Tuesday, March 23, 2010

10 tiPs unTuk BerJaYa daLAm PerundinGan...=)

Location: Still at hustle bustle room =)
Event: Membelek2 karya penulisan Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof

Salam dan selamat sejahtera buat yang masih sudi bertandang ke blog saya nie. Selalooo sangat saya merapu tanpa hala tuju rasanyer. Tetiba malam nie saya terpanggil pula untuk berbicara tentang motivasi.....Hehehe, kita memang selaloonyer akan berunding. Berunding dengan boz, dengan bf/gf, ngan kawan2, musuh-musuh dan juga orang asing. Jadi menurut penulisan buku ini turut memuat 10 tips berunding daripada TeRRY bRaGs yang merupakan penulis buku 31 Days to High Self-Esteem

1. Anda bukanlah berunding dengan syarikat,jabatan, organisasi dan sebagainya. Tetapi anda berunding dengan manusia---jadi anda perlu mengambil kira kepentingan yang akan diperoleh oleh pihak yang satu lagi. Sebab setiap orang yang sentiasa ingin mendapat faedah.

2. Persepsi adalah realiti---manusia sentiasa membuat keputusan berdasarkan apa yang difikirkan sebagai benar. Jadi anda perlulah cuba untuk membina persepsi yang positif untuk pihak yang lain.

3. Sentiasa bersedia menarik diri daripada rundingan---kadang-kala terdapat sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan. Rundingan bukan beerti anda harus korbankan segala. Jadi anda perlulah membuat keputusan secara bijak. Bukan hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja.

4. Seandainya anda perlu memberikan komisen maka anda juga perlu mendapatkan komisen--- bila anda orang meminta sesuatu daripada anda maka anda perlulah meminta sesuatu sebagai balasan (barangkali tindakan ini adalah untuk mendapatkan suatu bentuk jaminan, kira main tarik tali la nie)

5. Jangan bertolak ansur dengan diri sendiri--- untuk penyataan ini saya pun x berapa nak faham. Tapi bunyinyer macam lebih kurang jangan menjadi pak sanggup. dengan erti kata lain jangan dedahkan diri kepada komitmen sebelum diberikan tawaran.

6. Kembangkan isu-isu dalam perundingan--- cari jalan untuk "menjual" sesuatu yang rendah nilainya pada anda tetapi tinggi nilainya untuk pihak lain.Sebagai balasan dapatkan sesuatu yang tinggi nilaiannya buat anda tetapi rendah nilainya buat pihak lain.

7. Jangan tamak--- penyakit tamak ini akan menjadi pembunuh kepada rundingan anda. Apa yang perlu untuk anda lakukan menumpukan kepada hubungan jangka panjang. Anda seharusnya membiarkan pihak yang satu lagi berasa bahawa mereka mendapat "lebih daripada perjanjian yang adil".

8. Elakkan perundingan yang bersifat konfrontasi--- Anda perlu mencari asas yang sama dengan pihak yang merunding supaya tidak berlaku bersekutu. Jadikan perundingan sebagai proses untuk mencari penyelesaian kepada masalah.

9. Berunding dengan kepentingan bukan jawatan--- Kenal pasti kepentingan dan keperluan yang sebenar di sebalik kedudukan dan lihat melalui pandangan orang lain untuk memenuhi keperluan tersebut.

10. Fahami prinsip kemerosotan nilai dalam perkhidmatan--- berundinglah berkaitan pampasan dan ganti rugi sebelum melaksanakan perjanjian anda kerana nilai perkhidmatan akan jatuhmendadak setelah anda melakukan perkhidmatan tersebut atau setelah anda menghantar barangan tersebut.

Jadi harap-harap tips ini akan berguna buat anda. Sekaligus berguna untuk saya almaklumlah dalam hidup ini kita sentiasa perlu berunding dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL........=)

No comments:

Post a Comment


You might also like:

Related Posts with Thumbnails