- Beberapa kajian mengatakan bawang nie ada penawar kepada penyakit kanser hati kerana terdapat kandungan saponin di dalam nyer.
- Bawang merah nie mampu membuang toksin dari dalam badan. Jadi tak adalah kita semua dok kumpul toksin jer tiap-tiap hari.
- Buat pesakit-pesakit yang mengalami sakit jantung, strok dan penyakit yang berkaitan baiklah makan bawang merah nie dengan kadar yang berterusan. Bagusnya kerana bawang nie ada bahan anti-beku untuk darah supaya aliran darah dalam badan akan lebih lancar dan baik. Jadi kuranglah jumlah pesakit di hospital lepas nie.
- Buat sesiapa yang hendak mengekalkan fungsi otak supaya berada dalam keadaan yang baik lebih baik jangan asyik membuang si bawang merah kerana ia dapat menghindarkan penyakit nyanyuk terutamanya apabila usia telah meningkat.
- Wanita bergaya yang suka memakai kasut tumit tinggi juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Maka, bolehlah bergaya sambil menjaga kesihatan diri. Wanita lain pun sama juga yer..... tulang itu penting. Kalau tidak jadi sotong la kita semua.
- Tekanan darah tinggi sangat merbahaya namun dapat dikawal dengan si bawang merah. Hebatkan???
- Nak kekal muda? Makan bawang merah adalah cara termudah kerana di samping menyedapkan makanan yang dimakan. Ia juga dapat mengurangkan masalah kedutan. Muda bergayalah jadinya anda selepas ini.
PETUA DARI NENEK
SEMBELIT
- Hancurkan bawang merah dan campurkan bersama madu. Lepas tu minum la. Insyaallah kalau diamalkan kuranglah masalah sembelit tu.
PERUT MASUK ANGIN
- Perah bawang merah sehingga dapat jusnya dan campurkan bersama halba. Rebus dan campurkan bersama madu. Lepas tu minum la. Confirm angin keluar punya....tapi hati-hati pastikan angin anda tidak mengganggu orang lain.
Jadi, secara kesimpulannya janganlah buang si bawang merah kerana tanpa ia makanan kita mesti jadi tak sedap. Si Bawang yang comel ini merupakan bahan asas.... Betul tak?..... =) Salam sayang dari saya.
(P/s: Buat ibu-ibu yang ada anak-anak kecil yang tak suka makan bawang, buatlah macam mama saya yang blender jer bawang tu sampai hancur untuk digunakan buat memasak. So, anak-anak yang suka mengasingkan bawang nak tak nak pun kena makan juga sebab benda tu dah hancur. Mungkin juga diorang sendiri tak tahu dalam masakan tu ada bawang. hehehee......=) selamat mencuba)
No comments:
Post a Comment