Tuesday, December 20, 2016

Mari Buat Senarai Misi 2017!

Okay korang pada saat, ketiak, ketika dan detik Cik Cikyn sedang menulis artikel ini kita ada masa lagi 16 hari menuju tahun 2017. Kalau tak percaya boleh tengok kalendar masing-masing. Okay setiap tahun ritual yang tidak akan pernah berubah adalah "AZAM TAHUN BARU"...Hahahahah korang jangan nak ngelat. Mengaku jer la yang korang pun buat benda yang sama. Trust me. I am not exluded from the list.

Azam yang paling glamour:

1) Nak kurus
2) Nak kaya 
3) Nak cantik/hensom
4) Nak kawin
5) Nak melancong satu dunia
6) etc

Kalau tulis begini memang sampai dunia padam pun impian korang hanya akan tinggal impian

Nampak tak apa problemnya disitu???
Nampak tak?

Okay jom Cik Cikyn bagitau. Pertama sekali pi amik pen dan kertas. Impian yang dibayangkan tanpa ditulis biasanya tak akan menjadi nyata.Sebab perbuatan kita tu akan mendorong kepada proses menjadi bayangan tersebut sebagai satu realiti. Then kalau korang nk tulis bayangan impian itu biarkan adalah spesifik dan realistik

Contoh

**melancong satu dunia >>>>>> melancong ke (pilih negara yang bersesuai dengan kemampuan dan kewangan anda) pada (masa yang dijangka--mungkin musim bunga)...seperti melancong ke jepun pada musim bunga.... tapi jangan lupa teruskan diri untuk buat persiapan dari segala segi tau...jangan main tulis ja

Tulis atas kertas yang comel tu cantik-cantik dan tampalkan pada kawasan yang korang boleh sentiasa tengok. Mungkin di meja solek atau depan almari. Dan jangan lupa tampal sekali gambar-gambar yang bole inspired berkaitan dengan impian korang tu.


"Apa yang kita fikir, niat, cakap dan buat adalah satu doa"
Pesan dari Cikgu Cik Cikyn


Cik Cikyn pun ada MISI IMPIAN 2017. Nanti minggu depan Cik Cikyn akan update impian Cik Cikyn. Stay tune.......... =)


XOXO 
Cik Cikyn 2016

No comments:

Post a Comment

You might also like:

Related Posts with Thumbnails