Friday, May 21, 2010

Dia sememangnya seorang KASANOVA!!!!

21 Mei 2010

Duduk di CC yang aku panggil CC Melaka......walaupun berada di Terengganu. Selepas macam nak patah pinggang menyelesaikan Projek Tahun Akhir 2010 nie. Hari ni dalam erti kata lain aku berlibur sebentar iaitu berhibur. Mencari ruang untuk membuang isi dalam kepala otak aku ini....

Kembali kepada cerita seperti tajuk di atas. Dia ( tidak perlu untuk aku sebut namanya) adalah seorang kasanova yang cukup berjaya.....kekasih hatinya sentiasa sahaja berubah. Seminit yang lalu dia mengatakan betapa istimewanya kamu di mata dan hatinya....seminit yang kemudian dia akan membicarakan ayat yang sama kepada wanita lain.....Mungkin kerana dia sering dipuji kerana kekacakan rupa parasnya, kepandaian dalam pelajaran dan kejayaan dalam kehidupan membuat semua wanita menjadi buta terhadap keikhlasan dan ketulusan hatinya... Oleh itu para wanita yang berakal jangan lah mudah untuk terpedaya dengan bicara si buaya darat, buaya tembaga, ular lidah bercabang atau apa sahaja panggilan yang sesuai untuk menggambarkan keadaannya.....

Bukan ingin menunding jari dan menjatuhkan hukuman kepada setiap manusia yang bernama kaum Adam kerana bukan semuanya bersifat sedemikian. Tetapi selaku wanita nilai lah dengan sebaik mungkin insan yang akan kamu serahkan hidupmu kepadanya. Kamu bukan hanya menyerahkan hidup kamu untuk sehari,seminggu, atau sebulan. Sebaliknya kamu menyerahkan hidup kamu sehingga ke akhir hayat. Jadi pastikan kamu membuat pilihan yang terbaik dalam hidup kamu.

Sedangkan insan yang telah mendirikan rumah tangga juga mampu hancur berderai. Apatah lagi hubungan yang masih dalam permulaan. Mungkin segalanya manis pada mulanya tetapi kita tidak dapat menjangka apa yang akan terjadi pada akhirnya. Tidak penting dari mana kita bermula tetapi di mana kita akan berakhir dalam suatu perjalanan itu. Makan selaku manusia,insan dan wanita yang dikurniakan akal oleh Allah s.w.t gunakan lah akal kamu sebaik mungkin. Jangan dipengaruhi oleh kata hati. Binalah hidup kamu dengan berhemat. Sedialah persediaan yang sewajarnya seandainya berlaku  sesuatu yang tidak mungkin kita inginkan. Bukanlah mendoakan kebinasaan diri tetapi sekurangnya kita punya tempat bergantung dan bertahan saat dilanda ombak kehidupan.... Maka hiduplah dengan bahagia..=) Amin.

1 comment:

  1. TQ for the pesanan.. kita sebagai perempuan memang kena sentiasa pasal ni.. susah nak cari lelaki yang betul2 jujur.. kena sentiasa beringat

    ReplyDelete


You might also like:

Related Posts with Thumbnails