Friday, November 24, 2017

My dearest OPENG R.I.P

Bulan ni kalau masuk 21 nov 2017 genap umur Openg 8 bulan. Kalau Gebu ada pun mesti diorng sama jer saiz. Coz sama emak kan. By the way, semoga tenang di sana Openg...dua malam jer Openg sakit dan hari ni Openg dah tak ada dengan Cikyn. Sedih sangat, but i knew she suffer3d so much. Doktor diagnosis maybe dry FIP or Parvo virus. Since body dia dah lemah sangat dan dia dah tak boleh tahan.
Petang tadi baru amik body Openg yang dah tak bernyawa dari vet. Dia mati while badan dia curle...mesti dia tahan sakit sangat...sobsobbbb. I m gonna miss u so much Openg....budak kecik ni la yang Cik Cikyn cari tiap2 malam before tidur sebab nak ajak main....now she s not in this world anymore.....😭😭😭 sekarang jasad hitam kecik tu tanam kt sebelah bilik ....i missed her already.😭😭😭🐱🐱
Openg dalam tangki oksigen klinik vet

Budak Openg yang sangat nakal. See you there my dear.
~cakap dengan Allah s.w.t yang Openg nak duduk dengan ayong sesama dalam syurga okay😭~

Wednesday, October 25, 2017

Memori di International Conference SCCP 2017

Hi Assalammualaikum.....
Cik Cikyn cuma nak throwback kembali kenangan waktu event SCCP 2017 di Menara YBR awal Oktober 2017. Waktu tu Cik Cikyn cuma jadi bidan terjun jer untuk membantu kerja pengacara majlis. Itu pun lepas balik dari kursus peribadi di Shah Alam....redah KL waktu malam sangatlah mencabar rasa macam nak menangis pun ada....siap GPS signal asyik hilang jer. Mata dah la rabun, maka tawakal sajalah Cik Cikyn malam tu...dari jam 6.30 petang pukul 10 malam barulah Cik Cikyn sampai hotel Ascot yang dimaksudkan. Padahal dah nangis sampai maskara semua dah cair. Rupa pun dah macam panda dah  malam tu. But Alhamdulillah, finally sampai dengan selamat...😎😎 Lets check it out pic throwback Cik Cikyn pada hari kejadian....hahahahah

Hidup yang penuh impian II (Strategi Memburu Impian)

Nama tajuk pun memburu impian....maka untuk post kali ni Cik Cikyn akan membimbing anda semua untuk mencapai impian anda. "There is not too late to achieve you dream". Masih ingat lagi post yang Cik Cikyn tulis pada beberapa hari yang lalu (Hidup yang penuh berimpian I)  Tak kisah la anda semua ni masuk kategori umur berapa pun. 20...30...40...50..60... Hatta 80 dan 90 tahun sekali pun masih belum terlambat. Sebab hidup yang berimpian adalah lebih bermakna berbanding hanya mengikut arus dan membiarkan segalanya tertanam sepi di balik mimpi yang hanya menjadi angan-angan kosong.

Pertama sekali Cik Cikyn mengarahkan meminta anda semua untuk mengambil sehelai kertas putih bersih tanpa sebarang noda bersama sebatang pensil 2B Steadler... Kalau tak ada pensil,  pen pun boleh la...... Tuliskan semua IMPIAN dan PERKARA yang anda ingin lakukan dalam hidup anda, dari sebesar-besar perkara hingga kepada sekecil-kecil impian.

Kenapa Cik Cikyn suruh anda tulis tangan bukan taip dalam komputer????

Mengikut satu kajian saintifik yang dilakukan oleh saintis, menunjukkan apabila anda menulis setiap impian anda akan membuatkan lebih banyak neuron otak yang akan bekerja berbanding menaip di dalam komputer. Di samping itu, hampir semua deria anda akan terlibat sama. Jika anda hanya bayangkan sahaja di dalam otak anda, maka akan hanya sekadar menjadi angan-angan MAT JENIN. MAKA.....TULISKAN sahaja semua IMPIAN anda. Di bahagian hujung post ini nanti Cik Cikyn akan berikan contoh perkara dan impian yang Cik Cikyn inginkan dalam hidup ini.

Source: The Answer by Allan & Barbara Pease

Inilah antara wishlist bucket Cik Cikyn, panjang lagi sebenarnya =)
Mohon abaikan sahaja tulisan yang macam budak sekolah rendah tu

Salah seorang dari guru Cik Cikyn pernah cakap

"Segala apa yang kita NIAT, CAKAP, FIKIR & BUAT, semua itu adalah suatu DOA" maka doakanlah yang baik-baik sahaja. =)


                     


Tuesday, October 17, 2017

pengalaman di pesta INVEST SMART 13-15 Oktober 2017

Baru-baru ini, Cik Cikyn baru sahaja menghadiri pesta INVEST SMART yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Hall 5, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) dari 13 - 15 Oktober 2017. Bagi sesiapa yang terlibat dengan perlaburan saham-saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) mesti sangat mengenali nama-nama yang Cik Cikyn sebutkan tadi.

Buat sesiapa yang berminat untuk mula berjinak-jinak dengan dunia pelaburan kewangan,Cik Cikyn  nasihat anda untuk menghadiri event seperti ini bagi menambah ilmu dan membuka minda kepada satu bentuk dimensi baru pula. Ada pelbagai program yang pihak penganjur adakan bagi program selama 3 hari ni;

1) Seminar
2) Perkongsian 
3) Pameran dari pelbagai institusi kewangan - bank, unit trust, kementerian, etc..(banyak sangat sampai ada yang Cik Cikyn tak familiar pun ada)
4) Cabutan bertuah
5) Larian
6) Pelbagai lagi

Ini rupa kad pelawat Cik Cikyn yang panas diprint dari "oven" kiosk sewaktu pendaftaran 

Beginilah rupa stage untuk speaker-speaker jemputan. 

Ketiga-tiga hari ni penyertaan memang ramailah. Rasa mcam tersesat sekejap dalam lautan manusia. Mostly dari pemerhatian Cik Cikyn penyertaan adalah dari bangsa Cina dan ikuti oleh India dan Melayu. Maka oleh itu, marilah kita bersama-sama meningkatkan ilmu pelaburan kita pada tahap yang lebih tinggi lagi. #duniapelaburanuntuksemua =)

Mr Mahadzir Othman
(Director, Securities Market, Bursa Malaysia)

Pembentangan Mr Mahadzir ni simple jer...tapi menarik sebab dia introduce untuk produk yang ada dalam pasaran pelaburan BSKL. Memang sesuai untuk yang baru berjinak-jinak. Bahagian yang paling best adalah bersama Mr. Nazarry, pembentangan ini ada la beberapa gambaran perkembangan pasaran sepanjang tahun 2017. Kalau siapa yang perasan adalah few hint yang dapat kat situ. =) sengih jer la sensorang. Okay mata Cik Cikyn dah nak shutdown XOXO korang semua.

Buat sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah melawati website INVEST SMART  dan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Mr Nazarry Rosli
(Panel of Technical Advisory Board in MATA)

Friday, September 29, 2017

Hidup yang penuh dengan impian I

Kite sebagai individu perlu memberikan tumpuan kepada "life we want" bukan pada "how to live". Kebanyakkan individu yang hanya berada pada tahap yang "average" seperti individu lain kebiasaannya hanya menghabiskan masa mereka dengan memikirkan apa dan bagaimana yang perlu dilakukan bagi mencapai sesuatu?? Walau pada hakikatnya memahami apa yang kita inginkan itu jauh lebih penting kerana apabila kita telah tekad untuk melakukan sesuatu, maka badan dan minda kita akan secara sendirinya mula bergerak menuju untuk mencapai impian tersebut. 

Nota: Cik Cikyn baru baca dalam sebuah buku ni yang memang superb and totally recommended untuk anda semua baca. Tapi Cik Cikyn akan share dalamm post yang akan datang ya !! =)😆


You might also like:

Related Posts with Thumbnails