s: Buat ibu-ibu yang ada anak-anak kecil yang tak suka makan bawang, buatlah macam mama saya yang blender jer bawang tu sampai hancur untuk digunakan buat memasak. So, anak-anak yang suka mengasingkan bawang nak tak nak pun kena makan juga sebab benda tu dah hancur. Mungkin juga diorang sendiri tak tahu dalam masakan tu ada bawang. hehehee......=) selamat mencuba)

HOUSEMATE WANTED IMMEDIATELY!!!

Salam dan selamat sejahtera buat tetamu yang berkunjung. Post pada kali ini adalah untuk membantu teman yang sedang mencari teman rumah sewanya. Post saya hari ini adalah berkaitan dengan permintaan teman rumah sewa dengan kadar yang segera. Kawasan rumah sewa tersebut adalah di kawasan Gong Badak, berhampiran Universiti Malaysia Terengganu.Jadi kepada sesiapa/pelajar UMT yang berminat untuk mendapatkan rumah sewa dengan kadar segera, mungkin maklumat ini mampu membantu. Berikut adalah kriteria yang diperlukan untuk menjadi ahli rumah tersebut.



Kriteria ahli rumah:



  1. Terbuka kepada perempuan sahaja
  2. Perlulah beragama Islam
  3. Memerlukan rumah sewa dengan kadar yang segera
  4. Hanya dua orang ahli rumah yang diperlukan


Kelebihan bagi lokasi rumah tersebut ialah:




  1. Berhampiran kawasan kampus UMT

  2. Berdekatan kedai-kedai makan

  3. Berdekatan kawasan kedai sewa kereta dan kedai runcit

  4. Berhampiran Siber Kafe Purple.




Untuk sebarang pertanyaan anda bolehlah berhubung dengan;



Nur Iadiah Mohd Saat : o17-2188905



Nurul Huda Abdul Rahman : 013-9970326

( p/s: saya akan cuba untuk muat naikkan lakaran lokasi rumah tersebut dengan kadar segera)---

Monday, February 22, 2010

FRESH fair: A Unique Photography Fair




Dear visitor,


Today I would like to post up 1 event that would be catch your interest. If you are interested in photography. The Lucie Foundation is excited to bring you the second installment of Fresh Fair, a unique photography fair with exhibition blending the represented and unpresented, an exclusive portfolio review with top photography experts and critical conversations through discussion with pivotal members of the photography community all taking place in April during the Month of Photography Los Angeles. They invite you to submit for consideration for the juried exhibiton component, or the juried portfolio review.Check out http://www.freshfairs.com/ for more information. Submission deadline in March 19, 2010.

Sunday, February 21, 2010

KUALA LUMPUR BOOK FAIR 2010




19/3/2010 - 28/3/2010

PUTRA WORLD TRADE CENTRE

KUALA LUMPUR MALAYSIA



Salam buat semua tetamu yang berkunjung. Sengaja saya selitkan sebahagian memo berkaitan aktiviti yang akan berlansung di ibu kota Kuala Lumpur dalam tempoh yang terdekat. Saya merasakan bahawa peluang ini tidak seharusnya dilepaskan kerana pada ketika ini merupakan waktu cuti sekolah dan merupakan antara aktivit yang bermanfaat dapat dilakukan bersama keluarga. Pelbagai aktiviti yang sangat bermanfaat turut dimuatkan sepanjang program ini berlansung. Selain daripada dapat memiliki pelbagai jenis buku, tetamu yang hadir juga pasti akan mempunyai pengalaman yang berharga berkaitan bahasa dan seni. Sebarang info boleh didapati di http://www.kualalumpurbookfair.com/ .
Saya juga berharap dapat menghadirkan diri ke program ini kerana ingin mendapatkan beberapa buah buku yang mungkin dapat menarik perhatian. =) " Banyak membaca umpama banyak pengalaman yang ditimba kerana setiap buku itu membawa persepsi dan dunianya yang tersendiri".



Hujan>>>>

Semenjak dua menjak nie dh mula hujan kembali.
Nak katakan musim tengkujuh rasa macam dah
habis dah. Barangkali ini adalah sisa peninggalan
tahun lalu agaknyer...

21/2/2010
Aku dah mula rasa malas kembali nak bergerak ke
makmal. Bila lah agaknyer segalanya nak berakhir
dan tamat di situ... Serasa hati aku hidup macam dah
jadi mayat bergerak jer. ='( Yela mana tak nyer,
tiap-tiap hari dok berulang dari makmal jer.
Jeles tau tengok orng lain dah dokrehat n just tulis thesis jer.
Aku lak still lagi terkedek-kedek ngan eksperimen yang
tak pernah sampai ke hujung.

( dalam kepala nie rasanya macam ada sesuatu yang hendak dijalankan tapi apa ek? Nantilah aku fikirkan dulu jap. Heheheeh =). Untuk yang tersayang doakan kesejahteraan saya yer...Amin)

You might also like:

Related Posts with Thumbnails