Sunday, October 31, 2010

Kisah Hari Pertama Baby-sitter

Ok......sebenarnya cerita ni berlaku sejak 3 hari yang lalu. Jangan berfikir kerja baby-sitter = bayi-duduk  nie senang walaupun dia hanya duduk dengan baby ok.

28/10/2010

Pagi tu baru terasa nak habiskan penulisan novel Dania Insyirah Bab ke-12.  Ada ke orang bangun-bangun pagi dah mula fikir nak tulis novel ( terasa macam sengal la pula) T_T. Tak mengapa kita teruskan projek yang telah dirancang dalam pemikiran......Jam 8.30 pagi. Tiba-tiba telefon berbunyi...Apa panggilan untuk aku???? Nampaknya pukul 11.00pagi ni dah ada kerja baru. Tahu tak kerja apa? Kerja babysitter kat nursery la.

Sesampai di sana semua bebudak tu dah duduk menunggu kat depan pintu macam banduan yang nak larikan diri. Heeheheehe....well, memula memang terasa cam comel sangat. Maka aku pun masuk ke dalam nursery tersebut dengan muka yang bahagia. 30 minit pertama berlalu dengan sempurna. Masuk 30 minit ke-2, dah ada baby yang start menangis, ada yang bergaduh dan ada yang nak pergi toilet....

Kejap....kejap....kejap.....
CIKGU.........Haikal pukul Hawa. Lepas tu, waaaaaa.....Ziqa pula menangis (aku pun terasa cam nak nangis gak) =seksa beb. Tragedi tersebut berlansung dari jam 12.00pm sampai 5.30pm sebab lepas tu seorang demi seorang dari mereka akan balik. Jam 7.00 malam aku pun pulang ke rumah naik motor antik abah tu. Scary gak lalu jalan depan kubur tu sensorang...hehhee. Nasib tak ada yang menumpang.

Malam tu lepas aku sampai jer rumah.....terus g makan dan siap-siap solat maghrib & isyak'. Dalam pukul 8.30 pm aku terus tumbang cam kayu balak yang kena tebang. Serius memang penat giler sebab kena jaga 7 baby + budak-budak yang besar sikit + budak-budak tadika. Kalau jaga anak sendiri pun aku rasa tak akan sedahsyat ini. =) Keesokan hari memang sengal-sengal la satu badan aku.  Ada juga terfikir tak nak kerja kat situ dah. Tapi aku cabar diri sendiri....why not just giving try for one month boleh gak amik pengalaman dulu.

p/s: Insyaallah.....If ada peluang nanti aku akan uploadkan pic-pic student aku yang comey-comey tu. Especially... Zharif, Ajmal, Ziqa, Aisyah, Madi, Batrisya, Husna & Airina....

Byebye........cikgu nak gi rehat dulu....esok cikgu ada shift pagi.

No comments:

Post a Comment

You might also like:

Related Posts with Thumbnails