Sunday, October 24, 2010

Aku Menangis.....

24/10/2010



Salam semua malam yang dingin menjadi semakin dingin dengan tiupan angin malam. Semua mata telah pun lelap. Tapi hanya aku sahaja yang masih setia berjaga kerana otakku seperti tak mahu tidur. Siapa yang menonton cerita Taubat Nasuha untuk mencalonan anugerah skrin hari ni. Ok....cerita tu memang sangat sedih....kerana kita hanya menghargai Sesorang setelah insan tersebut diambil kembali kepada Yang Maha Pencipta. Tapi itulah sifat manusi="annas" adalah sentiasa pelupa.



Oleh kerana sifat Allah s.w.t itu sendiri yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun maka disediakan satu pintu untuk hambaNya kembali semula kepada kepadanya iaitu pintu taubat.. Aku sendiri berkira-kira berapa banyakkah dosa aku pada Allah s.w.t di tambah lagi dosa pada manusia. Adakah diri ini telah benar-benar bersedia untuk kembali kepadanya? Aku sendiri masih tak pasti.



No comments:

Post a Comment


You might also like:

Related Posts with Thumbnails