Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Tuesday, October 17, 2017

pengalaman di pesta INVEST SMART 13-15 Oktober 2017

Baru-baru ini, Cik Cikyn baru sahaja menghadiri pesta INVEST SMART yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Hall 5, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) dari 13 - 15 Oktober 2017. Bagi sesiapa yang terlibat dengan perlaburan saham-saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) mesti sangat mengenali nama-nama yang Cik Cikyn sebutkan tadi.

Buat sesiapa yang berminat untuk mula berjinak-jinak dengan dunia pelaburan kewangan,Cik Cikyn  nasihat anda untuk menghadiri event seperti ini bagi menambah ilmu dan membuka minda kepada satu bentuk dimensi baru pula. Ada pelbagai program yang pihak penganjur adakan bagi program selama 3 hari ni;

1) Seminar
2) Perkongsian 
3) Pameran dari pelbagai institusi kewangan - bank, unit trust, kementerian, etc..(banyak sangat sampai ada yang Cik Cikyn tak familiar pun ada)
4) Cabutan bertuah
5) Larian
6) Pelbagai lagi

Ini rupa kad pelawat Cik Cikyn yang panas diprint dari "oven" kiosk sewaktu pendaftaran 

Beginilah rupa stage untuk speaker-speaker jemputan. 

Ketiga-tiga hari ni penyertaan memang ramailah. Rasa mcam tersesat sekejap dalam lautan manusia. Mostly dari pemerhatian Cik Cikyn penyertaan adalah dari bangsa Cina dan ikuti oleh India dan Melayu. Maka oleh itu, marilah kita bersama-sama meningkatkan ilmu pelaburan kita pada tahap yang lebih tinggi lagi. #duniapelaburanuntuksemua =)

Mr Mahadzir Othman
(Director, Securities Market, Bursa Malaysia)

Pembentangan Mr Mahadzir ni simple jer...tapi menarik sebab dia introduce untuk produk yang ada dalam pasaran pelaburan BSKL. Memang sesuai untuk yang baru berjinak-jinak. Bahagian yang paling best adalah bersama Mr. Nazarry, pembentangan ini ada la beberapa gambaran perkembangan pasaran sepanjang tahun 2017. Kalau siapa yang perasan adalah few hint yang dapat kat situ. =) sengih jer la sensorang. Okay mata Cik Cikyn dah nak shutdown XOXO korang semua.

Buat sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah melawati website INVEST SMART  dan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Mr Nazarry Rosli
(Panel of Technical Advisory Board in MATA)

Thursday, January 19, 2012

MeMoiR as Msc 2010/2011 (1)

Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidup ni . Sama ada suka atau duka. Segalanya telah tercipta hanya demi mencipta seorang manusia yang penuh dengan perasaan. Bukan robot..... =)

PROJEK MENILAI TAMAN BOTANI~~~~wahhh sgt kaya

Illegal plucking for da bunga "kenanga"

~proses men"curi"~
YEAHHHH

~mam at Noodle Station~
lapow pas wat keje 
me & along both orange

~their story with sunset~ 
romantikusss

~me n ummu.....romantika semusim~

~me & along......we hv mohabbatein moment together~

~US~
Kenangan terindah musim luruh..cewahhhhhhhhh
-Berkenalan>>bergembira>>bergaduh>>bermaafan.....with no ending-


PROGRAM BELI CARPET AKMAL

~Akmal,Ummu, me, Along, Paan~
Memang sangat enjoy nk beli carpet. Memula untuk Akmal. Then, setiap sorang beli satu =)
MIsss you guy..

~posing lagi ngn dema 2-


~pas cari carpet...g mam McD~
Munching....yurmmmyurmmmyurmm


DA rest of da Memory COntinue in Next Chapter....Daaaaa =)





Thursday, July 29, 2010

ConVoCaTiOn DaYz..... 25/7/2010

Masa semakin berlalu tanpa aku sedar. Walau aku tak merelakan masa itu untuk pergi, ia tetap akan pergi tanpa menoleh kembali kepada aku. Apa yang tersimpan oleh aku kini hanyalah kenangan terindah bersama mereka....Mungkin pada masa hadapan akan sukar bertemu kembali.

Majlis Konvokesyen Kali -8 UMT sesi 2 bermula pada 2.30 petang. Paling penting pada pukul 1.30 ptg tu semua graduan perlu berkumpul di laluan gajah menyusur....aish betul ker tak aku panggil nama benda alah ni. Geng 8 serangkai memang tak cukup tangan dah nak bersiap-siap. Ok.....masa untuk menggelabah yer kawan-kawan.... mana lagi nak make-up...nak kejar solat zohor lagi. Rasa nak tercabut kaki aku nie... Jantung tak payah cakap la B-dump....Bdump....B-dump .....


with mama & abah
(nasib baik dua-dua pakai sedondon jer)


Gembira terlebih sikit..... =) ~~~ senyum


with aunt & angah (blue)


Askar-askar wataniah yang nak pergi berperang


adil wat pose pelik...acehhhh~~~


Geng 8 serangkai
(dari kiri: Jaja,cimoy,me,tie,juju,yaya,rere & dada)


Da Catz...... revolution of new group
(from left: ag,cimoy,juju,tie,zaza & me)

with Mr. Zaki
(Zaki lewat graduate sehari~~~~gheee...if not bole bergaya jubah sama =p)
neway thankz for instant pic

GOOD LUCK TO ALL MY BELOVED FRIENDS.....=P

Monday, June 21, 2010

SaLam PAntai ke Pantai

17/6/2010
Salam semua. Hari ni bru jer pulang dari kampung halaman ayahanda. Ok....byk benda nak cakap sebenarnya tapi kepala semacam dah mereng jer. Almaklumlah perjalanan masa yang agak lama (bukan lama tapi memang lama).......tapi aku nie jadi penumpang lelap jer....almaklumlah tak bape layak untuk drive sejauh alam. Ok..apa yang pasti kat kampung memang sangat kecoh sebab ramai sangat sepupu sepapat aku yang masih lagi di gelar budak kecik. Jadi kiranya aku ni kategori budak besar la kan?? memang pun umur pun dah nak masuk 22 bulan 8 ni...YEYEYE....boleh claim hadiah...!!! ( mengada macam budak kecik jer c-kyn)....

Duduk kat kampung tu 4 hari 3 malam jer.. ayat paling serasi dengan abah kalau masa kitaorang malas nak balik kampung (" balik la selagi nenek ngan atuk masih ada... nanti kalau masa nenek dan atuk dah tak ada baru nak balik dah tak ada guna")--------ok, insaf sekejap dengan ayat abah tu..hehehehe.. tapi balik jer kampung..nanti abah majuk siapa nak pujuk. Mestilah mama yang kena pujuk.hahaah (sorry mama, abah).

Untuk 4 hari tu aku menjadi kejap la orang gaji kampung sekejap...sebab tak ada orang lain yang nak wat keje rumah tu....Acehhhhh..jadi kampung girl kejap... Basuh pinggan kat tepi kolah..tak layan la sinki nie. Masak sup guna dapur kayu api... dapur gas nie campak tepi kejap. Memang mahsyuk...sebab aku pun dah jadi macam bau kambing belaan Pak Long aku tu.

Hari pertama rehat dulu sebab kenduri akikah anak Su. (penat beb baru sampai). Hari kedua kita masak laksam---jadi asistant tak bertauliah untuk Su. Ok, hari ketiga, kita duduk atas lantai bersama-sama dan mengupas ubi kayu, menghirisnya hingga nipis untuk dibuat ubi...(memang mau patah pinggang mak cik ni oiiii)....thankz to Amalina dan Iedin coz meminjamkan tangan pada kakak yerrr...Petang pergi rumah Mak Long makan Laksam dan Laksa Penang..memang tahap sengkak gak la perut eden...(nak jaga hati Mak Long hahahahaha..habis semua aku balun).... Bahagian yang paling best 2 malam yang terakhir..elektrik memang cemburu sebab tak nak memunculkan diri sampai pukul 11 malam.....sengal betul la.... Lepas tu abah pun merayu-rayu lah kat Pak Cik TNB tu supaya baiki cepat sikit------"Encik kami nak tengok football la". Hahahaaaa....mana ada abah nak merayu, tapi nasib baiklah budak-budak ni dapat la tengok football diorang tu....

You might also like:

Related Posts with Thumbnails