Saturday, March 27, 2010

RM20.....verY ValueabLe

Date: 27/03/2010
Location: Surau FST
Hari nie kena buat staining untuk cancer cell. Maklumlah nak tengok apoptosis reaction. Credit for Abg. Luqman for helping us for the whole staining process. Tetapi ini bukanlah tajuk cerita utama. Meh..datang dekat..rapat222.. Saya na citer satu citer yang saya tengok..Bacalah dialog di bawah ni:

(Pada pukul 1 pagi. Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun sedang leka duduk di ruang tamu dan menuggu ayahnya pulang dari tempat kerja. Tiba-tiba salam telah diberi oleh ayahnya yang baru sahaja pulang)

anak
: yey....ayah dah pulang. (segera mencapai briefcase ayahnya dengan niat untuk membantu)
ayah: tak tidur lagi ker Irman.
anak: belum ayah. Irman tunggu ayah. Ayah....Irman nak tanya sesuatu boleh tak?
ayah: apa dia?
anak: ayah berapa gaji ayah untuk sejam?
ayah: kenapa Irman nak tahu pasal gaji ayah. Bukan penting pun untuk Irman. (ayah merasakan sesuatu yang pelik)
anak: bagitau lah ayah. Irman cuma nak tahu jer.
ayah: RM 20 sejam.
anak: owh....kalau macam tu boleh tak Irman nak pinjam RM10 dari ayah.
ayah: Irman nak buat apa dengan duit banyak tu?
anak: boleh la ayah....
ayah: jangan mengada-ngada. Irman pergi tidur jer.

(Irman berlalu dengan muka yang sedih sambil mengucapkan salam kepada ayahnya dan masuk ke bilik tidur. ayah merasa bersalah, barangkali anaknya benar-benar memerlukan duit untuk sekolah)

ayah
: Irman tak tidur lagi ker
anak: belum ayah (dalam nada dan rupa yang sedih)
ayah: Nah...ambil nie RM10.
anak: terima kasih ayah. (segera diangkat bantalnya. dibawah bantal terdapat RM10 yang sudah sedikit renyuk)
ayah: tu , Irman dah ada RM10 kenapa nak minta duit lagi.
anak: itu duit yang Irman kumpul dari duit yang ayah bagi hari-hari untuk belanja sekolah.
ayah: habis tu.. Irman nak buat apa duit banyak-banyak ni.
anak: Ambil la duit nie ayah. (menghulurkan duit tersebut kepada ayahnya. Terdapat air jernih yang bertakung di tubir matanya). Irman cuma nak PINJAM masa sejam dari masa ayah kerja sebab Irman rindu nak makan malanm dengan ayah.

(ayah telah kehilangan kata-kata dan terkedu. Hatinya bagaikan disentap. Rupa-rupanya dalam kesungguhan dia bekerja mencari rezeki sebenarnya anaknya begitu rindukan dirinya dan kasih sayangnya)

ayah
: Maafkan ayah Irman.
anak: Irman sayang ayah
(mereka berpelukan dalam suasana yang yang hangat bagi meleburkan kerinduan anak dan ayah)

Friday, March 26, 2010

Sahabat Lama =)

Salam buat teman dan pelawat yang hadir.


Entri kali nie membuatkan saya teringat kepada persoalan orang "kenapa agaknya kite tidak pernah gunakan istilah bekas kepada sahabat? Tapi kita sering menggunakan istilah ini untuk bekas suami, bekas teman lelaki, bekas tunang,..."


Jawapan kepada persoalan yang bermain ini adalah sahabat itu adalah teman kita untuk selama-lamanya. Dari sahabat kita belajar kenal erti bahagia, dari sahabat kita belajar erti kasih-sayang dan dari sahabat juga kita belajar erti kehidupa. Macam-macam benda yang kita boleh belajar daripada seorang manusia yang bernama sahabat.....sayang, rindu, kesetiaan, kebencian, pengkhianatan dan perhubungan.

Sejak mulanya kita lahir kita telah mula belajar untuk mencari sahabat (Yela, sebab dari kecik lagi kita dah mula cuba senyum-senyum kat orang lain supaya ada orang nak berkawan dengan kita). Ada manusia yang masih mencari sahabat sejati dalam hidupnya. Ada yang telah bertemu tetapi tidak tahu menghargainya...Namun, insan yang benar-benar beruntung ialah insan yang telah bertemu sahabat sejatinya dan menghargai shaabat itu selagi yang termampu.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan rasa kasih sayang dan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang dikasihi..... =)

p/s: sahabat sejati adalah yang akan menemani kita saat kita ditinggalkan oleh teman lelaki yang dicintai (kononnya!!!...hehehe). Sahabat inilah yang akan memberikan kata semangat dengan berkata 'jangan risau. aku tahu kau kuat dan kau boleh hidup tanpa lelaki tu. sebab ada ramai lagi lelaki yang lebih baik dan budiman atas muka bumi ni selain dia.'

Thursday, March 25, 2010

mY fiRst aRt Workzz.... =_

Date: 25/3/2010
Location: Biotechnology Laboratory

Note: Only want to share some memorial picture with everyone... =)
Enjoy this picture
Posted by Picasa

Tuesday, March 23, 2010

10 tiPs unTuk BerJaYa daLAm PerundinGan...=)

Location: Still at hustle bustle room =)
Event: Membelek2 karya penulisan Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof

Salam dan selamat sejahtera buat yang masih sudi bertandang ke blog saya nie. Selalooo sangat saya merapu tanpa hala tuju rasanyer. Tetiba malam nie saya terpanggil pula untuk berbicara tentang motivasi.....Hehehe, kita memang selaloonyer akan berunding. Berunding dengan boz, dengan bf/gf, ngan kawan2, musuh-musuh dan juga orang asing. Jadi menurut penulisan buku ini turut memuat 10 tips berunding daripada TeRRY bRaGs yang merupakan penulis buku 31 Days to High Self-Esteem

1. Anda bukanlah berunding dengan syarikat,jabatan, organisasi dan sebagainya. Tetapi anda berunding dengan manusia---jadi anda perlu mengambil kira kepentingan yang akan diperoleh oleh pihak yang satu lagi. Sebab setiap orang yang sentiasa ingin mendapat faedah.

2. Persepsi adalah realiti---manusia sentiasa membuat keputusan berdasarkan apa yang difikirkan sebagai benar. Jadi anda perlulah cuba untuk membina persepsi yang positif untuk pihak yang lain.

3. Sentiasa bersedia menarik diri daripada rundingan---kadang-kala terdapat sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan. Rundingan bukan beerti anda harus korbankan segala. Jadi anda perlulah membuat keputusan secara bijak. Bukan hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja.

4. Seandainya anda perlu memberikan komisen maka anda juga perlu mendapatkan komisen--- bila anda orang meminta sesuatu daripada anda maka anda perlulah meminta sesuatu sebagai balasan (barangkali tindakan ini adalah untuk mendapatkan suatu bentuk jaminan, kira main tarik tali la nie)

5. Jangan bertolak ansur dengan diri sendiri--- untuk penyataan ini saya pun x berapa nak faham. Tapi bunyinyer macam lebih kurang jangan menjadi pak sanggup. dengan erti kata lain jangan dedahkan diri kepada komitmen sebelum diberikan tawaran.

6. Kembangkan isu-isu dalam perundingan--- cari jalan untuk "menjual" sesuatu yang rendah nilainya pada anda tetapi tinggi nilainya untuk pihak lain.Sebagai balasan dapatkan sesuatu yang tinggi nilaiannya buat anda tetapi rendah nilainya buat pihak lain.

7. Jangan tamak--- penyakit tamak ini akan menjadi pembunuh kepada rundingan anda. Apa yang perlu untuk anda lakukan menumpukan kepada hubungan jangka panjang. Anda seharusnya membiarkan pihak yang satu lagi berasa bahawa mereka mendapat "lebih daripada perjanjian yang adil".

8. Elakkan perundingan yang bersifat konfrontasi--- Anda perlu mencari asas yang sama dengan pihak yang merunding supaya tidak berlaku bersekutu. Jadikan perundingan sebagai proses untuk mencari penyelesaian kepada masalah.

9. Berunding dengan kepentingan bukan jawatan--- Kenal pasti kepentingan dan keperluan yang sebenar di sebalik kedudukan dan lihat melalui pandangan orang lain untuk memenuhi keperluan tersebut.

10. Fahami prinsip kemerosotan nilai dalam perkhidmatan--- berundinglah berkaitan pampasan dan ganti rugi sebelum melaksanakan perjanjian anda kerana nilai perkhidmatan akan jatuhmendadak setelah anda melakukan perkhidmatan tersebut atau setelah anda menghantar barangan tersebut.

Jadi harap-harap tips ini akan berguna buat anda. Sekaligus berguna untuk saya almaklumlah dalam hidup ini kita sentiasa perlu berunding dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL........=)

Monday, March 22, 2010

SaYa TelaH "MenJanda".....!

Ok... salam hari nie kita nak bercerita tentang saya yang telah menjanda... Hahaha, jangan salah faham. Saya belum lagi berkahwin tau. =). Perkataan nie tetiba muncul time saya ngah duk mengelamun. Oh...shikin plzzz tolonglah buat kerja serius sikit, hehehe apa salahnyer menyelit sikit sambil-sambil taip thesis nie. Arghh... pening dan boleh botak kepala saya kalau serius sangat tulis thesis nie...



Oh, yeah...kembali kepada isu saya telah "menjanda". Kalau kita merujuk kepada perkatan menjanda bererti saya telah menjadi janda. ( betul tak)



Menjanda = telah menjadi janda.

Menduda = telah menjadi duda

Memaku = telah menjadi paku
Jadi apa maksud untuk perkataan merapu, meronggeng dan seumpama dengan nyer... Entri ni hanya untuk suka-suka sahaja.... BOlehlah CIkgu Bahasa Melayu betulkan kalau saya salah...hehehe=)
p/s: shikin plzzzzz....kembali kepada mode asal untuk menulis thesis...=)

SaYa meManG bRaNi =)

Malam nie ada assignment yang perlu disiapkan. Maklumlah esok dah due date.....memang cari nahas namanyer. Jadi jangan ikut macam perangai saya nie ek....Eleh....menipu!!!!! Bukan ramai ker student yang memang wat perangai macam ni...hahaha. Including me. Demi perjuangan yang belom selesai tu..maka saya pun pergilah bertandang ke rumah sewa member untuk siapkan kerja kumpulan tersebut.... Diorang tak kesian ker kat saya yang kena merentas jalan-jalan malam tu seorang diri.... cewah.....
Owh...geng ORCA lain kali consider my condition ek....ahahahah...padahal rela hati jer nak g sana. Boleh dok melalak, bergossip n meronggeng....Arghhh tidak. Bukan ker saya nak citer pasal kerja saya... Macam mama selaloo cakap....'aYong belajar jangan main-main'. Oh, ok mama. Sorry sebab anak perempuan mama ni degil sikit...hahah... sikit jer. Ok....lepak...lepak...kerja dan terus lepak. Dua tiga hari lepas dah layan...ADNAN SEMPIT. Sebelum tu PISAU CUKUR.....dan sekarang....ALICE IN WONDERLAND....korang memang sengaja menggodakan. Ya Allah kuatkan lah iman dalam hati saya.
Oh nooooo.....dah pukul 11.00pm. Kena balik dah. keje dah abiz...TAPI citer x abiz lagi. Tapi kena la balik juga nanti lewat sangat, sapa nak teman saya balik. Dah la saya kena merentas hutan belantara yang gelap gulita tu...(hutan la sgt...ttp gelap gak. cume dengar bunyi lembu)...BoKKKK...!!!! Ok...bertenang....saya kan cool jer orangnyer... MP3 dh plug in...Keluar pintu pagar dengan tenang. Lepas pintu pagar pecut la.. Dah la saya cuma naik ferrari biru saya yang dah nak hancur tu..( nak buat macam mana basikal dua roda jer yang saya mampu, nak roda lebih tak mampu)---hehehe, xper nanti saya dah keje saya belilah.
Saya kena pecut sekuat hati sebab nanti kalu kena kidnap sapa nak selamatkan saya. BETUL X? =) ~~~~~ beringat sebelum kena....pesanan dari angel. fm

Friday, March 19, 2010

iDea uNtuK SKrip.... haish~~~~~ =)

19/3/2010
Location: Hustle bustle room.... iyop la tu...=)
Event: Perah otak...sampai kering

Salam buat semua...
Bunyinyer macam la aku ni sangat la mempunyai masa yang lapang selapang alam. Tapi apa kita kite curi-curi sikit. Tapi jangan la pulak jadi PENCORI ek.!! Kite curi masa skit. Saja nak bermain suka-suki. Arie nie saja jer nak bagitau au dah pilih beberapa nama yang hendak dijadikan sebagai watak-watak dalam skrip aku tu.....ngheeee~~~~ Tapi nama tue mungkin ada perubahan.....(tak perlah...ikut hati n mulut yang terasa suka ngan nama tu)

Ada 4 watak jer;

Mohd Irfan Daniel : Juruterbang
Syed Arman Hariez : Arkitek
Putri Irna Aira : Pramugari
Nur Danisha Alyan : Ahli konservasi

Skang ni...aku ngah pikir lagi..pikir nak cari nama parent untuk diorang pulak.... Haish...nama kena la padan. Kalu tak nanti jadi macam bukan ukur baju dibadan sendiri jer.... tapi ukur baju kat badan orang lain la pulak.....

Harap-harap berjaya la...tolong doakan kejayaan saya ek....

Saturday, March 13, 2010

GlaMorOus NiTe =)

Location: Ri-yaz Heritage Spa & Resort
Time: 8.00pm - 10.30pm
Event: Biodiversity Dinner (Biological Department)


Hello dear....Just wanna share some memorial picture during our dinner event at Ri-Yaz. It was so cool and happening. Dis moment would be my precious memory in my life. Because this is the moment I shared with YOU...(ORCA members)....You know why? Time will be pass for every second. Life is too short to let go any precious moment. I just can bring on this memory with my breath till the end of my life. It would not be return back although I shout loudly deep in my heart. YOU give me all the courage to survive in my life. When my heart have been broke by someone, YOU collect all the small pieces and build it back untill it become the strong heart with full of love for friends and family.When my tear goes down, YOU shed it for me and make me smile again. I hope our friendship will ever lasting forever untill Allah s.w.t separate us apart.









Take break for while... ngheeee~~~~




ORCA member......Love You =) muakhzzzz




Princess of Biodiversity Conservation~~~~ You aRe Hot BaBY!!!

Trying to give memorial pose for ORCA album.... =)


Me wanna feel that Red Carpet Moment~~~ kinda fun =)

TeRima KaSih Teman ~~~

Baru jer pulang dari dinner Jabatan Biologi. Seronok sangat coz macam-macam yang saya dan geng-geng orca lakukan. Apa lagi pastinya SAWAN KAMERA. Pantang betul jumpa kamera mesti rasa nak join sama.... hari nie tema saya putih saja. All white......tetiba terasa diri cam angel jer ( innocent semacam).hahahaha.......perasan sendiri. Actually nak pakai baju hijau. Tapi banyak pulak yang tak padan. ~~skirt putih (milik sendiri), tudung hijau dan jaket krim (milik sendiri). Baju putih (tajaan tie)...terima kasih tie.
Tapi saya dah melakukan sesuatu yang tak sepatutnya kerana saya telah merosakkan suatu harta milik sahabat saya iaitu baju yang ia sponsor tu. Maaf kan saya teman sebab dah merosakkan baju kamu. Saya tidak sedar bila masanya baju itu sedikit carik di bahagiah hujung belakang. Saya nak membayar kepada kamu... Namun, kamu tanya kenapa? Saya akhirnya mengaku bahawa saya telah merosakkan sedikit baju kamu. Kamu tahu tak betapa saya sangat sedih dan risau kerana telah merosakkan baju kamu. Saya tahu walaupu kamu tidak selalu memakai baju itu. Tapi saya seolah-olah telah mengkhianati kamu kerana kamu telah menolong saya tetapi saya pula begini. Saya minta maaf dengan kamu.
Bila saya nak membayar, kamu kata tak perlu. Kamu kata anggapla baju itu kamu berikan pada saya..Kamu larang saya membayar kembali harga baju itu kepada kamu. Kamu tahu tak air mata saya menitis saat membaca pesanan ringkas kamu itu di telefon bimbit saya... Hati saya tersentuh, saya bayangkan kamu akan marahkan saya tapi sebaliknya yang berlaku. Saya minta maaf dengan kamu... Siti Asmaa. Saat menulis entri ini pun air mata saya menitis juga beberapa kali.....

Wednesday, March 10, 2010

nEw woRdz =)

Saya dan geng-geng yang hot nie mesti lah ada jer memacam idea dalam kepala yang mampu untuk diketengahkan. Kalau sasterawan negara kita iaitu A. Samad Said tau pasal kehebatan idea kami ni. Confirm kami dah kena marah kerana mencampurkan segala macam jenis bahasa untuk kepentingan diri sendiri. Minta maaf kepada ahli bahasa negara.....
Anda semua mestinya selaloo akan menggunakan perkataan yang kasar (harsh word) bile keadaan mengamuk atau emo. Macam-macamlah selaloonyer perkataan yang kite akan gunakan dan selalunya akan dikategorikan sebagai kasar, biadap, tak ada adap atau sebagainyer la....(kekadang saya selaloo gak wat cam gitu kalu perasaan tak mampu untuk dikawal lagi beb. Saya pun bukannyer manusia yang sempurna.
Tapi kalau difikirkan secara relevan, atas dasar rasional memang seharusnya untuk kita mengelakkan untuk menggunakan perkataan sedemikian. Seperti yang kita semua sedia maklum, apa sahaja perkataan yang keluar dari bibir kita ini merupakan suatu doa untuk diri kita dan juga untuk orang sekeliling. Jadi, sekarang saya cubalah menyasarkan sedikit perkataan yang kurang sopan itu kepada perkataan yang lain.
Kalau sebelum ini apabila kita sangat marah kita sentiasa menggunakan perkata seperti #####. Jadi sekarang gantilah ngan benda lain. Mungkin kita boleh istighfar... kalau rasa nak marah sangat ganti jer la ngan perkataan lain. Macam saya dulu nk cakap "damn....." , jadi sekarang ada saranan idea baru dari geng orca maka perkataan 'EMPANGAN BEBIRI' telah muncul dan digunakan apabila marah.... Oklah tu kirenya boleh wat jenaka untuk diri sendiri.

Monday, March 8, 2010

tHe SuN & MoOn iN mY LiFe =)



Rere.. tetiba datang bilik. (Ait... apsal tetiba datang bilik nie?). Bermain 1001 persoalan dalam kotak fikiran. Wait a minute, do my brain shape like a box? NOOOO..... Hehhe...


Rupe-rupenyer Rere nak ajak saya g teman dia jalan-jalan menjengahkan kepala di gerai-gerai untuk Program Usahawan. Ok, alang-alang saya pun kebohsanan dalam bilik yang sempit ini. Maka, bersetuju dengan sepenuh hati untuk teman Rere.... Oh Rere sayang... thank for inviting me to da nite walkz...... yezza =). Esok g shopping together ek dear..




Jalan-jalan dengan penuh senyuman... At sudden, SHIKIN!!!! aiyooo....Luqman rupernye. Adoyai, cam gini ker caranyer dia menarik customer ke gerainya. Oh, sorry Luqman...I dah immune dengan ayat pujuk rayu penjual nie.hehehe....Ronda-ronda lagi. Finally, my eye cannot move. Rere.....cantiknyer clutch putih tu. Nak beli.... tangan dok gatal membelek-belek clutch tu. Buka then tutup balik. Pas letak , pegang balik. Ish.... susah ni. (tapi setelah di belek untuk beberapa kali). Tak per la kak...saya tengok jer.( Mau tak berapinyer taukey kedai tu). Sorry la, rupernye clucth tu banyak benor kerosakkannya. I tak nak rugi...hehhehehee.




Penat jalan, lepak sekejap di bangku. Untuk melepaskan lelah seketika. REHAT SEBENTAR BERSAMA KIT KAT. Mula bercerita. Wahhhh... perempuan biasalah, lepas satu cerita we need to move to another story.....cewah...gossip sikit je. Bukan mengumpat orang tau =). Tetiba masuk cerita bab parents....(starting to emo skit). Adoi, tak leh control la pula......nangis la juga sikit. Tetiba rindu kat mama ngan abah meluap-luap. Mama...nak balik umah.. ='( sobsobsob.




p/s: Benda pertama dan benda terakhir yang saya nak dalam hidup ni adalah, andai kata Allah s.w.t nak ambil nyawa saya. Saya harapkan saya dapat membahagiakan mama ngan abah serta mampu menjadi anak yang terbaik dan mampu dibanggakan. =) Mama , abah.....moga Allah akan letakkan kita dalam golongan orang yang beriman dan terpelihara dari dunia dan akhirat. amin. I'm so proud n happy to be your daughter. You are mY sun n mOoN forever. =)





Tanpa mereka, saya umpama suatu alam yang suram, kelam, sunyi dan gelap tanpa sinar kebahagiaan. Saya mampu kehilangan insan lain dalam hidup saya. Namun, untuk kehilangan mereka umpama nyawa saya telah diragut dari jasad saya sendiri. Saya masih belum bersedia untuk itu.....

Saturday, March 6, 2010

EaRtH cAlLinG !!!! =)





To all my dear bIoLoGisT, eNviRoNmetaList, natures' lover and everything or anything that equal with it. I have an invitation to all of you =)

if you are between 18 - 24, still studying in an institute of higher learning in Malaysia. Actively involved in environmental projects and have obsessions in environmental activities. So, YoU should GraB the ChanCe to participate in :

BAYER YOUNG ENVIRONMENTAL ENVOY PROGRAM 2010 .
All of the information can be gather from this website:
Good luck to all participant. Wishing you all the best =)
"Lending hand for conservation"

DuNNo wHicH GuY sHould I cHooSe.... =O??

Oh tidak.....!!!! saya cintakan lelaki ini tapi saya mahu lelaki yang lain. Saya rindukan lelaki ini tapi saya masih melihat kepada yang lain. Apakah yang harus saya lakukan? Perasaan saya benar-benar berbolak-balik saat ini. Rasanya saya seperti kehilangan arah dan hala tujuan dalam hidup ini.Tolonglah saya.

=) sebenarnya pada saat ini saya sedang cuba untuk menyiapkan sebuah skrip cereka. Saya pastinya memerlukan bantuan kalian untuk menyiapkan skrip tersebut secara sempurna. Bantuan dari anda semua pastinya amat saya hargai...( cewah terasa macam sopan sangat la pulak).

Tema: 1 Malaysia yang memaparkan realiti kehidupan yang sebenar.
Masa: merangkumi 110 minit

Saya cuba untuk mereka sebuah skrip cereka berkaitan kisah percintaan dan kehidupan seorang gadis kacukan dengan seorang juruterbang (pilot). Cube untuk mewujudkan kisah yang unik, pelbagai, melibatkan pelbagai kaum dan bangsa di malaysia serta yang paling penting mampu memberikan kesan dan pengajaran dalam kehidupan.

Pada pendapat anda bagaimankah seharusnya jalan cerita skrip ini jarus dikembangkan?
Saya harap anda dapat membantu saya untuk mengembangkan skrip ini dengan lebih baik, matang dan berkesan =).... terima kasih.


Oh ye.... seandainya anda sendiri turut berminat untuk menulis skrip.Anda bolehlah mendapatkan info yang seharusnya di http://www.finas.gov.my

Friday, March 5, 2010

My Memory.... Mr. L.I.P.A.S

Date:4/3/2010
Location: Rehans' room
Time:11.00pme

aaaaa.....best gak layan movie KAMI tadi. saya siap menitiskan air mata la sikit (sedey tengok abu mati.tapi banyak pula mulut abu ni time nak mati pun)...tapi sikit jer saya nangis. tak boleh banyak-banyak, nanti tak cool dah saya nie. "rere, i lapar la. jom kite beli burger jom." Dengan muker innocent dan selenge...saya pun cuba memujuk rere untuk teman saya. Ala~~~~ bosan la g tunggu abg burger tu wat burger sensorang. Elok lepas saya capai tudung dan pakai. Tetibe....ARGHHHHH!!!! saya bendi dia. Bile masa la pula di en.lipas nie munculkan diri.

Yang sengal nyer si en.lipas nie die boleh terbang. Hahahaha...you know what da best thing. Saya ngan rere yang berani ngan banyak binatang nie boleh pulak la menjerit2 ayu. sengal betul (rere siap pegang penyapu lg nk belasah benda alah tu). Lastly, nasib bek la dia sempat menyorok. Lantak la dia nak dok mana pun. Jangan muncul lagi saya sudah la.

Date:4/3/2010
Location:my room
Time: Sleeping time

"Apasal la si Yaya nie pegang tangan saya jer. Tapi apsal la tangan dia ni lain macam jer." tetiba mata terbuka mimpi rupanya. Tapi apsal la tangan saya nie rasa macam ada benda jer.ArgHHH..!!! encik lipas nie lagi.Nasib bek dia duduk kat lengan jer. Terasa cam dah jadi incredible hulk, saya pun tepis jer la dia dari tangan sya. Elok jer dari tingkt dua nyer katil. Awak rasa dia mati tak? Ntahlah pagi tadi saya tak jumpa pun mayat dia. Nasib bek la saya dapat tido balik malam tadi.

p/s:saya dapat kenangan buruk dengan encik.lipas. Bila dia masuk hidung saya. Pastu dia keluar dari mulut sya. EEEEuuuuuu.... geli tau. Tapi nasib bek la dia tak masuk perut saya. Nis semua gara-gara lipas terbang. saya benci lipas terbang. Nasib be la sya tak sampai fobia.Hahahaa.....en.lipas. One more time saya jumpa awak mmg sya akan belasah awak tau. =) heeeee~~~~

Thursday, March 4, 2010

Invitation to My Wedding.. =)

Semalam saya, huda dan khai pergi la ke Pizza Hut ( demi membelanja abg long a.k.a abg luqman yang banyak membantu dalam project tahun akhir kami). Hehehe. Mereka berdua membawa saya demi alasan supaya suasana tidaklah begitu sunyi. Maklumlah saya sangat suka bercakap. Kalau kena dengan orang yang berbual dengan saya, jawabnyer susah nak berenti (kecuali la kalau saya tido)time tu battery nak recharnge untuk kegunaan hari esok. Jadi siapa terasa diri dia banyak bercakap apa kata lawan cakap ngan saya. Tapi bukan berdebat yer..... Kite borak santai-santai jer...kan seronok macam tu.

Terasa seronok menyakat abg luqman.... almaklumlah dia sedikit senyap. jadi bila diusik sikit muka dia dah senyum malu-malu. COMEY NYER =). Waktu perjalanan pulang macam-macam topik yang kami bualkan. Oh....yer. Abg.Luqman tak boleh bercakap sebab dia perlu fokus untuk memandu yer ker? ermm.... Kalu saya cakap jer la apa susah, kite memandu dengan tangan. Gear, clutch dan break guna kaki. Jadi, mulut bukan guna untuk bekerja pun.

Mula-mula kita pergi kepada isu motosikal....baju dinner.....ahhh, comey nyer budak dalam kereta sebelah tu...lastly isu kahwin. Tetiba huda bersuara "korang jangan la cakap pasal kawin". Dalam atie pun cakap "ait, apsal la pulak budak nie". Saya tnya die balik. "Apsal?" Dalam nada gelak pastu die cakap tak sabar nak kawin la. Adoyai...!!!! Apsal la kawan saya nie..hehehehehe.

Tak per huda memang dah layak pun sebab dia dah ada calon. Saya doakan dia akan bahagia sampai keakhir hayat.Sebab dia antara kawan-kawan baik saya yang sya sayang sampai mati. Oh yer... buat kawan-kawan baik sya yang lain. Saya tetap sayangkan korang semua. sebab tanpa korang hidup sya akan sangat sunyi dan tawar...( macam air milo ais yang tak ada gula dan susu)....... =) terima lah bunga ros tiga kuntum ni --------@ -------@ --------@ sebagai tanda (saya sayang kamu)

Wednesday, March 3, 2010

SaYaNG DokToR =)

OH.....hari mencabar saya dah bermula. Sya baru tersa macam nak buat jampi serapah si mambang tu. Nak taqu tak sebabnya...? Sebab tiba-tiba jer saya kena serangan. Serangan dari Si demam, Si batuk dan Si selsema...ala~ kenal kan yang tiga bersaudara tue. sampai hati diorang buat saya macam nie. Rasa macam nak tercabut hidung saya bcoz semalam seharian saya bersin adalah >21 kali. Time sume benda nak kena buat time nie la die serang saya. Tunggu la lepas semuanya lepas. Mungkin agaknyer die rindu dengan saya maklum lah nak jumpa sekali setahun pun susahkan.heheeh.... bak kata orang jauh di mata dekat di hati sebab tu lah dia datang juga cari saya... Pada saat-saat macam ni lah saya rasa saya sayang sangat pada doktor.... Oh DOktor, ketahui lah bertapa saya sayang kamu. ( Time sakit nie lah, hahaha)

Tuesday, March 2, 2010

diAmonds In mY Heart





25/3/2010 -27/3/2010
Location: Chagar Hutang
(Turtle Conservation and Research Centre)

Give me all da memory to live with n support me during i down. I love all persons inside this picture till the end of my life.....

Dear my frenz....Cimoy,yaya,dada,rere,juju,tie and jaja. Thankz for being stay by my side for this whole time without all of you, I'll be loss in another world. Thankz Allah, to let all diz special persons to become my frenz... Lots of love from me.

Monday, March 1, 2010

100 wishes I wAnT to sHaRe witZ YoU =)

Hari ni mata dh ada eye back...adoyai!! ( menjerit dalam hati kalu macam ni confirmla aku akan jadi gothic lak lepas nie). Mula berpikir2 sambil merewang esok nak buat apa ek... macam biasa la kot. Dah nama pun final year student. Nyawa pun dah macam nak final juga. Senyum lagi sendirian. Apa la yang aku syok sangat nie. =)

Oh yea... sebenarnye tak ada apa pun yang syok sangat. Maybe pekenan pulau tu masih lagi tak dapat lepas kot, so sebab itu lah aku asyik dok senyum sensorang. Biasanya malam-malam macam nie confirm aku tengah dok kira bintang di langit. Manalah tau kot-kot tetiba jer shooting star jatuh dari langit (dapatlah buat hajat).

Hahaha... nak buat hajat apa yer..... ermmm...
Hajat pertama: mogalah aku dapat jadi kaya cepat. (dapatlah langsaikan utang cepat-cepat sikit. Pastu bolehlah bawa mama ngn abah jejalan merata dunia)
Hajat kedua:moga aku cepat dapat buah atie yang baik atie dan dapat berhidup dengan bek...( gelak guling-guling sendirian)~~~~ (cakap dalam hati: ada ker orang nak? aku rasa mcm lawak la pulak)
Hajat ketiga:moga aku dapat grad dengan baik dan sempurna dengan kenangan yang terindah.
Hajat ke-4: Moga dapat travel da world..... (pak cik pilot bawak la sya naik flight skali).
Hajat ke-5: Moga dapat naik kuda yang real...(penat dah naik kuda yang kena masukka duit RM1 tu. Korang pernah nek tak.
Hajat ke-6: Moga dapat jadi anak yang terbaik untuk mama ngan abah
Hajat ke-7: Moga insan di sekeliling akan sentiasa bahagia =) ..... sayang korang sume

Adoiyai... banyak la pulak hajat aku ni...yang selebihnya ada dalam dairi yang tersimpan kemas... Wooo, segala macam rahsia aku sumbat dalam tu. Menyampah lak org len baca impian aku yang apa2 ntah.

You might also like:

Related Posts with Thumbnails