Manusia selalu cemburu melihat kebahagiaan insan lain.
Tapi adakah wajar untuk dia memusnahkan kabahagiaan itu.
Apakah hak dia untuk mencabut kebahagiaan.
Kerana semua sesuatu itu datangnya dari yang SATU.
Fitrah manusia saat mula mengalami kejatuhan.
Saat itulah kesalahan mula dijatuhkan kepada insan lain.
Satu jari kearah yang lain maka empat kembali kepadanya.
Maka haruskah itu yang terjadi.
Insan cerdik pandai sentiasa berkata andai telah memutuskan sesuatu.
Maka teruskan berjalan ke hadapan tanpa menoleh.
Namun, menolehlah untuk seketika.
Mungkin ada sesuatu yang menanti atau sekadar mencari pengajaran di situ.
Walau apa pun yang menanti di hadapan.
Pastikan segala yang dilakukan haruslah mengikut kewajaran fikiran dan fitrah.
Jangan pernah meletakkan emosi tanpa kewarasan.
Kerana kepincangan hanya mengundangkan kemusnahan sesuatu.
Maka aku harus terus melakukan apa yang wajar untuk dilakukan dengan pengalaman menjadi guru terbaik
No comments:
Post a Comment